Aku membetulkan tudung di hadapan cermin yang terdapat di dalam pejabatku bersama senyuman lebar di bibir. Selesai membetulkan tudung, perfume YSL Black Opium yang sememangnya ada di dalam beg tanganku diambil dan aku sembur sedikit di pergelangan tangan. Mukaku dikerling melalui cermin sekejap sebelum aku memuji diri sendiri, "Cantiknya aku! Allyra Danyra tetap menawan."
Beg tanganku yang berada di atas meja kerja dicapai sebelum aku turun ke bawah menuju ke arah tempat parkir kereta. Aku bercadang mahu makan tengah hari bersama suamiku hari ini tetapi sengaja aku tidak memberitahunya bahawa aku mahu makan bersamanya. Dengan bacaan basmallah, aku memulakan pemanduan, menuju ke pejabat Darrien. Tak sabarnya nak jumpa suami tercinta!
Aku disapa oleh pembantu peribadi Darrien sebelum melangkah menuju ke bilik kerjanya. Yang penting bukan perempuan!
"Hai, Puan Danyra," sapanya ramah sambil menguntumkan sebuah senyuman. Aku membalas senyumannya.
"Hai. Suami I ada?"
"Oh, ada-ada. Nak jumpa bos eh?" Aku angguk dan terus meninggalkannya di mejanya.
"Eh puan, sekejap! Bos..." Aku tak menghiraukan panggilannya dan membuka pintu pejabat Darrien dengan selamba. Lagipun aku dah biasa datang sini, staf pun dah kenal perangai aku macam mana.
"Kalau tak keberatan boleh saya lunch dengan encik?"
"Er... Eh sayang, tak bagitahu pun nak datang."
Aku menyilangkan tangan ke dada dan menyandarkan badan di dinding bersebelahan pintu masuk. Mataku menjeling perempuan yang bertudung bawal itu.
Tersengih-sengih tengok laki aku buat apa? Korek biji mata tu kang baru tau. Lepas aku korek, aku jual mata tu. Sekurang-kurangnya dapat duit.
"Ma... maaf. Saya tak tahu encik dah kahwin. Saya... minta maaf sekali lagi," ujarnya tergagap-gagap. Cepat-cepat dia menyusun fail yang bersepah di atas meja kopi dan keluar dengan tergesa-gesa. Dengar pintu ditutup, aku menggulingkan biji mata ke atas. Taktik lapuk nak goda laki orang. Menyampah!
Darrien masih statik di atas sofa. Tak nak panggil aku ke? Aku kalihkan wajah ke tepi tatkala mata kami bertaut. Takkanlah aku nak terhegeh-hegeh kalau dia tak panggil suruh duduk tepi dia.
"Sayang kenapa berdiri kat situ? Sini lah, ni tiba-tiba aje datang ni ada apa?" arahnya seraya tersenyum manis. Senyum-senyum, toreh muka biar jadi tak handsome baru tau. Ingat handsome la senyum macam tu.
Dengan hati yang mendongkol geram, aku berjalan mendekatinya. Aku tak duduk dan hanya berdiri di sebelahnya. Ya Allah, geramnya aku sampaikan rasa nak tonyoh-tonyoh aje muka dia.
"Hmm, nak apa?" soalku malas. Tak sekarang ni dia tak tahu ke aku merajuk? Dia boleh ketawa dan senyum-senyum dengan perempuan tadi tanpa rasa bersalah.
"Abang tanya kenapa datang sini? Nak lunch sekali eh?"
"Tak jadi. Dah bye nak balik pejabat ni." Tak menunggu lama terus aku berjalan untuk melepasinya namun tanganku ditarik menyebabkan badanku hilang keseimbangan dan terduduk di atas pahanya. Tangannya melingkar di pinggangku. Panas mukaku tika ini.
"Jealous hmm?" Diam. Aku tak menjawab.
"Oh tak nak jawab ya..." Dia mula menggeselkan dagunya di belakang dan bahuku. Aku menggeliat kegelian.
"Abang, stop! Geli lah."
"Cakap dulu. Sayang jealous eh?"
"Ya ya ya, saya jealous! Puas hati? Now let me go. Macam mana kalau ada orang masuk nanti?" Sedaya-upaya aku cuba merungkaikan pegangannya di pingganggku tapi semakin kemas pula dia memeluk pinggangku. Aku dah tak senang duduk. Buatnya PA Darrien masuk, mana aku nak sorok muka cantik aku ni.
YOU ARE READING
Veni Vidi Vici
RomanceThe German Twins Series Vol I Allyra Danyra. Dia tipikal si diva dan dia dingin. Dulunya tidak cantik dan sering dihina. Sekarang, penampilannya mampu menundukkan mana-mana lelaki. Love is bullshit katanya. Cinta? Kahwin? Baginya itu semua tidak mas...