Langkah Jasmina bersahaja, tidak lekas, tidak mengejar apa-apa. Dia hanya berjalan berkaki ayam di koridor hallway sebuah rumah cottage yang diperbuat dari batu-batuan yang terletak sedikit terpencil di Bukit Tinggi. Jasmina tidak memakai uniform jururawat seperti lazimnya beliau bekerja di hospital. Tetapi, dia hanya bersahaja memakai t-shirt lengan panjang yang disarungkan dengan sehelai sweater bulu. Kakinya pula disarungi oleh sehelai stretchable jeans. Cuaca nyaman dan dingin di Bukit Tinggi mencengkam sedikit tubuhnya, tetapi sebab dia sudah dua minggu berada di sini, maka cuaca dingin tersebut sudah tidak menjadi masalah baginya.
Jasmina membawa sebuah dulang yang berisi pelbagai peralatan di atasnya. Tetapi peralatan itu bukannya peralatan perubatan. Ianya adalah gromming kit untuk seseorang. Dia berjalan sambil tersenyum menuju ke bilik tidur utama cottage tersebut.
Oleh kerana kedua-dua tangannya memegang dulang, Jasmina memusingkan tubuhnya, dan menolak buka pintu bilik tidur dengan menggunakan belakangnya sahaja.
Tatkala pintu itu terbuka, Jasmina tersenyum melihat seorang lelaki yang sedang nyenyak tidur di atas sebuah katil kayu yang besar.
ʻʻGood morning, Mister Strangerʼʼ ucap Jasmina kepada lelaki itu, sambil mendekatinya dengan dulang masih di tangan, senyum masih tidak lekang dibibir. ʻʻHow are you today? Mimpi apa malam tadi?ʼʼ tanyanya sedikit berjenaka.
Jasmina meletakkan dulang tadi di atas sebuah meja di sebelah katil lelaki itu.
Kemudian, dia mengambil sehelai kain putih, mengibas-ngibas sedikit kain itu di udara, dan kemudian meletakkan kain putih itu pada dada lelaki yang tidur itu, dikemaskan dengan teliti pada leher.
Jasmina mengusap pipi dan dahu lelaki yang tidur itu, merasai bulu-bulu roma kasar yang sudah mula timbul. ʻʻScruffy nyer awak niʼʼ katanya sedikit ketawa,
Diambil nya sebuah mesin pencukur Philips S9000. Dihidupkan suis dan kemudian dengan satu tangan mengetap di dada, satu lagi tangan mencukur bulu-bulu halus di muka lelaki itu perlahan-lahan sampai licin. Dimulakan dari sebelah kiri pipi, dilorotkan kebawah sampai ke dagu, kemudian dicukur pula disebelah pipi kanan. Sistem tiga pisau rotary Philips yang canggih itu memastikan setiap helai janggut dan misai pada lelaki itu dipotong kemas, sama seperti dengan menggunakan pisau cukur tajam.
Jasmina menghela nafas apabila berpuas hati dengan hasil tangannya. Muka lelaki itu bersih tanpa bulu. Kulit pipinya tidaklah licin, ada banyak parut-parut jerawat yang tumbuh dari usia remajanya dulu. Sekarang semua jerawat terlahpun hilang, tetapi parut-parut dikedua-dua belah pipi masih ada. Jasmina mengecilkan sebelah matanya melihat wajah lelaki yang tampan ini. ʻʻTakpelah. Awak bukannya aktor Korea. Awak melayu... nampak macho apa ada parut jerawat di pipiʼʼ Katanya seloka sendiri.
Jasmina kemudian membelai rambut lelaki itu. Dan panjang. ʻʻHmmm... nak potong tak? Biarlah dulu ya? Panjang sikit barulah nampak hansem sikitʼʼ soalannya dijawab sendiri.
Jasmina kemudiannya meletakkan Philips S9000 tadi ke atas dulang, dan diambil sebotol aftershave Brut Apres Resage, dibuka tudung dan dicurahkan pada tangan, ditepuk-tepuk kedua-dua tangan, dan kemudian disapu pada bahagian muka dan dagu yang dicukur tadi. ʻʻKalau sakit, menjerit tau!ʼʼ kata Jasmina sambil tergelak.
Setelah berpuas hati yang muka lelaki itu bersih dan wangi, Jasmina membuka butang baju lelaki itu pula. Diselak bajunya terbuka menampakkan susuk tubuh badan yang sasa dengan dada yang bidang. Jasmina menahan nafas setiap kali melihat tubuh lelaki itu.
ʻʻJom mandiʼʼ katanya pula, mengambil sebuah tuala putih kecil yang telah direndam dalam air panas. Dia memerah tuala tersebut, dan kemudian mengelap tubuh lelaki itu, bermula dari dada, hingga ke perut, tangan dan juga ketiak.
YOU ARE READING
Hati Mereka Yang Terluka
RomanceSering kali kita terdengar kisah-kisah cinta terlarang antara isteri orang dan suami orang diakhir zaman ini. Cinta itu memang indah, memabukkan, mengkhayalkan, membawa dua insan hanyut dalam kenikmatan belaian kasih dan sayang. Tetapi, pernahkah ki...