45

2.9K 52 37
                                    

Sebuah kereta Nissan X-Trail berwarna metallic pearl white bergerak masuk dengan perlahan ke kawasan tempat letak kereta berhampiran dengan Block C, Rumah Pangsa Ampang Jaya. Berdebar-debar jantung pemandu lelaki yang memandu kereta tersebut tatkala dia mengemudi kereta itu melepasi deretan kenderaan-kenderaan lain yang sedang berada di dalam petak masing-masing. Sepanjang perjalanan mereka dari Bukit Tinggi ke Ampang Jaya, pemandu lelaki dan penumpang wanita disebelahnya tidak banyak berbual. Masing-masing senyap memikirkan seribu satu perkara yang sedang bermain-main di minda.

ʻʻDah sampaiʼʼ bisik Syafiq sambil mata memandang kehadapan, tangan kiri memegang stereng, siku kanan ditongkatkan ke pintu, jari tangan kanan direhatkan pada bibir.

Jasmina melihat block-block rumah pangsa disekelilingnya. Kawasan perumaahan kos sederhana tersebut jauh berbeza sekali dengan keindahaan taman perumahannya di Beringin Residence. ʻʻYou tinggal dekat sini, Fiq? Nampak lively. Homely. Nampak... riangʼʼ katanya apabila melihat sekumpulan kanak-kanak dan orang dewasa melepak di sana-sini, tak seperti taman perumahannya yang sunyi kerana kesemua penghuni berada di dalam.

Syafiq melihat satu petak yang kosong. Biasanya petak tersebut diduduki oleh kereta Proton Saga miliknya. Tapi malam ini petak itu tiada penghuninya.

Syafiq memutarkan stereng kereta Nissan X-Trail tersebut dan ianya masuk ke dalam petak yang kosong tadi.

Butang handbrake ditarik. Gear dimasukkan ke ʻʻPʼʼ. Enjin dimatikan. Syafiq menutup mata, menghela nafas. Satu kalimat syukur kepada Ilahi dilafazkan di dalam hati.

Syafiq membuka matanya. Menoleh pada Jasmina. Senyum diberikan kepada jururawat itu. ʻʻYa, Meen. Ini lah rumah saya. Saya duduk dekat tingkat lapanʼʼ

Syfiq menyambung lagi, ʻʻMimeen... terima kasih sebab jaga saya selama ini. Saya betul-betul hargai. Terima kasih sebab tolong hantarkan saya balik. Saya... saya dah pulang sekarangʼʼ katanya lembut sambil tersenyum, raut wajahnya nampak sangat riang, sangat bahagia.

Jasmina tersenyum. Sayu hatinya mendengar kata-kata Syafiq tadi. Sedikit perasaan di dalam hatinya agak sukar untuk melepaskan lelaki ini. Sepanjang hampir dua bulan mereka bersama, dari keadaan Syafiq koma tidak sedarkan diri, sehinggalah proses rehabilitation nya, Jasmina merasakan ada satu connection yang tidak dapat dia sendiri huraikan. Semakin mereka menjadi rapat, ikatan persahabatan mereka menjadi semakin utuh. Makan bersama. Beriadah bersama. Berkongsi secawan milo panas bersama. Solat bersama. Dan pabila Syafiq mengucapkan yang dia sudah akhirnya pulang, kata-kata itu agak sayu dan pilu terasa di hatinya.

ʻʻFiq... boleh I tumpang singgah rumah you? Introduce me to your... wife?ʼʼ tanya Jasmina. Tergerak di dalam hatinya ingin berjumpa Delisa. Dia ingin sekali dia berjumpa dengan wanita yang sentiasa bertahta di dalam hati lelaki ini pada setiap masa dan setiap ketika.

Syafiq hanya senyum kembali kepada Jasmina. ʻʻBoleh. Jemput lah naik. Saya perkenalkan awak pada Delisa. Tapi jangan rapat sangat tau? Tak nak isteri saya cemburu nantiʼʼ katanya tergelak sambil bergurau. Jasmina turut gelak sama.

Syafiq dan Jasmina turun dari kenderaan tersebut. Syafiq mencapai beg sukan yang mengandungi pakaiannya dan menyilangkan pada badan. Pintu ditutup dan dikunci. Kunci diserahkan semula pada Jasmina. ʻʻTerima kasihʼʼ kata Syafiq dengan baik.

ʻʻSama-samaʼʼ balas Jasmina sambil mengambil kembali kunci keretanya semula.

Mereka berdua berjalan ke arah lif Block C, sambil hati Syafiq berdebar-debar seiringan dengan langkahnya.

Butang lif ditekan. Mereka berdua menanti ketibaan lif dengan penuh debaran. Raut wajah Syafiq semakin bercahaya. Jantungnya bergema seperti rebana. Sedikit senyuman terukir di bibir.

Hati Mereka Yang TerlukaWhere stories live. Discover now