BAB 13

6.1K 463 5
                                        

"Stop! Jangan sampai aku sepak kau. Tak pasal-pasal mandul. Ish ish ish." Dalam cuak, sempat aku melawak.

Darrien kemudiannya berhenti di depanku. Tangannya naik menyentuh dan mengusap rambutku. Aku memandangnya pelik.

Tangan kanannya menyeluk poket seluar. Tak sempat aku mahu melihat apa yang dikeluarkan, dia alihkan tangannya. Darrien menyelitkan rambutku di belakang telinga. Automatik badanku statik, tidak bergerak.

Apabila dia selesai, dia mengoyakkan senyuman. Terpinga-pinga aku dibuatnya. Tanganku naik menyentuh bahagian rambut yang disentuhnya tadi.

Klip rambut?

Badanku dipusingkan oleh Darrien untuk menghadap belakang. Terdapat satu cermin besar di situ. Segera aku berjalan mendekati cermin itu dan menilik klip rambut yang dipakaikan oleh Darrien sebentar tadi.

Oh my god! This is crazy.

"MiuMiu latest hair clip collection. But why?" Aku bertanya dengan pelik.

"A gift from me to you. Don't ask, I feel like giving it to you." Tiba-tiba sahaja dia menjawab dari belakangku.

"Tak nak eh? Tak nak tak apa. Aku ambil balik ni." Darrien sudah berura-ura untuk mengambil semula klip rambut yang berada di rambutku. Aku menampar tangannya sekilas.

"Dah bagi mana boleh ambil balik!" Mencerlung mataku memandangnya. Dia ni bagi ikhlas ke tidak. Malas mahu berlama di depan cermin itu, aku menuju ke arah Aysara dan abang.

"Senyum macam kambing. Elok lah tu dua-dua, kahwin je terus." Terus mati senyuman mereka berdua. Terkena batang hidung sendiri terdiam kau.

"Aku nak pergi cari mummy and daddy. Enjoy your date. Bye." Laju aku berjalan menjauhi mereka berdua. Takut aku pulak yang kena bahan nanti.

Kenapa aku rasa macam ada orang ikut je. Perasaan tidak enak itu segera aku usir. Aku ni kan selalu sangat fikir benda yang bukan-bukan. Mungkin pengaruh drama korea banyak sangat kut.

Aku toleh ke belakang. Ada seorang lelaki yang memakai pakaian hitam dari atas hingga bawah. Package sekali dengan pelitup muka warna hitam. Di laluan ini hanya ada aku dan dia.

Kenapa rasa jauh sangat dewan ni. Aku berjalan lebih laju daripada kelajuan biasa. Bunyi derap kaki semakin menghampiriku. Tidak berfikir panjang aku terus berlari. Seperti yang aku fikirkan, lelaki itu mula mengejarku.

Masa aku pakai heels ni la kau ajak main kejar-kejar. Tak guna punya jantan. Mujurlah aku tak tersadung akibat terpijak lebihan kain dress yang meleret ini.

Kalut aku berlari sehingga tidak sedar lenganku diselar dan ditarik ke dalam pelukannya. "Argh!" jeritku. Terkejut. Aku meronta-ronta ingin dilepaskan.

"Hey hey. Calm down. What happened?" soalnya. Aku mendongak untuk memandangnya. Darrien. Aku menghela nafas lega.

"Tak ada apa, terkejut sikit je." Nafiku. Apabila tersedar kedudukan kami, aku meleraikan pelukannya tadi.

"Kau okay tak ni? Berpeluh semacam je."

"Okay je ni. Kenapa? Kau tengok aku macam dah nak mati ke sekarang ni?" Sengaja aku memerlinya. Padahal tadi berlari macam dah nak mati aje.

"Perli aku macam ni memang sah kau okay." Aku menjulingkan mata ke atas. Menyampah.

✾ ✾ ✾

"Kamu dah booking ke Darrien?" soal daddy.

Booking apa ni? Kenapa aku tak tahu menahu pun?

Veni Vidi ViciTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang