Aziz, Syafiq dan Hazrin bertungkus-lumus membantu pekerja van berhawa dingin milik syarikat mereka memindahkan pek makanan yang telah disiap dibungkus ke dalam kotak gourmet yang telah direkacipta khas oleh Delisa. Di dalam sebuah kotak gourmet tersebut telah terdapat ruang-ruang khas untuk bahan kering seperti beras dan rencah ratus, matakala ruang basah seperti ayam dan daging di ketap menggunakan vaccum pack. Sementara bahan hiasan seperti sayur dan ulam ditempatkan di dalam pek plastik masing-masing.
Kesemua bahan dimasukkan ke dalam kotak yang juga mengandungi arahan memasak yang ringkas. Kotak dilabel dengan gambar makanan dan infomasi syarikat mereka.
Alhamdullilah, arahan PKP oleh kerajaan sebenarnya dapat membantu model perniagaan mereka ini. Oleh kerana rakyat Malaysia dikerahkan untuk duduk dirumah, maka bisnes penghantaran makanan berkembang dengan meluas seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Berbeza dengan perkhidmatan penghantaran makan yang telah siap dimasak, syarikat Local Food Made By Local Hands Sdn Bhd yang ditubuhkan oleh Syafiq satu ketika dulu kini telah berkembang menjadi sebuah SME yang berjaya.
Untuk menampung perkembangan perniagaan mereka, Syafiq telah menyewa sebuah rumah kedai di kawasan Ampang Jaya untuk memudahkan operasi logistik dan pembungkusan makanan.
Buat masa ni, penghantaran hanya terhad ke kawasan Kuala Lumpur dan daerah Selangor yang terdekat disebabkan arahan kerajaan yang tidak membenarkan rakyatnya merentas negeri. Tetapi rezeki mereka tetap murah, Walau dengan adanya arahan itupun, untuk hari ini sahaja syarikat kecil mereka telah mendapat tempahan 300 bungkus nasi tuah berlaukkan ayam kurma dan hati ayam masak cili hasil dari ciptaan Delisa.
Dan walaupun nampak seperti tak cukup tangan, Delisa sudah pun merekacipta menu kedua dan ketiga mereka selepas ini. Malah, Delisa sudah menghubungi ibubapanya di Melaka dan ibubapa Syafiq di Perak untuk merancang mengembangkan perniagaan mereka ke dua negeri itu pula. Sejak diberhentikan oleh Shangri-La, Delisa bekerja sepenuh masa membantu perniagaan mereka suami isteri.
Dari segi kehidupan harian, Syafiq dan Delisa pula telah pindah ke sebuah rumah teres dua tingkat berdekatan dengan kedai mereka agar senang untuk mereka berulang-alik membuat kerja. Bak kata orang, rezeki tersorok disebalik kepayahan, Syafiq berjaya menyewa sebuah rumah teres dua tingkat dengan kadar sewa yang murah disebabkan jatuhnya pasaran hartanah akibar dari wabak Covid-19. Mereka berdua berpindah dari flat tingkat lapan yang mereka duduki dulu untuk memudahkan Delisa bergerak memandangkan dia sudah berbadan dua.
Kereta setia Proton Saga milik Syafiq masih kekal di rumah untuk kegunaan harian, tetapi Syafiq telah membeli sebuah kereta Proton Persona bergear otomatik kerana ianya lebih selesa untuk dipandu wanita mengandung.
Begitulah kehidupan harian mereka yang semakin baik dengan rezeki yang baru ini.
Berbalik semula ke aktiviti yang sedang berlaku di rumah kedai tadi, sejurus selepas pekerja-pekerja memindahkan 300 pek makanan ke dalam van, Hazrin dilihat menggaru kepalanya sendiri sambil melihat peranti iPad yang dipengangnya.
ʻʻKenapa, Haz? Nampak macam risau jer?ʼʼ tanya Syafiq kepada jejaka muda itu.
ʻʻTak de, bang. Ni saya dapat order dari Rawang niʼʼ kata Hazrin sambil menghela nafas.
ʻʻRawang? Tu cross border tu. Kita mana boleh rentas daerahʼʼ celah Aziz.
ʻʻTu lah pasalʼʼ balas Hazrin, ʻʻtapi dah dua kali kita decline. Customer yang sama. Rasa kesian pulakʼʼ
ʻʻNak buat macam mana. Arahan kerajaan tak boleh rentas negeri. Rawang tu across the border dekat sebelah atas tuʼʼ jelas Syafiq.
Mendengar perbulan kaum lelaki membincangkan sesuatu, Delisa dan Naura datang menghampiri mereka.
YOU ARE READING
Hati Mereka Yang Terluka
RomanceSering kali kita terdengar kisah-kisah cinta terlarang antara isteri orang dan suami orang diakhir zaman ini. Cinta itu memang indah, memabukkan, mengkhayalkan, membawa dua insan hanyut dalam kenikmatan belaian kasih dan sayang. Tetapi, pernahkah ki...