BAB 19

5.4K 380 5
                                        

"Betul ni nak kahwin dengan aku?" Aku menyoal Darrien yang masih lagi memandu.

Pulang sahaja dari pejabat, Darrien menjemputku untuk membeli cincin dan barang hantaran. Nak membantah pun tak boleh disebabkan aku pergi kerja pun Darrien yang hantar.

"Muka aku ada nampak macam main-main ke?" balasnya, sarkastik.

"Somehow like that. Tapikan kau tak kisah ke kalau aku ni pemalas, suka tidur, bangun lambat, tak reti masak. Tak payahlah kahwin dengan aku nanti..."

Terhenti percakapanku tatkala Darrien menyampuk, "I don't care, I love and accept you just the way you are." Terdiam aku mendengar jawapannya.

Ini jujur ke tak jujur ni? Sabar Danyra, sabar. Kau tak boleh cair! Aku cuba memujuk hati sendiri.

Aku mengalihkan pandangan ke luar tingkap. Sesekali aku mengerling Darrien. Tanpa sedar kepalaku menjenguk Darrien di sebelah kanan. Hampir tersengguk aku tatkala kereta diberhentikan secara mengejut.

Aku mengangkat kepala dan melihat ke arah cermin depan kereta. Ish, lampu merah rupanya. Ingatkan apalah tadi!

Hmmm... Nak tanya ke tak nak eh? Tanya jelah, kalau tak tanya tak tahu.

"Ehem..." Aku berdehem.

"Nak cakap apa?"

"Kad kahwin dah siap ke?"

"Dah, nanti aku edarkan."

"Okay."

Aku pun tak tahu mengapa aku bertanya soalan sebegitu. Hati aku tak rasa tenang selagi aku tak bertanya. Perlahan-lahan aku selesakan diri di seat kereta. Mata dipejam rapat dan aku tertidur...

Berkerut dahiku apabila terasa helaian rambut menyapu wajahku namun, mata masih tak mahu celik. Aku mendengus perlahan. Kenapa bila aku tidur aje mesti ada orang akan kacau!?

"Bangun, Allyra. Bangun, dah sampai ni."

Automatik aku mencelikkan kelopak mata. Dengan pantas tangan naik menggosok mata untuk menghilangkan kabur. Aku menggeliat sedikit sebelum melihat Darrien yang memandangku sambil tersenyum.

Gila ke apa dia ni? Boleh pulak senyum sorang-sorang.

Dengan cepat aku mengambil beg tangan dan berlalu keluar dari kereta. Ya, sekali lagi aku menjejakkan kaki ke dalam Pavilion cumanya berbeza bulan. Agaknya aku dah boleh apply jadi customer tetap, itu pun kalau adalah servis sebegitu...

Sampai sahaja di depan butik yang menjual barangan kemas, Darrien menarik tanganku. Ingat aku nak larilah tu! Perasan, huh!

Kami disapa oleh pekerja perempuan dan lelaki. Aku hanya senyum untuk membalas sapaan mereka. Punggung dilabuhkan di atas kerusi yang disediakan berhadapan dengan koleksi barangan kemas yang terbaru.

"Try yang ini." Darrien menunjukkan sebentuk cincin emas yang reka bentuknya sedikit buruk bagiku.

Pekerja perempuan yang berada di hadapan kami mengeluarkan cincin yang dipilih Darrien. Mataku teralih pada cincin yang bertatahkan permata kecil. Just simple and nice!

"Tak payah ambil yang tadi. Ambil yang sebelah dia tu," arahku dan pekerja itu mengangguk.

Cincin itu dihulurnya sopan dan aku mengambilnya. Serta-merta cincin itu disarungkan ke jari. Aku menilik jariku sendiri sambil tersenyum.

"Cantik tak?" tanyaku seraya menayangkan jari kepada Darrien.

"Cantik tapi kenapa ambil yang ni? Tak simple sangat ke?"

Veni Vidi ViciTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang