Tiga hari telah berlalu sejak Delisa discharge dari hospital Koh Samui setelah dia pengsan selama dua hari akibat keracunan methamphetamine dan pengambilan alkohol yang berlebihan.
Walaupun Delisa merayu pada Adam meminta untuk pulang ke Kuala Lumpur, tetapi Adam berkeras agar Delisa berehat secukupnya di villa mereka sebelum mereka pulang ke tanahair.
Delisa terpaksa akur dengan keputusan Adam memandangkan Adam yang membiayai kesemua kos percutian mereka, termasuklah penempahan tiket kapalterbang untuk perjalanan pulang.
Pada dua hari pertama, Delisa banyak berehat di tepi pantai. Dia hanya duduk sendirian di atas pasir sambil bermain-main dengan ombak-ombak kecil dengan kakinya. Sekali sekala dia akan masuk ke dalam laut dan berendam di dalam air masin itu.
Adam pula memberikan Delisa sedikit ruang untuk berehat sepenuhnya. Terasa juga rasa bersalah di dalam dirinya kerana dia merasakan yang dia juga sedikit sebanyak telah menyebabkan Delisa pengsan akibat pengambilan dadah dan alkohol.
Tetapi ada juga rasa bersalah yang lain yang menyusup sedikit di dalam hati Adam. Sejak dia melihat posting instagram Jasmina tentang Syafiq yang terlantar di hospital, jiwanya tidak tenteram.
Sangkanya, Syafiq telah meninggalkan Delisa sebab pergi merantau.
Rupanya, Syafiq telah mengalami kemalangan, sehingga menyebabkannya koma.
Terdetik di dalam hati Adam untuk memberitahu Delisa tentang keadaan suami kekasihnya itu. Tetapi setiap kali dia ingin membuka mulut, hatinya menahan bibirnya dari bersuara.
Adam terus memendam perasaannya dan memikirkan cara terbaik untuk mereka keluar dari kemelut percintaan terlarang itu.
Tetapi Adam tidak mahu kehilangan Delisa.
Walaupun sedikit rasa kasihan pada Syafiq, tetapi Adam sejujurnya telah benar-benar jatuh cinta pada Delisa, dan dia tak kan mahu melepaskan kekasih hatinya itu kembali ke pangkuan suaminya.
Adam banyak berfikir sepanjang dua hari itu. Dia lebih tertumpu melihat Delisa mandi laut dan menjaga kekasih hatinya itu sebaik mungkin.
Makanan yang dipesan oleh pembantu baru yang menggantikan Prasong semuanya yang sihat. Tiada lagi alkohol. Tiada lagi perangsang. Hanya perahan jus buahan yang segar dihidangkan setiap pagi sampailah ke malam.
Tiba sebelah malam pula, Adam membiarkan Delisa tidur disebelahnya. Atas saraan doktor, Adam tidak menyetubuhi Delisa sepanjang dua hari itu. Walaupun mereka berdua tidur sekatil, Adam tidak menyentuh Delisa, atau membuat sebarang percubaan untuk menggoda Delisa di atas katil.
Masuk hari ketiga, iaitu hari terakhir mereka bersama di Koh Samui sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur pada keesokkan harinya, Delisa makin perasaan perubahan pada Adam sejak tiga hari ini. Walaupun Delisa dapat rasakan yang Adam merasa sedikit bersalah, dan ingin memberi Delisa ruang untuk berehat, tetapi tergerak di dalam hatinya kalau-kalau ada sesuatu yang Adam rahsiakan dan tidak luahkan kepada dirinya.
Seperti biasa, Delisa bermain-main dengan ombak ditepi pantai sambil diperhatikan oleh Adam yang sedang duduk di atas beach recliner yang disediakan pihak villa.
Setelah puas bermain dengan ombak-ombak kecil dan air pantai laut yang begitu jernih sekali, Delisa bangun sambil menyapu kepalanya, menguraikan titisan-titisan air masin yang melekat pada rambutnya.
Dengan perlahan, Delisa berjalan ke arah darat, memerah rambut hitamnya yang panjang, sambil dilihat dengan senyuman oleh Adam yang sedang duduk di atas sebuah kerusi panjang tadi.
ʻʻTak mandi sekali ke?ʼʼ tanya Delisa sambil menghampiri Adam.
Adam hanya tersenyum, menghulurkan segelas Pina Colada kepada Delisa. ʻʻI suka tengok you mandi, sayangʼʼ
YOU ARE READING
Hati Mereka Yang Terluka
RomanceSering kali kita terdengar kisah-kisah cinta terlarang antara isteri orang dan suami orang diakhir zaman ini. Cinta itu memang indah, memabukkan, mengkhayalkan, membawa dua insan hanyut dalam kenikmatan belaian kasih dan sayang. Tetapi, pernahkah ki...