BAB 1

19.2K 873 96
                                    

"Allyra Danyra," panggilnya. Aku menoleh ke arahnya. Aku hanya mengangkat kening.

Ni kalau dah panggil nama penuh aku tu, mesti nak ajak aku buat something. Dia dah tersengih macam kerang busuk.

"Shopping jom," katanya tanpa ragu-ragu. Aku tidak menjawab, malah menghiraukannya.

"Ala jom la. Jom la. Tak apa lah kalau macam tu , mesti kau tak ada mood kan?" Dia dah buat muka pasrah.

Eh minah ni , aku cepuk kang mampus kau. Astaghfirullahalazim, tak baik betul mulut aku cakap macam tu. Dayana ni satu-satunya kawan aku, my best friend and my everything. Jujur aku cakap, aku tak boleh kehilangan dia dalam hidupku.

"Nak la, aku tak jawab sebab aku tengah makan. Kau nak aku mati tercekik ke apa?" balasku dengan mendatar.

Tak ada mood nak bergaduh, so aku jawab elok-elok je. Kalau tak, memang dah terkeluar perangai syaitan aku ni.

"Hehe, kau makan la puas-puas dulu. Kumpulkan tenaga. Lepas ni kita nak tawaf mall ni. YSL ada new product tau, handbag limited edition yang aku tunjuk minggu lepas tu. Dah masuk pasaran Malaysia," ujarnya panjang lebar.

"Wah serious la? Finally ada jugak dekat butik kat Malaysia ni. Dah lama aku tunggu."

Daripada tak ada mood, terus ada mood. Pandai Dayana ambil hati aku. Ni yang buatkan aku sayang lebih dari biasa ni.

Kami menghabiskan makanan dan membayar makanan. Dan bermulalah sesi membeli-belah. Kami masuk ke dalam butik berjenama YSL. Nak buat apa? Sudah tentu lah nak beli handbag limited edition tu.

✾ ✾ ✾

"Danyra, ni sesuai tak dengan aku?" soal Dayana.

"Sesuai sangat, macam artis dah aku tengok. Kau nak beli handbag dengan dress ni je ke? Tak nak beli heels macam aku beli tu? Minggu depan kan ada reunion sekolah , kita boleh matching from head to toe."

"Eh ya tak ya jugak kan. Aku lupa pasal reunion tu, nasib kau ingatkan aku."

Setelah itu, Dayana mengikuti pekerja perempuan butik ini untuk memilih saiz kasut. Selepas beberapa jam berada di butik YSL, kami berdua menuju ke arah kaunter untuk membuat pembayaran.

Kami membeli barang yang sama iaitu dress, handbag dan heels. Bukan setakat barang je yang sama, warna pun sama. Maklumlah kembar lah katakan. Aku dengan kembar aku pun tak macam tu. Kenapa? Dah dia lelaki, memang tak la nak pakai dress and heels bagai ni.

"Dayana, lepas ni kita pergi Chanel nak tak? Aku nak beli necklace dengan earrings Camelia collection warna gold tu."

"Jom." Dia terus tarik tangan aku. Ingat aku ni patung ke apa.

Tanpa berlengah lagi, aku mengikuti jejak langkahnya menuju ke butik Chanel. Dah la susah nak berjalan sebab tangan kiri aku dia tarik, tangan kanan pulak tengah pegang tiga beg kertas dari butik YSL tadi.

✾ ✾ ✾

"Luckyly ada dua set Camelia necklace dan dua set Camelia earrings untuk miss dua orang." kata pekerja butik itu ramah. Aku dan Dayana hanya mengukirkan senyuman.

"Wow, that's great. Boleh you pack sekarang? I nak cepat ni." Pekerja itu mengangguk dan berlalu pergi untuk membungkus barang yang dipilih oleh aku dan Dayana.

Veni Vidi ViciWhere stories live. Discover now