BAB 33

5.4K 418 27
                                    

Darrien yang sedang makan itu aku pandang lama. Jariku menguis-nguis makanan yang tidak dapat dihabiskan. Perasan akan renungannya, anak mata dilarikan ke arah lain. Buat-buat tak nampak yang aku sebenarnya dah terkantoi.

"Cakaplah... Nak apa?" Darrien bersuara sambil memandang wajahku. Terus mata kembali menatap wajahnya. Macam tahu-tahu je apa yang ada dalam fikiran aku.

"Lepas kerja nak pergi lepak dengan Dayana boleh kan?" Meleret nada suaraku menjawab. Kemudian aku senyum manis ke arahnya sambil mengerdipkan mata.

"Balik pukul berapa?" tanyanya.

"Malam kut, maybe nanti dinner dengan Dayana. Abang dinner sorang boleh?"

"Abang balik lewat rasanya malam ni, balik nanti kunci pintu jangan tunggu abang," pesannya dan aku mengangguk faham.

Selesai makan pagi, aku membasuh pinggan sebelum ke pejabat. Beg tangan yang berada di atas sofa aku capai sebelum menggagau mencari kunci kereta di dalamnya. Enjin kereta dihidupkan dan aku menuju ke arah Darrien yang sudah di dalam perut keretanya.

Tingkap keretanya aku ketuk dan senyum segaris. Keningnya dijeongketkan sambil tangan membuka pintu kereta. Aku menadah tangan, meminta tangannya tetapi dia terkebil-kebil memandangku. Lembap juga ya otak suami aku pagi-pagi macam ni.

Dengan pantas aku mengambil dan mengucup tangannya. Kaki bergerak ingin lari daripada terus berdepan dengannya namun tidak sempat tatkala lenganku diselar lembut, membuatkan aku menghempap dadanya.

Deja vu!

"Ha... W... Why are you looking at me like that?" Tergagap pula aku dibuatnya akibat terkejut dan berdebar. Sudahla jarak kami sememangnya rapat, makin berdebarlah aku rasa sekarang ni.

"Aik? Sejak bila pandai salam tangan abang ni?" tanyanya selamba. Aku pula dah rasa sesak nafas macam orang tak cukup oksigen. Nasib tak mati aje kat sini, kang tak pasal-pasal Darrien jadi duda hot and meletops.

"Sejak hari ni kut sebab nak jadi isteri solehah yang mendengar kata suami." Aku ketawa kekok. Awkward nya Ya Allah!

"Good girl," katanya seraya mengusap kepalaku. Di kesempatan itu, sengaja dia menyerabaikan rambut aku yang sudah kemas.

Dasar goblok!

Eh, astaghfirullahalazim. Istighfar Danyra, suka sangat sebut benda tak elok. Fuh...

"Pintu rumah jangan lupa kunci, bye!" Dengan segera aku meloloskan diri ke dalam kereta setelah melepaskan diri daripada Darrien. Memang bahaya betul berduaan dengan Darrien, datang mood ulat bulu dia memang...

Hmm, tak cakap pun mesti dah tau kan?

✾ ✾ ✾

Kereta meluncur laju membelah jalan raya menuju ke tempat perjumpaan kami. Sudah lama aku tidak bersemuka dengan Dayana selepas majlis perkahwinanku. Masing-masing sibuk dengan perihal peribadi sehinggakan tiada masa untuk berjumpa.

Perlahan-lahan aku berjingkit kaki mendekati Dayana yang sedang khusyuk menyedut minumannya. Tak menunggu lama aku menyergahnya dengan menepuk bahunya kuat.

"Ish, bodohla kau ni Danyra. Tersembur air aku," rungutnya sambil tangan mengambil tisu yang tersedia di atas meja untuk mengelap bajunya. Aku tergelak mendengar rungutannya.

"Jangan marah, alah sikit aje pun. Ha, ni ada apa kau nak jumpa aku? Pelik-pelik je kau sekarang ni, biasa kita lepak masa weekend ni tiba-tiba lepak lepas habis kerja," jawabku seraya melabuhkan punggung berhadapannya.

Veni Vidi ViciWhere stories live. Discover now