Delisa merenung kearah luar tingkap kereta Audi A6 sambil sikunya direhatkan pada pintu kereta tersebut, tangan digenggam menongkatkan kepalanya yang disandarkan dengan malas. Walaupun matanya memandang kearah luar, tetapi tidak satu pun benda diluar itu yang dilihatnya.
Ini adalah kerana fikirannya teringatkan seseorang.
Seseorang yang sudah dua minggu tidak dengar sebarang khabar berita.
ʻʻJauh termenung?ʼʼ suara Adam memecahkan kesunyian kereta yang dipandu menuju ke arah Ampang Jaya.
Delisa tidak menjawab. Matanya masih terpaku kearah luar.
Melihat Delisa masih berdiam diri, Adam cuba untuk berbual lagi.
ʻʻTeringatkan Syafiq ke?ʼʼ tanya Adam pula.
Delisa menutup matanya, menelan air liurnya. Dia melepaskan nafas yang panjang, mengeluh dengan rasa yang sedikit sayu bercampur hampa.
ʻʻDah dua minggu I tak dengar apa-apa berita pun dari dia. I tak tahu samada dia masih hidup ke, dah mati keʼʼ suara Delisa seperti sedikit putus asa.
ʻʻLisa, tak elok cakap macam tuʼʼ balas Adam cuba memujuk.
ʻʻHantar wassap dapat single tick. Bila call terus dapat suara bagitahu talian dia telah tidak aktif. Tanya kawan, tak tahu dia dekat mana. Come on lah, okay? I ni wife dia, kot? Kalau nak buat apa-apa pun, at least bagitahu I lah. Ini tak, terus hilang macam tu jer. Dia ingat I ni apa? Tunggul yang duduk dekat rumah tu sorang-sorang? Nasib baik I dah dapat kerja. Kalau tidak, mati I sorang-sorang nak makan apa?ʼʼ rungut Delisa, meluahkan satu persatu resahan di dalam hatinya berturut-turut.
Melihat Delisa yang tak berhenti mengomel, Adam terus mencapai tangan kanan Delisa dan mengenggamnya erat.
ʻʻLisa, dah tu. Dah tu. I tahu you rasa kecewa sekarang, tapi mesti ada sebab kenapa dia menghilangkan diri dari youʼʼ pujuk Adam, ʻʻyou ada buat polis report ke?ʼʼ
Delisa ketawa. Tetapi ketawanya bercampur dengan tawa yang hampa. ʻʻAdam, you nak dengar cerita kelakar tak? You ingat I tak buat ke polis report? A few days lepas dia menghilangkan diri, I dah pergi balai polis tau. And you know what they said? Okay... dengar ya... ni dia part yang kelakar tau... Mula-mula kan... diaorang tanya husband I ni orang jahat ke, samseng ke, ada musuh ke, ada orang nak bunuh ke. Of course lah I tak tahu, kan? Lepas tu kan... diaorang tanya lagi, Syafiq ada girlfriend ke, bini muda ke, lari kahwin lain dekat Siam ke? Siap boleh buat lawak-lawak bodoh lagi, you? I pun apa lagi, mengamuk lah dekat balai tu...ʼʼ
Delisa hampir menangis sambil menyambung ceritanya, ʻʻ...nasib baik ada seorang koperal perempuan ni... apa nama dia... Koperal Inaara... baik budak tu... dia datang and calm me down, tapi Koperal Inaara laid down all the facts. Dia cakap Syafiq bukan kanak-kanak. Bukan kena culik. Bukan kena kidnap. Sebenarnya banyak sangat wanita buat polis report pasal suami menghilangkan diri. Macam-macam cerita ada. Ada yang merajuk, ada yang bergaduh, ada yang lari kahwin lain, ada yang terus ditinggalkan macam tu jer. Just like that. Pihak polis bukan tempat kaunseling atau welfare keluarga. Kalau tak ada jenayah yang berlaku, mereka hanya ambik rekod dan keep an eye kalau ada apa-apa maklumat terkini. Koperal Inaara siap pujuk I, suruh I bersabar, tapi dia suruh I untuk teruskan dengan kehidupan Iʼʼ
Akhirnya Delisa tidak dapat menahan kesedihan dan terus menangis tersedu-sedu mengenangkan nasibnya yang telah ditinggalkan oleh Syafiq.
Melihat keadaan Delisa yang semakin bersedih, Adam terus memberhentikan keretanya di tepi jalan, dan menghidupkan lampu hazard lights agar kenderaan lain maklum tentang kedudukan keretanya.
Setelah kereta diberhentikan, Adam terus membuka tali pinggang keledarnya, dan terus memeluk Delisa erat. Diusap-usap kepala dan belakang wanita itu sambil memujuknya perlahan.
YOU ARE READING
Hati Mereka Yang Terluka
RomanceSering kali kita terdengar kisah-kisah cinta terlarang antara isteri orang dan suami orang diakhir zaman ini. Cinta itu memang indah, memabukkan, mengkhayalkan, membawa dua insan hanyut dalam kenikmatan belaian kasih dan sayang. Tetapi, pernahkah ki...