PERDANA MENTERI TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN membuat pengumuman menerusi saluran radio dan televisyen kepada semua rakyat Malaysia berkenaan dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa pada 18 Mac 2020 berikutan dari peningkatan jumlah kes jangkitan koronavirus sindrom pernafasan kritikal (SARS-CoV-2) yang sedang melanda di seluruh negara.
Syafiq, Delisa dan Naura yang pada ketika itu berada di restoran Warung Kita mendengar ucapan Perdana Menteri itu menerusi skrin besar yang di paparkan dengan hati yang berdebar-debar.
Debaran yang mereka rasai malah dikongsi bersama oleh kesemua pelanggan restoran pada malam itu, masing-masing mula membuka telefon pintar dan melayari berita terkini, ada juga yang jenuh menaip pesanan kepada kenalan dan sahabat handai, ada juga yang membuat panggilan ke kampung dan pada orang tersayang.
Delisa yang duduk disebelah kiri Syafiq, memaut lengan suaminya itu sambil menelan air liur. ʻʻRisaunyaʼʼ bisiknya perlahan.
Syafiq yang melihat raut wajah isterinya yang kerisauan itu, mengusap-usap tangan wanita itu, sambil mencium kepalanya, berbisik sesuatu untuk menenangkannya, ʻʻJangan risau, sayang. Harapnya tak serius. Apapun, kita ikut arahan, dan kita sendiripun kena berjaga-jaga pasal wabak niʼʼ
Delisa mengangguk. Pelukan lengan suaminya dieratkan lagi.
Syafiq berkata lagi kepada Delisa, ʻʻAda apa-apa message dari Shangri-La ke?ʼʼ
Delisa mengambil telefon dari beg tangannya dan melihat peratalan itu sambil membelek-belek isi kandungannya. ʻʻSo far, belum ada apa-apa lagiʼʼ katanya sambil mata masih merenung skrin.
ʻʻAra?ʼʼ tanya Syafiq kepada adik iparnya pula.
ʻʻBelum ada apa-apa, bangʼʼ jawab Naura sambil melihat WhatsApp group kolej kediaman dan juga fakulti pendidikan Universiti Malaya untuk melihat kalau ada apa-apa sebarang pengumuman yang muncul.
Sambil mereka membelek-belek telefon masing-masing, tiba seorang jejaka tinggi dan berkulit cerah menghampiri mereka.
Pada mulanya, mereka bertiga tidak perasan pun dengan kehadiran lelaki itu yang tiba di meja mereka. Sebab semua masih ralik dengan telefon masing-masing.
Lelaki tampan tadi berdehem sedikit, cuba untuk mencuri perhatian.
Naura mendongkkan kepala melihat lelaki itu. Satu senyuman terus terukir di bibir.
ʻʻEh... Haz. Dah sampai ke?ʼʼ tanya Naura sambil berdiri. Syafiq pun mendongakkan kepala melihat Hazrin yang berada di hadapan mereka. Delisa masih ralik dengan telefon.
ʻʻAssalamualaikum. Saya Hazrin. Kawan Nauraʼʼ kata Hazrin sambil mengulurkan tangan untuk berjabat. Syafiq berdiri dan kemudian menyambut tangan Hazrin untuk bersalaman.
ʻʻWaalaikum salam. Saya Syafiqʼʼ balas Syafiq.
Hazrin agak gementar. Boleh nampak dari bahasa tubuhnya, yang dia sebenarnya agak nervous. ʻʻErm... abang apa khabar? Err... sihat?ʼʼ
ʻʻSihat, Alhamdulillah. Hazrin orang Sarawak ke?ʼʼ tanya Syafiq tatkala mendengar Hazrin bertutur dalam bahasa baku.
ʻʻYa saya. Saya dari Kuchingʼʼ jawab Hazrin sambil menelan air liur.
Naura menggendeng di sebelah Hazrin sambil berbisik walaupun mulut tengah tersengeh. ʻʻAwak ni. Konon leftenan muda. Jumpa abang ipar pun dah kalutʼʼ bisiknya sambil menyiku tubuh lelaki itu. Hazrin hanya membalas sengeh.
ʻʻDuduk lah. Janganlah nervous. Saya bukan makan orangʼʼ kata Syafiq cuba untuk mententeramkan Hazrin.
Hazrin mengangguk.
YOU ARE READING
Hati Mereka Yang Terluka
RomanceSering kali kita terdengar kisah-kisah cinta terlarang antara isteri orang dan suami orang diakhir zaman ini. Cinta itu memang indah, memabukkan, mengkhayalkan, membawa dua insan hanyut dalam kenikmatan belaian kasih dan sayang. Tetapi, pernahkah ki...