BAB 18

5.4K 381 2
                                        

Telefonku yang berada di seat belah kiri sedari tadi bergetar minta diangkat. Aku mencapai dengan tangan kiri. Ikon hijau digesekkan ke kanan dan ikon speaker ditekan.

"Balik sekarang!" Bergema suara abang di dalam talian.

"Bisinglah! Tak payahlah menjerit. Oh, aku balik lambat tau. Tolong bagitahu mummy and daddy boleh? Mungkin malam baru balik ataupun tak balik langsung. Kereta kau ni aku pinjam sekejap, bye!" Tanpa menunggu balasan abang, aku mematikan talian terlebih dahulu. Silap hari bulan kalau dengar abang menjerit boleh pekak aku.

Telefon dihempas ke seat sebelah. Mataku kembali fokus ke jalan raya. Punat radio ditekan dan volume dikuatkan. Sampai sahaja di pusat beli-belah Mid Valley, kereta diparkir di tempat yang disediakan.

Aku turun dan bersiar-siar di dalam Mid Valley. Baru sahaja aku mahu masuk ke dalam butik pakaian, kaki terus terhenti. Aku menepuk dahiku sendiri.

Aku... Aku lupa bawa beg duit! Kad pun tak bawa. Aku masuk dalam mall dalam keadaan sehelai sepinggang. Itulah, kalau dah marah memang dah tak fikir apa-apa. Kalut sangat keluar tanpa berfikir panjang. Sekarang ni, nak beli aiskrim RM2 pun tak boleh.

Nak balik pun masih awal lagi, baru pukul enam petang. Jadi, aku hanya berjalan sambil mencuci mata. Sebenarnya, taklah awal mana pun waktu sekarang ini tapi aku terkilan sebab abang rahsiakan soal Darrien mahu berkahwin denganku. Aku ambil keputusan untuk sejukkan hati yang sedang membara ini di Mid Valley.

Sedang aku berjalan, aku tersentak tatkala bahuku dicuit dari belakang. Badan dipusingkan untuk melihat siapakah yang mencuit bahuku.

"Yes?" soalku seraya memincingkan mata untuk mengenali gerangan yang berada di hadapanku ini. Rasanya aku tidak mengenali lelaki ini tetapi mengapa dia seakan-akan kenal aku.

"Nak nombor boleh?" Aku mengerutkan dahi tatkala mendengar jawapan daripada mulutnya.

Amboi! Sesedap ABC jagung aje kau minta nombor telefon orang. Dia ni tak kenal erti privasi ke apa?

"Excuse me? Did I know you?" Dia menggeleng dan tersengih seperti kerang busuk apabila mendengar soalanku.

Gigi depannya yang rongak membuatkan aku memandangnya dari atas hingga bawah. Selekeh. Pakai baju pun gaya mat rempit tepi jalan, macam manalah boleh tersesat dalam Mid Valley ni.

Aku menarik nafas sedalam yang mungkin dan dihembus dengan tenang. Rambutku dikuak ke belakang dan tangan disilangkan ke dada.

"Ada kereta tak? Kalau ada jenama apa?" Aku bertanya lagi buat kali terakhir.

"Kancil." jawabnya sepatah. Tangannya memegang telefon bimbit yang berjenama Nokia. Nokia tekan-tekan pulak tu!

"Please do not flirt with me unless you have a Lamborghini." Keras dan dingin suaraku memberikan amaran kepadanya. Kemudian aku berlalu pergi meninggalkannya sendirian di tengah laluan orang ramai.

Aku tidak suka akan lelaki yang cuba untuk menguratku. Mana-mana lelaki pum aku tak suka. Pintu hati aku dah tertutup rapat, kuncinya pun dah dibuang jauh ke dasar lautan.

Bagi aku lelaki semuanya tidak boleh dipercayai selain abang dan daddy sebab lelaki suka mainkan perasaan perempuan. Bila nak dia mengurat, bila tak nak dia buang. Lagipun, kalau lelaki yang betul-betul ikhlas akan menjalinkan ikatan yang sah. Ajak kahwin je terus, macam Darrien...

Monolog hatiku terhenti apabila terasa diri ini diekori oleh seseorang. Lantas aku menoleh ke belakang, tetapi hanya ada aku yang berjalan menuju ke tempat parkir kenderaan. Aku lajukan lagi langkah kaki.

Veni Vidi ViciTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang