34

3.3K 49 5
                                    

ʻʻDelisaʼʼ

Syafiq mengerutkan dahinya. Menghela nafas. Tertunduk. Cuba untuk menelan bubur nasi di dalam mulutnya. Air liurnya pahit. Pahit sangat.

ʻʻDelisa. Delisa. Delisa. Delisa. Macam lah tak ada nama orang lain dah nak sebut. Sabar jer lah kalau ya punʼʼ Jasmina menggeleng-gelengkan kepala, sambil mengacau bubur nasi di dalam mangkuk yang dipegangnya.

Satu sudu bubur dicedok dari mangkuk tersebut dan dihulurkan pada mulut Syafiq.

Syafiq menggeleng kepala.

ʻʻMakanlah. Sikit jer lagi haa ni. Macam budak kecik lah you niʼʼ ngomel Jasmina pada Syafiq.

Syafiq menolak tangan Jasmina perlahan, menggeleng kepala. ʻʻDah cukup, Meen. Saya tak boleh telan dahʼʼ

Jasmina menghela nafas. Dia menarik semula sudu bubur nasi itu. Dikacau-kalau lagi mangkuk dengan sudu tersebut. Tak banyak pun yang tinggal lagi. Tinggal dua tiga sudu pun lagi.

ʻʻMengada lah you ni. Kalau si Lisa tu yang suap, mesti nak kan? Ni sebab kita yang suap, jual mahal konon. Puiiʼʼ muka Jasmina mencuka.

Syafiq mengerutkan dahi. Ingatannya tak lekang dari isterinya Delisa. Rindu di hati mencengkam sekali.

ʻʻMeen, Lisa tak de call ke?ʼʼ tanyanya perlahan.

Jasmina mengeleng-gelengkan kepala. Bubur nasi yang dipegangnya itu, disuapnya ke dalam mulutnya sendiri. ʻʻTak ada pun, Fiq. Meen dah cakap dekat Naura tadi. Dia pun banyak kali cuba call. Nombor dah disconnectʼʼ

Syafiq menoleh kepalanya ke arah tingkap, melihat pandangan di luar. Tapi ingatannya jauh melepasi pokok-pokok di Bukit Tinggi itu. Jauh menembusi terus kepada wanita yang sangat dirinduinya itu. ʻʻMana Lisa pergi, Meen? Mana dia pergi?ʼʼ bisiknya perlahan, sayu suaranya.

Jasmina sedikit sayu melihat Syafiq yang dilanda kerinduan tersebut. Dia meletakkan mangkuk bubur nasi ke atas meja dan mengambil gelas air suam beserta dengan straw di dalamnya.

ʻʻNak minum?ʼʼ tanya Jasmina.

Syafiq menggeleng-geleng kepala, sambil pandangannya masih merenung diluar tingkap.

Jasmina meletakkan gelas itu tadi pada meja. Dia mengambil kain saputangan dan mengelap mulut Syafiq.

ʻʻFiq. Sejak you berada dalam hospital, sampai lah you ke sini, tak de siapa pun yang datang tengok you. Naura sorang jer lah yang hantar messageʼʼ kata Jasmina membersihkan mulut Syafiq.

ʻʻMungkin sebab tak de siapa yang boleh contact saya. Fon saya kan hilangʼʼ kata Syafiq perlahan, hampa.

ʻʻYou nak call siapa-siapa tak? Nak cakap dengan Naura?ʼʼ tanya Jasmina sambil mengambil telefon pintarnya dari dalam handbag. ʻʻNah, pakai fon Iʼʼ

Syafiq mengambil telefon Jasmina. Sejujurnya dia hanya tahu nombor Delisa.

Syafiq mendail nombor isterinya dan menekan butang Call.

Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan kami. Terima kasih.

Syafiq menelan air liur. Kenapa Delisa dah matikan talian? Kenapa?

Syafiq menutup matanya. Dia cuba untuk mencari sebarang petunjuk. Dia cuba mengingati lagi apa-apa nombor yang boleh difikirkannya. Siapa lagi yang boleh dihubunginya untuk mendapatkan sebarang petunjuk dimana hilang isterinya Delisa.

Sejujurnya sejak adanya telefon pintar ini, mana ada orang yang hafal nombor telefon rakan-rakan lain. Semuanya telah disimpan di dalam contact book di dalam telefon masing-masing. Tanpa telefon, tak kan boleh dia mengingati nombor-nombor kenalan yang lain.

Hati Mereka Yang TerlukaWhere stories live. Discover now