ʻʻMacam mana keadaan patient kita, Dr. Syed?ʼʼ tanya Nurul Hidayah kepada doktor dibawah arahannya itu.
ʻʻBuat masa ni, condition dia adalah stable, Datuk. Dia tidak lagi bergantung pada life support dan juga tak perlu ECG monitoring. Dia dah boleh bernafas sendiri tanpa perlu apa-apa bantuan oksigenʼʼ jelas Syed kepada Nurul sambil mereka berjalan bersama menuju ke general ward, sambil diekori oleh Jasmina dari belakang.
ʻʻBagus. Progress of his leg?ʼʼ tanya Nurul lagi.
Syed menghela nafas, ʻʻI have to admit, it was a bad fracture. Tapi the leg brace yang kami pasang akan membantu dia berjalan kembali. His calcium level is good, so kami expect four to six weeks initial recovery, but still up to six month physiotheraphy sebelum dia dapat berjalan semula seperti biasaʼʼ jelas Syed lagi sambil menghulurkan Nurul fail pesakit yang mengandungi butiran dan laporan terkini berkenaan dengan lelaki tidak bernama itu.
Nurul mengambil fail tersebut dari Syed sambil menyelak kertas laporan satu persatu, dengan kedua kakinya tidak lekang melangkah ke arah bilik ward di hadapannya.
Setelah perjalanan diteruskan, mereka bertiga akhirnya sampai ke general ward untuk bahagian lelaki. Ruang panjang wad tersebut menempatkan 12 buah katil, iaitu enam katil pada setiap penjuru. Setiap katil ada disediakan kain langsir yang boleh ditutup untuk memberikan privacy kepada pesakit, sekiranya perlu.
Mereka bertiga tiba di katil nombor 9, di mana tidurnya seorang lelaki dengan nyenyak. Kaki kirinya disambungkan dengan besi. Kepalanya sudah tidak lagi berbalut. Dia memakai baju pesakit hospital. Tiada mesin ECG atau oksigen pernafasan diperlukan. Keadaannya nampak tenang.
ʻʻHe looks fineʼʼ kata Nurul perlahan, sambil mata merenung lelaki itu.
ʻʻYupʼʼ sahut Syed, ʻʻexcept that he is still in comaʼʼ
Nurul tertunduk. Kedua tangan disisip dihadapan. ʻʻDah cuba revive dia?ʼʼ
ʻʻSudah, Datuk. Tapi kami rasa kekangan bekalan oksigen pada otak yang disebabkan kecederaan arteri dan kepala itu telah menyebabkan dia belum dapat sedar lagiʼʼ jelas Syed sambil menunjukkan muka yang sedikit hampa.
Low oxygen to the brain. Keluh Nurul dalam hatinya. Sedikit doa diucapkan agar ianya tidak menjejaskan apa-apa pada otak pesakit itu.
ʻʻDo we know who he is?ʼʼ tanya Nurul perlahan, mata masih memandang lelaki muda itu.
ʻʻTak tahu, Datuk. Tak ada identiti pada patient. Apapun, polis dah ambil cap jarinya haritu. Hopefully dapat maklumat dari PDRM tak lama lagiʼʼ kata Syed memberi sedikit keyakinan.
Tetapi Nurul tergelak sendiri. Dia tahu bagaimana PDRM berfungsi. Lelaki di hadapannya ini bukan priority. Dia bukan dalam bahaya. Nyawanya tidak terancam. Dia tidak ada kepentingan politik, atau perhatian awam. Tiada siapa mencarinya.
Lebih memeningkan lagi ialah apabila orang yang melanggarnya adalah seorang VIP berpangkat Datuk.
Nurul tahu perangai suaminya. Sudah tentu Rusdi telah berbincang dengan rakannya SAC Dato Helmy agar this matter gets quietly swept under the carpet. Lagipun, PDRM have their hands full sekarang. Baru-baru ini, ada berita viral tentang seorang menteri muda yang tercedera dan tayar basikalnya pecah akibat dari terlanggar sebuah lopak yang dalam di sebuah jalanraya utama. Kelam kabut semua jabatan dari PDRM, JKR, DBKL dan pelbagai agensi samada kerajaan atau bukan kerajaan bertindak cepat.
Jadi, nak suruh mereka prioritise untuk siasat identiti lelaki tidak bernama ini, bebanding dengan keluhan viral menteri muda tadi? Lagi-lagi apabila permintaannya telah disisih secara senyap oleh suaminya sendiri yang ingin menutup berita kemalangan ini dari diketahui umum?
YOU ARE READING
Hati Mereka Yang Terluka
RomanceSering kali kita terdengar kisah-kisah cinta terlarang antara isteri orang dan suami orang diakhir zaman ini. Cinta itu memang indah, memabukkan, mengkhayalkan, membawa dua insan hanyut dalam kenikmatan belaian kasih dan sayang. Tetapi, pernahkah ki...