"Mummy... Tak nak lah duduk sini, nak balik." Aku merengek seperti kanak-kanak berusia lima tahun yang tidak dapat gula-gula. Kepala digelengkan beberapa kali. Air mata mula bertakung di tubir mata. Tunggu masa sahaja untuk jatuh.
Aku dah tak kisah keluarga Darrien ada sekali pun. Yang penting aku boleh keluar dari hospital.
"Yalah, nanti mummy tanya doktor Maryam." Selepas sahaja mendengar jawapan daripada mummy, air mata yang meleleh di pipi aku kesat dengan kasar. Wajahku kembali ceria.
Tak sangka mummy percaya dengan lakonan aku ni. Lepas ni aku dah boleh jadi pelakon kan?
"Dramatik. Kenapa lah mummy percaya dengan air mata palsu dia ni." Dahi aku ditunjal kuat oleh abang.
"Amende kau ni bang, pergi lah dating dengan Lana. Melawat aku bukannya ada faedah pun kan?" Keningku dijongket beberapa kali. Muka Aylana pun dah merah. Kahwin je lah dua orang ni!
"Mengada tapi comel..." Darrien yang berada di sebelah kiriku menggumam perlahan.
"Hah?" Sengaja aku buat-buat tak dengar. Gila tak dengar, ini Danyra okay.
"Tak ada apa." Dia melarikan pandangan kemudian sambung bercakap bersama daddy.
"Uncle, sebelum balik hotel boleh tak kita bincang sesuatu?" soalnya pada daddy. Mungkin urusan syarikat, jadi aku malas mahu masuk campur.
"Danyra okay kan kalau duduk seorang dekat hospital malam ni?" Aunty Dahlia menyoalku. Keningku serta-merta bertaut.
"Kenapa?"
"Kami kena bincang urusan syarikat malam ni sebab mereka kena balik Kuala Lumpur." Aku hanya mengangguk.
Aku lupa bahawa akulah punca family day yang dianjurkan tidak berjalan lancar. Kesian pada pekerja yang lain tak dapat bercuti disebabkan aku.
Aku bersalaman dengan daddy, mummy dan aunty Dahlia sebelum mereka keluar dari wad peribadiku ini. Darrien dan abang sudah lama keluar, uncle Daud pula sudah berada di hotel tempat pekerja dikumpulkan.
Selepas sahaja mereka semua keluar, aku terus menutup lampu dan membaringkan diri di atas katil. Selimut ditarik sehingga leher dan mata dipejam rapat. Dan begitu sahaja aku lena dalam kedinginan air cond.
✾ ✾ ✾
"Finally! Home sweet home." ujarku riang setelah menjejakkan kaki ke dalam rumah.
"Bagi salamlah, adik." Daddy dari belakangku bersuara.
"Dah, daddy je yang tak dengar." jawabku seraya menggosok lengan yang ditampar oleh mummy. Ada ke patut mummy tampar lengan aku. Habis merah.
"Mummy tak dengar pun." ujar mummy.
"Sebab mummy dah tua, lain kali korek telinga sikit."
"Menjawab je kerja budak ni." Aku melorekkan senyuman untuk mummy dan berlalu ke bilik.
Hasil pujukan aku membuatkan doktor Maryam pasrah. Nak tak nak dia perlu membenarkan untuk aku discharge disebabkan keadaan aku yang dah sembuh.
Turun sahaja ke bawah, mataku tertancap pada satu susuk tubuh seorang lelaki yang membelakangiku. Tanpa berfikir panjang, aku menepuk belakang badannya. Dia terdorong ke depan sehingga hampir menyembah lantai.
Tak payah tengok muka dah tahu, mesti abang. Padan muka kau. Siapa suruh berdiri depan tangga macam pengawal. Orang nak lalu pun susah.
"Awww... Allyra sakitlah." Tangannya naik menggosok belakang tempat aku tepuk tadi.
Eh? Kenapa suara abang lain? Setahu aku, family aku tak pernah panggil aku dengan nama Allyra.
Badannya dipusingkan ke arahku. Terbeliak mataku saat melihatnya. Darrien yang berpakaian kasual segera berjalan dan melabuhkan punggung di atas sofa.
Suka hati dia je duduk tanpa dipelawa. Dia ingat ni rumah dia ke? Tahu lah selalu datang lepak dengan abang, tapi ni macam tak ada adab je...
Aku berdiri dihadapannya dan bercekak pinggang. Tangan disilangkan ke dada. Kaki dihentakkan sedikit.
