JASMINA ABIRAH dengan tekun mengambil kain lap baru yang bersih dari dispenser yang terletak di atas meja perkakasannya, dan kemudian mengelap peluh di dahi Professor Datuk Dr Nurul Hidayah yang sedang menumpukan perhatian melakukan pembedahan jantung pada seorang pesakit wanita.
Sudah hampir enam jam Nurul berdiri dengan tekun disebelah meja pembedahan mengerjakan operasi membaiki pulih jantung wanita yang cedera akibat sebuah kemalangan jalanraya. Walaupun pada mulanya, kebarangkalian untuk pembedahan itu dapat dilakukan dengan berjaya amatlah rendah, tapi itu tidak melunturkan semangat Nurul untuk tidak berputus asa.
Berkat gigih kesabaran, keyakinan dan ketekunan Nurul untuk menyelamatkan wanita ini, akhirnya pembedahan yang rumit dapat juga disiapkan dengan jayanya.
Nurul menarik nafas lega apabila operasi terakhir terhadap jantung yang lemah itu telah selamat dilaksanakan dengan jayanya. Scapel yang dipegangnya diserahkan kepada Jasmina untuk disimpan semula di atas meja perkakasannya.
ʻʻDr Syed, please stitch up the patientʼʼ kata Nurul sambil menutup matanya, kepenatan, kederatnya hampir tiada.
ʻʻBaik, Datuk. I shall finish it here. Datuk dah boleh berehat sekarangʼʼ kata Dr Syed Izzuddin mengambil alih tempat Nurul.
Nurul kemudiannya menoleh kearah Jasmina, jururawat berusia 30 tahun yang juga pembantu kanannya, ʻʻMeen, Iʼm done here. And so are you. Jom kita berehatʼʼ
Jasmina mengangguk pada doktor pakar yang disegani oleh semua pekerja hospital itu, ʻʻBaik, Datuk. I am so proud of you, Datuk. You did an amazing operation tonightʼʼ
Nurul hanya menepuk bahu Jasmina membalas senyuman, sebelum kedua mereka meninggalkan teater pembedahan pada hening pagi itu.
Sambil mereka berjalan keluar, Nurul sempat melihat jam di dinding yang menunjukkan pukul 4 pagi. ʻʻWaah... where does the time gone... tak sangka dah enam jam kita dalam teaterʼʼ
ʻʻBetul, Datukʼʼ jawab Jasmina, ʻʻDatuk patut balik berehat sekarang. You deserve itʼʼ Mereka berdua sudah berada di dalam changing room menukar pakaian.
ʻʻYou pun, Meen. Tapi kalau you penat, please donʼt drive home pagi-pagi buta ni. Tolonglah ambik Grab, okay?ʼʼ pesan Nurul kepada jururawatnya.
ʻʻEh, tak mengapa, Datuk. Saya dah biasaʼʼ jawab Jasmina, tersenyum.
ʻʻDonʼt push yourself, Meen. You tahu kan kenapa patient kita kena operate malam ni? Sebab accident... Accident sebab apa? Sebab fatigue... Sebab terlampau penat... Sampai terlelap semasa memandu. You nak jadi macam tu, Meen?ʼʼ tanya Nurul, serius.
ʻʻOf course tak, Datuk. Saya dah biasa kerja syif ni. Sejak dari zaman maktab dulu, dah memang latih kerja sampai pagi. Lagipun, kalau saya fatigue, tak kan saya dibenarkan berada di dalam teater kan?ʼʼ jawab Jasmina sambil tersenyum.
ʻʻOk lah kalau macam tu. Take care, okay? Nanti kita jumpa lagi. Assalamualaikumʼʼ
ʻʻWaalaikum salamʼʼ jawab Jasmina kembali, sambil mengimbas swipe card nya menandakan syif malam itu sudah selesai.
Nurul dan Jasmina kemudian bergerak meninggalkan hospital itu. Pemandu Nurul, Muthu sudah sedia menanti dengan kereta Mercedes S-Class Maybach berwarna hitam di perkarangan hospital.
ʻʻMuthu, my husband dah balik ke?ʼʼ tanya Nurul kepada pemandunya yang sedang membuka pintu belakang untuk Nurul.
ʻʻYa, Datuk. Datuk Rusdi dah pulang ke rumah two hours lepas Datuk masuk Op tadiʼʼ jawab Muthu sambil memastikan Nurul sudah masuk ke dalam kereta, kemudian menutup pintu bercermin gelap itu sebelum dia sendiri bergerak ke tempat pemandu.
ʻʻGoodnight, Miss. Please drive carefullyʼʼ kata Muthu kepada Jasmina.
ʻʻYou too, Muthu. Please make sure Datuk arrive safelyʼʼ jawab Jasmina kembali.
Jasmina kemudian bergerak ke arah kereta Nissan X-Trail yang menanti di perkarangan tempat letak kereta. Dengan kunci contactless di dalam handbag, Jasmina hanya perlu menekan butang di pemegang pintu untuk membuka keretanya. Tibanya di dalam, dia membuka kompartment di sebelah kerusi pemandu dan mengambil sekotak Pro Plus dan sebotol air. Dua biji pil Pro Plus ditelan bersulamkan air untuk memastikan dia tidak mengantuk. Setelah melepaskan nafas lega, akhirnya Jasmina menekan butang START untuk menghidupkan enjin, memasukkan gear R, dan mengundurkan keretanya keluar dari kotak tempat letak kereta, kemudian meneruskan perjalanan ke kediamannya di Beringin Residence.
