50

3.1K 66 41
                                    

ʻʻLisa. Lisa. Bangunʼʼ kata Syafiq perlahan sambil menepuk bahu Delisa yang sedang tertidur merengkok di atas lantai dapur flat mereka.

Delisa tersentak sedikit apabila dikejutkan oleh suaminya. Matanya pisat-pisat sedikit, sedikit merah dan bengkak akibat menangis semalaman. Dia tak perasan pun yang dia sudah tertidur di atas lantai dapur itu.

Sepanjang malam tadi, dia menangis, merengkok seperti seorang bayi kecil. Delisa menangis tanpa sedikitpun dipujuk oleh Syafiq, sehinggalah dia terlampau penat dan tertidur di atas lantai.

Syafiq pula berasa sangat simpati pada Delisa itu apabila melihat isterinya itu tertidur kepenatan. Tidak mahu Delisa tidur kesejukkan di atas lantai, Syafiq mengambil bantal dari bilik bilik tidur mereka dan menyelitkan di bawah kepala Delisa. Kemudian diselubungkan tubuh isterinya itu dengan kain selimut pula.

Sepanjang malam itu juga Syafiq tidak tidur. Dia hanya duduk bertentangan dari Delisa di atas lantai dapur sambil tubuh belakangnya bersandarkan pintu almari. Sepanjang malam dia duduk di atas lantai melihat Delisa tidur. Sepanjang malam itu juga dia mengmuhasabah dirinya sendiri. Mengenang segala cabaran dan dugaan yang menipa dirinya, dan juga diri isterinya Delisa. Pedih dan sakit rasa ditelan tatkala mengenangkan keterlanjuran Delisa, tapi kerinduan dihati pada isteri tercinta juga begitu menyusuk kalbunya. Dalam diam, Syafiq menitiskan air mata. Tetapi tangisan itu bukan ditujukan pada Delisa, tetapi pada dirinya sendiri yang telah gagal menunaikan tanggungjawab dan kehendak zahir dan batin isteri yang secukupnya.

Syafiq duduk termenung, bertakafur, sehinggalah berakhirnya sepertiga malam. Dan sebelum subuh menyinsing, Syafiq bangun dari duduknya dan mendapatkan Delisa yang masih terbaring, duduk bersimpuh disebelah wanita itu dan mengusap-usap bahu dan kepalanya.

ʻʻLisa. Bangun. Pergi mandi. Nanti terlajak subuh kita niʼʼ kata Syafiq perlahan sambil mengusap-usap rambut Delisa.

Delisa cuba bangun dari baringnya. Kepala diangkat dari bantal. Tak perasan pun bila masanya bantal itu ada dibawah kepalanya.

ʻʻFiqʼʼ jawab Lisa perlahan. Air liur semalam masih membasahi bibir. ʻʻKita kat mana ni?ʼʼ tanyanya hairan.

ʻʻKat rumahlahʼʼ jawab Syafiq senyum. Rambut Delisa masih dibelai-belainya.

Delisa melihat kiri dan kanan. ʻʻOhh...ʼʼ balasnya, cuba mengingati episod semalam.

ʻʻDah tuʼʼ balas Syafiq. ʻʻPergi mandi. Kita subuh dulu. Lepas tu kita kemas rumah sikit. Malam tadi Ara talifon. Ara cakap mama dan papa nak datang tengok kitaʼʼ katanya dengan nada suara yang tenang.

Delisa mengangguk, ʻʻHa ah. Ara dah bagitahu Lisa semalam. Diaorang bertolak pagi niʼʼ

Syafiq bangun, kemudian menghulurkan tangan pada Delisa.

Delisa melihat suaminya yang berdiri dihadapannya.

Telan air liur. Baru teringat apa yang berlaku malam tadi. Dia menangis sepanjang malam. Badannya berpeluh. Panas diselubungi dosa mencurangi suaminya. Itu baru panas di dunia. Panas di neraka entah macam mana azabnya.

Delisa menghulurkan tangan menyambut tangan suaminya. Syafiq menarik isterinya berdiri.

ʻʻPergi mandi cepat. Masam lah awak niʼʼ gurau Syafiq dengan bersahaja.

Delisa mengangguk, sedikit malu pada suami sendiri. Segan. Takut. Kalau papa, along atau angah, dah lama dah penampar hinggap ke muka, rotan dan tangan hinggap di tubuh belakang. Tapi Syafiq, tangan pun tak naik. Tak pernah. Never. Hukuman Syafiq bukan dengan perbuatan. Tapi dengan kesenyapan.

Delisa berjalan teresot-esot ke bilik mandi. Sempat dulu mencapai tuala yang tersidai. Pintu bilik air ditutup. Nafas dihelakan. Air liur ditelan lagi.

Delisa melihat dirinya di dalam cermin.

Hati Mereka Yang TerlukaWhere stories live. Discover now