"Hey, wake up my love." Dengar sahaja suara itu, pantas aku mencelikkan kedua-dua belah kelopak mataku. Penglihatanku disajikan dengan wajah Darrien yang sangat rapat dengan wajahku disebabkan aku tidur mengiring.
Aku kembali memejamkan mata. Tak mungkin itu Darrien. Tidur Danyra. Darrien belum dijumpai. Itu hanya mimpi yang dikawal oleh syaitan. Syaitan yang terlalu mendominasi mindaku akibat terlalu rindukan suamiku.
"Kenapa tutup mata? Tak rindu abang ke?" Suara itu masih lagi kedengaran di gegendang telingaku. Kenapa suara Darrien sering mengangguku? Bahkan semasa aku tidur pun tetap ia kedengaran.
"Sayang... Open your eyes. It's really me." Akur akan kehendaknya, aku mencelikkan mata dan tanganku mula mengusap wajahnya. Ini... bukan mimpi...
"Abang pergi mana? Lama saya tunggu abang. Abang tak balik rumah... Abang pergi mana?" Aku teresak perlahan dengan linangan air mata.
"Abang minta maaf sayang. Abang pun tak tau kenapa abang dengar cakap Nelissa tu. Dah berhenti menangis. Abang kan dah balik ni." Makin berlagu tangisanku tatkala mendengar kata-katanya.
"Aduh... Kenapa cengeng sangat ni sayang?"
"Tak tahu..."
"Adik baby la ni buat mummy menangis."
"Hah?" Terpinga-pinga sekejap aku tika ini. Aku buat mummy menangis? Bila masanya?
"Adik baby," ujarnya lagi.
"I know I'm a baby... Tapi janganlah panggil macam tu. Pelik tau." Aku ketawa hambar. Jelas sekali itu tawa yang dibuat-buat. Sungguh tak ikhlas.
"Eh perasannya dia. Bukan sayanglah."
"Habis tu siapa? Siapa lagi yang adik baby kalau bukan saya?" soalku bodoh. Darrien mengulum senyum. Kadang-kadang ibubapaku memanggilku dengan panggilan 'adik baby'. Itu membuatkan aku pelik apabila Darrien menyebut nama panggilanku. Mataku mula berkaca. Yang aku nak menangis ni dah kenapa?
"Not you my love but our baby."
"Our baby?"
"Yes my love, our baby. You're pregnant. Terima kasih sayang." Tangannya masuk ke dalam bajuku dan dilekapkan ke perutku. Aku menahan geli dengan perbuatannya itu.
"Kenapa saya tak tahu pun? Abang tahu dari mana?"
"Mummy bagitahu abang. Tadi check up doktor tak bagitahu ke?"
"Tak sebab abang Daryan yang uruskan semuanya. Saya tunggu abang aje macam orang murung..."
"Alolo kesian sayang abang ni. Manja betul." Hidungku dicuit sekilas sebelum Darrien menarikku masuk ke dalam dakapannya. Aku menyembamkan mukaku ke dadanya. Belakang badanku digosok dan ditepuk perlahan seperti mahu mendodoikanku.
"Jangan tidur lagi," pinta Darrien tiba-tiba. Aku mendongakkan kepala untuk memandangnya.
"Kenapa?"
"Nak lepas rindu dulu. Rindu..." rengeknya.
"Abang dah kenapa ni? Gelilah. Macam budak aje nak merengek bagai ni."
"Sayang..." panggilnya meleret. Aku buat tak layan.
"Boraklah dengan abang. Abang bosan ni."
"Tak nak. Tidur lagi bagus dari layan abang."
"Sayang ni sejak mengandung selalu marah-marah. Tak syok la macam ni."
"Apa yang syoknya? Cuba bagitahu sikit."
"Nanti adik baby ikut perangai mummy yang suka marah-marah. Lepastu daddy tak ada geng." Dia buat suara kesian. Dia ingat hati aku lembut sangat ke sampaikan aku terpujuk.
ANDA SEDANG MEMBACA
Veni Vidi Vici
RomanceRAW & UNEDITED The German Twins Series Vol I Allyra Danyra. Dia tipikal si diva dan dia dingin. Dulunya tidak cantik dan sering dihina. Sekarang, penampilannya mampu menundukkan mana-mana lelaki. Love is bullshit katanya. Cinta? Kahwin? Baginya itu...