Perjalanannya ke Beringin Residence hanya memakan masa 15 minit memandangkan tiada trafik pada jam 4 pagi. Sampai sahaja di rumah, kereta Audi A6 milik suaminya sudah tersedia di perkarangan rumah banglo milik mereka. Jasmina menekan butang remote untuk membuka pagar automatik di hadapan rumah mereka, sebelum dia memandu keretanya masuk ke dalam.
Sampai sahaja di dalam, Jasmina menarik nafas lega. Wanita jelita dengan ketinggian 165cm itu melucutkan kasut sneakersnya, terus mencampakkan handbag ke atas sofa, dan naik ke tingat atas ke bilik tidurnya.
Sampai di dalam, suaminya Adam Haider sudah lama lena tidur di atas katil, sedap memeluk bantal menggantikan isterinya Jasmina yang sepatutnya tidur bersama disebelahnya. Jadual syif malam Jasmina yang lebih kerap sekarang menyebabkan pasangan suami-isteri ini sering jarang berjumpa di rumah untuk menghabiskan masa bersama.
Jasmina terus ke bilik mandi, melucutkan baju satu persatu sambil berjalan ke arah cubicle muti-point aromatic massaging shower yang telah ditempah khas di dalam bilik mandi tersebut. Setelah menekan butang favourite Jasmineʼs No. 1 pada paparan skrin dinding, pancuran air panas dari pelbagai penjuru mula membasahi badan, sambil alunan musik piano dimainkan. Jasmina hanya perlu berdiri sambil kepalanya didongakkan sambil menikmati pancuran air automatik yang telah diadunkan dengan sabun lavender yang sangat wangi, sekaligus memberikannya rangsangan yang mengendurkan otot-otot yang tegang.
Sejujurnya, Jasmina lebih suka jari jemari suaminya sendiri mengurut dan membelai tengkuk, bahu dan belakangnya. Sentuhan tangan lelaki pada setiap lekuk dan urat di tubuhnya tak dapat diganti oleh alat mandi berkomputer ini. Tapi, apakan daya, waktu kerja yang berlainan menyebabkan mereka jarang berjumpa. Adam dengan kesibukan mengendalikan hotel, manakala Jasmina pula dengan kerja di hospital. Akibatnya, Adam menempah sebuah shower room yang canggih khas buat isterinya berehat. Memang Jasmina sangat-sangat hargai segala perbelanjaan yang dibuat oleh suaminya itu, tapi canggih macam mana sekalipun ia, tak dapat digantikan dengan kualiti time bersama pasangan hidupnya.
Setelah selesai mandi, Jasmina harum wangi seperti nama yang telah diberikan kepadanya. Jasmina mengenakan pyjamas yang diperbuat dari sutera sebelum melabuhkan diri berbaring di atas katil disebelah suaminya. Disebelah katilnya, sebuah mist diffuser dipasang untuk membantunya tidur. Aroma malam ini yang dipilih ialah Water Lily, iaitu aroma kegemarannya.
Tak sampai sepuluh minit, Jasmina hanyut ke alam mimpi. Tidurnya lena, sungguh empuk dan enak sekali.
Selepas sejam mereka tidur bersama, Adam membuka matanya perlahan tatkala jam menunjukkan waktu 6 pagi. Senyum manis terukir pada bibir lelaki itu tatkala melihat isterinya tidur di sisi. Sayu mata memandang Jasmina tidur dengan nyenyak. Tak sampai hati nak kejutkan sebab dia tahu isterinya baru selesai membantu doktor pakar melakukan pembedahan enam jam lamanya.
Adam bangkit dari tempat tidur, mata tak lekang melihat Jasmina. Dengan perlahan, dia bergerak ke bilik mandi. Gilirannya pula menikmati shower aromatheraphy. Setelah selesai mandi, Adam terus keluar dan bersiap untuk memulakan kerjanya. Baju yang siap digosok oleh hotel laundry service sedia menanti. Tali leher diikat kemas. Suit khas disarungkan ke tubuh badan.
Adam melihat sebentar isterinya yang masih tidur. Satu senyuman ditinggalkan sebelum dia melangkah keluar. Pintu bilik tidur ditutup perlahan tidak mahu Jasmina terjaga dari lenanya.
Perlahan juga dia turun ke bawah dan keluar meninggalkan rumah, untuk meneruskan perjalanan pagi itu bagi memulakan kerja hariannya di hotel Shangri-La.
YOU ARE READING
Hati Mereka Yang Terluka
RomanceSering kali kita terdengar kisah-kisah cinta terlarang antara isteri orang dan suami orang diakhir zaman ini. Cinta itu memang indah, memabukkan, mengkhayalkan, membawa dua insan hanyut dalam kenikmatan belaian kasih dan sayang. Tetapi, pernahkah ki...