"Tepilah diva, merosakkan pemandangan je." ujarnya tidak berperasaan. Matanya memandang skrin telefon, langsung tidak memandangku. Nak kerling apatah lagi.
Duduk atas sofa siap bersilang kaki lagi, amboi!
"Ewah sedap mulut aje kau cakap macam tu. Dahla datang rumah orang tak diundang." Telefon ditangannya aku rampas. Barulah dia mendongak untuk memandangku.
"Siapa cakap tak diundang? Mummy yang ajak Darrien datang rumah kita." kata mummy yang baru sahaja tiba di ruang tamu.
Dulang yang berisi beberapa cawan teh panas diletakkan di atas meja. Cawan itu dihulurkan pada Darrien.
"Jemput minum Darrien." Mummy tersenyum ke arah Darrien. Kalau boleh sampai nak terkoyak bibir. Apa yang gembira sangat mummy hari ini.
"Okay, mummy." balas Darrien lembut dan dia menyisip teh panas itu.
"Siapa kau nak panggil mak aku mummy?" soalku sarkastik.
"Biarlah, mummy kita mummy dia jugak. Dia kan dah nak kahwin dengan kau." Abang yang baru sahaja turun menjawab soalan yang aku tanya pada Darrien.
Aku menoleh ke arah abang yang berada di sebelah kanan di antara sofa. Bahunya aku goncang sekuat hati seraya menyoalnya, "Kau merepek apa ni? Aku tak salah dengar kan? Tak payah buat kelakar la, tak lawak."
Pandanganku dihalakan pada mummy dan daddy. "Mummy, daddy. What is this? Kenapa tak bincang dulu? Ini tiba-tiba je." Rambutku diraup ke belakang dengan kasar.
"I'm sorry, but this is for your own sake."
"Shut up Daryan! Abang... Kau selalu macam ni kan, tak bincang langsung dengan aku. So, maknanya kau dah tahu lah kan Darrien nak ajak aku kahwin!?" tengkingku kuat.
Aku yang kena kahwin tapi aku tak tahu aku kena kahwin. Aku sendiri berbelit sampai nak putus wayar otak memikirkan hal ini.
"Darrien, we need to talk." Lengan Darrien aku tarik dan langkahku terhenti di depan tangga. Lantas aku melepaskan lengannya dengan kasar.
"Explain." Tegas suaraku.
"Aku nak kahwin dengan kau..." Belum sempat Darrien habiskan ayatnya, aku mencelah.
"Aku nak kahwin dengan kau sebab nak jaga dan lindungi kau. Macam ni ke kau nak jawab. Ayat novel mana yang kau curi ni? Better tak payah guna lah ayat tu, cliché and aku tak suka."
"You're in danger, Ally. I promise I'm gonna love and protect you till my last breath."
Jariku ditudingkan ke arah diri sendiri, "Verdammt! Aku dalam bahaya? Huh, tak percaya langsung. Entah-entah kau menipu lepas tu berpakat dengan abang aku kan?" Tuduhku melulu tanpa soal siasat.
"Kenapa susah sangat kau nak percaya aku? Minggu depan bertunang and then a week after that terus nikah."
"Okay, nak sangat kan kahwin dengan aku. Ha kahwin lah kahwin! Prove it, not only with words but with your actions. Marry me and make me fall for you. Make me fall for you till I can't stand a day without you!" Tuturku panjang lebar.
Tanpa berlengah aku terus merempuh Darrien. Sandal disarungkan pada kaki dan aku menonong keluar dari rumah menuju ke arah garaj. Sempat aku capai kunci kereta milik abang yang bergantung di atas almari kecil bersebelahan tangga.
"Adik, kereta aku! Kenapa ambil kereta aku!?" Kepalaku menoleh ke arah pintu rumah, automatik senyum sinis terlakar di bibir. Tangan dilambaikan dan aku menerobos ke dalam perut kereta.
"Der Mist..." ujarku sepatah.
Enjin dihidupkan dan pedal minyak ditekan. Aku memecut laju meninggalkan perkarangan rumah dan memandu tanpa hala tuju. Sambil-sambil itu aku bernyanyi kecil untuk menghilangkan rasa bosan.
28112021
![](https://img.wattpad.com/cover/287759232-288-k835217.jpg)
YOU ARE READING
Veni Vidi Vici
RomanceRAW & UNEDITED The German Twins Series Vol I Allyra Danyra. Dia tipikal si diva dan dia dingin. Dulunya tidak cantik dan sering dihina. Sekarang, penampilannya mampu menundukkan mana-mana lelaki. Love is bullshit katanya. Cinta? Kahwin? Baginya itu...