42

2.4K 46 5
                                    

Syafiq berlari masuk ke dalam bilik tidurnya dengan langkah yang pantas. Jantungnya berdebar, matanya merah berair.

Terus dia menuju ke almari baju. Dibukanya. Di ambil beberapa helai baju-T, seluar dalam dan setokin. Kemudian dicapai sebuah beg sukan. Tarik zip. Masukkan baju. Tutup zip.

Dibuka laci. Jam Casio CPA-100 dicapai dan dipakai pada tangan kiri.

Dibuka pula sebuah kotak kayu kecil. Sehelai nota wang bernilai sepuluh ringgit diambil. Kunci pendua rumah. Terus seluk masuk ke dalam poket.

Beg sukan digalas pada bahu, menyilang badan.

ʻʻFiq! You tengah buat apa ni?ʼʼ tanya Jasmina yang baru perasan Syafiq sedang berkemas.

Syafiq melangkah keluar dari bilik tidur itu, melepasi Jasmina yang berada di pintu, hampir menolak wanita itu ketepi apabila dua tubuh mereka berselisih. ʻʻSaya nak balik ke Kuala Lumpurʼʼ

ʻʻJap! You belum discharge!ʼʼ jerit Jasmina, cuba mengekori langkah Syafiq yang pantas.

ʻʻIʼm self-dischargingʼʼ jawab Syafiq dengan sekali nafas. Dia duduk di atas lantai sambil menyarungkan sneakers putih tidak berjenama di kaki. Kemudian terus berdiri dan keluar dari cottage Bukit Tinggi itu.

ʻʻFiq! You cannot leave just like that!ʼʼ kata Jasmina sambil terkocoh-kacah mencari telefon bimbitnya.

ʻʻWatch meʼʼ jawab Syafiq yang sudah berjalan menjauhi cottage itu.

Jasmina nampak telefon bimbitnya yang terletak di atas sofa. Terus bergegas mengambil telefon tersebut. Nombor Syed Izzuddin di dail.

ʻʻBie!ʼʼ katanya apabila talian disambungkan sebelum sempat Syed mengucapkan salam.

ʻʻKenapa ni, Love? Bunyi macam panik jer?ʼʼ suara Syed kedengaran disebalik talian.

ʻʻBie. Syafiq dah self-dischargeʼʼ kata Jasmina kelam kabut.

ʻʻSelf-discharge? Hari ni? Kan I nak sign discharge papers nanti. Why the rush?ʼʼ jawab Syed kembali.

ʻʻI tak tahu, Bie. Dia terus kemas barang and just walk out. Tu jerʼʼ kata Jasmina sambil berlari ke bilik tidurnya sambil telefon masih ditekap di telinga.

ʻʻWalk out where? Dia nak pergi ke mana? Mana ada bas atau teksi dari cottage tu ke mana-mana pun? You have to get him back, Love!ʼʼ tanya Syed.

ʻʻOkay. I cuba kejar dia, Bie. Nanti I bagi tahu you ya?ʼʼ kata Jasmina sambil mengemas baju ke dalam beg pakaiannya.

ʻʻOkay, Love. You take care okay? Keep me updatedʼʼ balas Syed.

ʻʻWill do, Bie. Byeʼʼ

ʻʻBye, Loveʼʼ

Jasmina terus mematikan talian. Handphone dicampak ke dalam handbag. Check purse dan wallet dalam handbag. Galas ke bahu.

Diseret beg pakaiannya keluar bilik tidur. Cari kunci di ruang tamu.

Keluar rumah. Tutup pintu. Kunci pintu. Berlari menarik beg ke kereta Nissan X-Trail nya yang terletak disebelah rumah.

Beg campak ke dalam boot. Masuk kereta. Handbag campak ke seat tepi. Tekan butang start. Masuk gear ʻʻDʼʼ. Lepaskan butang handbrake. Tekan pedal minyak. Kereta meluru keluar dari perkarangan rumah sambil empat tayar getah menabur tepi batu-batu kerikil dari atas jalan tanah.

Cuaca dingin Bukit Tinggi menyebabkan cermin depan kabur. Jasmina mengelap-ngelap kaca dihadapannya dengan lengan kerana tak sabar menunggu demister menjalankan tugas. Kereta Nissan X-Trail itu terus memecut di atas jalan kerikil.

Selepas beberapa minit, bayangan Syafiq kelihatan berlari menurun bukit.

Hon dibunyikan. Tingkap tepi diturunkan. ʻʻFiq! You dah gila ke apa?!ʼʼ

Syafiq terus berlari pantas. ʻʻSaya kena cari Delisa! Saya kena cari dia, Meen!ʼʼ

Jasmina memandu keretanya disebelah Syafiq. ʻʻFiq! Awak nak cari macam mana?!ʼʼ

ʻʻSaya ikut naluri hati saya jer!ʼʼ balas Syafiq pantas. Sejujurnya dia tidak tahu. Tak perancangan. Tak ada idea. Dia rasakan cemas. Rasakan perlu untuk mencari isterinya yang sangat dirindui. Biarlah kaki yang berlari. Biarlah tubuh yang mencari. Dia hanya berbekalkan sebuah cinta yang sedang mengemudi.

ʻʻYou dah gila, Fiq!ʼʼ jerit Jasmina.

Syafiq tetap berlari, tidak peduli panggilan Jasmina tersebut.

ʻʻFiq! Tak kan you nak berlari ke KL! Mana ada bas dekat sini!ʼʼ pujuk Jasmina lagi.

Syafiq tidak berganjak dari lariannya. Sedikit pun dia tidak peduli.

ʻʻOkay! Okay! I hantar you! Boleh you berhenti tak! Kaki you masih belum betul-betul pulih lagi! Syafiq Mukhlis! Will you stop running, for goodness sake!!ʼʼ Jasmina berteriak.

Syafiq memperlahankan langkahnya dan terus berhenti.

Jasmina menekan brek kuat.

Kereta Nissan X-Trail nya terlorot ke bawah jalan sejauh beberapa meter sambil cuba untuk berhenti.

Akhirnya kereta itu berhenti dalam keadaan sedikit terpusing. Jasmina melepaskan nafas sambil sedikit panik. Berdegup jantungnya.

Syafiq terus berjalan ke arah kereta Jasmina. Tapi bukan menuju ke pintu penumpang.

Syafiq membuka pintu Jasmina. Terkejut sebentar Jasmina apabila pintunya dibuka.

ʻʻAlih ketepiʼʼ kata Syafiq ringkas.

ʻʻApa?ʼʼ tanya Jasmina sedikit terpinga-pinga.

Syafiq masuk ke dalam kereta Nissan X-Trail tersebut sambil mengangkat dan menolak tubuh Jasmina ke tempat duduk penumpang.

Syafiq duduk di tempat pemandu. Pintu ditutup. ʻʻIʼm drivingʼʼ kata Syafiq.

Kereta dipecut pergi. Bersepah batu-batu kerikil digelek tayar.

Sambil Nissan Qahqai tersebut memecut menurun bukit. Jasmina memakai tali pinggang keledarnya dengan kemas. ʻʻFiq. Kenapa ni, Fiq?ʼʼ tanyanya sedikit cemas. ʻʻYou buat I risau lahʼʼ

Syafiq mendengus sambil memberi perhatian pada jalanraya. ʻʻKereta mewah yang bawak lari Delisa dekat KLCC tuʼʼ katanya sekali nafas.

ʻʻOkayy... Kenapa dengan kereta tu?ʼʼ tanya Jasmina.

Syafiq tidak menjawab. Dia cuba berfikir. Memori yang pudar-pudar cuba diingatkannya.

ʻʻFiq?ʼʼ tanya Jasmina lagi.

ʻʻMimeen. Tolong call your husband? Letak speakerphoneʼʼ pinta Syafiq.

ʻʻMy husband? Kenapa, Fiq?ʼʼ tanya Jasmina.

Syafiq tidak menjawab. Keningnya berkerut. Hujung matanya menjeling pada Jasmina tajam. Tajam.

ʻʻOkay, okayʼʼ kata Jasmina mengambil telefon bimbitnya dan mendail nombor Adam.

ʻʻMasuk voicemailʼʼ jawab Jasmina setelah seketika.

Syafiq menggeleng-gelengkan kepala. Aku agak dah.

ʻʻKenapa ni Fiq? Cubalah cakap dekat I!ʼʼ kata Jasmina yang nampak semakin cemas.

ʻʻMimeen. Saya rasa... lelaki yang bawak lari isteri saya malam itu...ʼʼ Syafiq berkata mengerutkan dahi.

Jasmina memandang Syafiq. Matanya bulat. ʻʻSiapa dia?ʼʼ tanya Jasmina cemas.

Syafiq menjeling Jasmina lagi.

ʻʻAdamʼʼ

Hati Mereka Yang TerlukaWhere stories live. Discover now