Celik sahaja, mataku terarah pada satu susuk tubuh yang sedang lena tidur di atas kerusi di tepi katilku menghadap pemandangan luar. Sekali lagi, aku berada di hospital. Kali ini aku tak tahu berapa lama aku tak sedarkan diri.
Aku berjalan keluar dari bilik ini. Aku berjalan tanpa sahaja tanpa tujuan. Mataku meliar, memerhati pintu bilik wad yang sedang ditutup oleh seorang jururawat.
Kemudian jururawat itu terkejut apabila melihat kehadiranku. Dengan pantas dia menuju ke arahku. Aku hanya membiarkan dan tidak melarikan diri.
"Cik Danyra dah sedar sejak bila?" soal jururawat itu.
"Tadi." Laju sahaja mulutku menjawab.
"Kenapa cik bangun, sepatutnya doktor kena check keadaan cik dulu." Dia bergegas ke kaunter jururawat dan menelefon seseorang menggunakan telefon yang ada di kaunter itu.
"Tak ada orang ke dalam wad cik Danyra?"
"Ada, tapi dia tidur. Saya tak nak ganggu dia, sebab tu saya keluar. Hihi." jawabku tanpa segan silu.
Dia menggelengkan kepala buat seketika. Terasa lenganku ditarik lembut oleh jururawat itu sebelum kaki melangkah mengikut jejaknya.
Masuk sahaja ke dalam wad, lelaki yang sedang tidur di atas kerusi tadi sudah elok berdiri menatap wajahku.
"Ally..." Dia memanggilku. Aku mengangkat kening. Tanganku terletak elok di dalam poket baju hospital. Aku berpaling, tidak mahu bercakap dengannya.
Aku baru sedar kut! Tak ada mood lagi nak bercakap.
Pintu dikuak dari luar dan terpampang seorang wanita yang berumur akhir 20-an yang memakai kot putih. Dia masuk dan melorekkan senyuman. Tag namanya aku kerling sekilas.
"Okay, Alhamdulillah cik dah sedar. Dah dua hari cik tak sedarkan diri." ujarnya sebelum dia menyuruh jururawat tadi memeriksa keadaan aku.
Terkejut aku dibuatnya apabila mendengar kenyataan doktor yang bernama Maryam itu. Lamanya aku tak sedarkan diri. Tetapi aku mengekalkan wajah selamba. Dua hari je pun, bukannya selama-lamanya. So, tak jadi masalah pun kan?
"Sekejap! Sekejap! Sebelum doktor dan nurse check keadaan saya, saya nak lelaki ini keluar." Aku tunjuk ke arah lelaki yang langsung tidak bergerak itu.
"Encik boleh keluar sekejap tak?" pinta doktor Maryam lembut. Lelaki itu mengangguk dan segera keluar.
"Doktor, nurse. Saya nak minta tolong ni, boleh tak?" soalku bersahaja selepas jururawat itu memeriksa keadaanku.
Kalau doktor dan nurse itu membantah aku hanya turutkan sahaja. Apabila mendapat respons baik daripada mereka berdua, aku terus mengutarakan hasratku yang terpendam itu.
Mereka tersenyum dan mengangguk. Kemudian, mereka keluar meninggalkan aku berseorangan. Mission has started, just wait and see...
Bunyi pintu wad yang dibuka oleh seseorang aku hiraukan, malas mahu menyapa gerangan entah mana yang masuk wad orang sesuka hati. Aku kembali berbaring di atas katil, tangan menekan remote control televisyen mahu menukar siaran.
Bosan. Hospital swasta tetapi hanya ada siaran TV3 yang ada, apa kes? Netflix pun tak ada, kedekut betul!
"Sorry..." ujarnya perlahan.
Aku mengangkat kepala dan memandangnya. "Awak siapa? Saya tak kenal awak. Keluar." dingin suaraku.
"Betul ke kau tak kenal aku?" soalnya seakan tidak percaya. Aku memandangnya atas bawah. Terurus sahaja pakaiannya. Kiranya okaylah.

ANDA SEDANG MEMBACA
Veni Vidi Vici
RomanceRAW & UNEDITED The German Twins Series Vol I Allyra Danyra. Dia tipikal si diva dan dia dingin. Dulunya tidak cantik dan sering dihina. Sekarang, penampilannya mampu menundukkan mana-mana lelaki. Love is bullshit katanya. Cinta? Kahwin? Baginya itu...