ʻʻKeadaan fizikal awak dah bertambah baikʼʼ kata Dr Syed Izzuddin kepada Syafiq Mukhlis setelah melakukan pemeriksaan menyeluruh ke atas tubuh lelaki itu. ʻʻKaki awak pun dah nampak fully recoveredʼʼ katanya tersenyum.
Jasmina yang berdiri dibelakang Syed juga tersenyum melihat Syafiq yang sedang diperiksa oleh doktor itu di atas katilnya.
ʻʻSaya rasa sihat, doktor. Dah seminggu saya sedar. Rasanya saya dah boleh balik ke rumah saya sekarang kan, doktor?ʼʼ balas Syafiq kembali.
Syed menyimpan stetoskop yang telah digunakan tadi untuk memeriksa pernafasan dan denyutan jangung Syafiq, kembali ke dalam beg perkakasannya. ʻʻSaya faham awak ingin pulang. Tapi awak kena faham yang awak koma lebih dari sebulan setengah lamanya, Syafiq. Your muscles dah tak bergerak sekian lama. So it will take time for all your muscles to remember back all their responsibilitiesʼʼ
ʻʻSaya dah boleh berjalan dengan sendiri doktor. Tak perlu dipapah atau dipimpin lagiʼʼ Syafiq masih cuba untuk memberi Syed sedikit keyakinan.
Syed menutup beg perkakasannya dan menggalas tali beg tersebut dibahunya sambil berdiri. ʻʻYa saya tahu. In fact, saya akan minta Jasmina buat beberapa ujian refleksi hari ini. Kalau semuanya okay, saya akan beri laporan kepada Datuk Nurul, dan awak boleh discharge sekiranya semuanya okayʼʼ
Syafiq meghela nafas sedikit, tapi masih mampu tersenyum hormat. ʻʻBaiklah. Terima kasih, doktorʼʼ
Syed mengangguk, ʻʻOk, saya mintak diri dulu, saya nak bergerak ke hospitalʼʼ
Syed kemudian menggalas begnya dan melangkah untuk keluar dari bilik tidur Syafiq.
Jasmina yang melihat Syed berjalan melintasinya, tiba-tiba memegang tangan lelaki itu, ʻʻYouʼʼ bisiknya perlahan, ʻʻJom lah breakfast dulu sebelum you pergi. I dah sediakan sarapan pagi niʼʼ
Syafiq mengerutkan dahinya sambil melihat dengan tajam Jasmina memegang tangan Syed.
ʻʻI dah lambat ni, babeʼʼ bisik Syed perlahan, ʻʻNak travel ke KL pun ambil satu setengah jam. I need to go nowʼʼ
ʻʻOk, biar I sediakan bekal untuk you ya? I dah buatkan coffeeʼʼ senyum Jasmina.
Syed mengangguk, sedikit tersenyum, melepaskan tangan Jasmina yang memegang tangannya tadi, ʻʻThank you, Meenʼʼ
Syed keluar dari bilik tidur tersebut sambil diekori oleh Jasmina dari belakang.
Syafiq rasa tak sedap hati apabila melihat kemesraan yang ditunjukkan oleh Jasmina terhadap Syed. Sesuatu di dalam hatinya tidak merestui kemesraaan mereka ini.
Syafiq perlahan-lahan bangun dari katilnya. Dia mendengus sedikit. Kedua-dua tangannya ditongkatkan ke tepi katil. Ditolak tubuhnya untuk berdiri. Kakinya masih sedikit lemah, sedikit rasa sakit pada kaki kiri yang patah dulu. Tetapi Syafiq cuba untuk tidak mempedulikan rasa sakit di kakinya. Dia mampu berdiri. Dia mampu berjalan dengan dua kaki sendiri. Perlahan-lahan dia mencapai sehelai jaket bulu, disarungkan ke tubuhnya, dan kemudian dizipkan jaket itu rapi. Syafiq berjalan keluar dari bilik tidur itu, langkahnya menuju ke pintu hadapan, dan terus menghirup udara nyaman Bukit Tinggi tatkala dia sudah berada di luar cottage batu itu.
Syafiq melihat Jasmina yang sedang memberikan bekal makanan dan minuman panas kepada Syed yang kini sudah berada di keretanya. Syed senyum pada Jasmina sambil mengambil bekal yang diberikannya itu.
Jasmina melambai Syed pergi sehinggalah hilangnya kereta dari pandangannya.
Jasmina kemudian menoleh semula kepada Syafiq dan senyum manis pada lelaki itu. ʻʻFiq! Jom kita breakfast?ʼʼ
YOU ARE READING
Hati Mereka Yang Terluka
RomanceSering kali kita terdengar kisah-kisah cinta terlarang antara isteri orang dan suami orang diakhir zaman ini. Cinta itu memang indah, memabukkan, mengkhayalkan, membawa dua insan hanyut dalam kenikmatan belaian kasih dan sayang. Tetapi, pernahkah ki...