AKU turun ke bawah selepas siap mandi. Pening tengok keadaan rumah yang bersepah dengan mainan Dyandré. Baru nak marah Dyandré, kaki aku terpijak mainan Dyandré.
Sabar Danyra, jangan marah. Sabar.
"Dervin Ardén Dyandré Bin Devin Darrien!"
"What do you want mummy? Why are you screaming? Nanti pekak Dyandré sebab selalu dengar mummy menjerit." Pandai betul anak aku menjawab. Tu baru empat tahun, dah besar nanti tak tahulah macam mana.
"Kan mummy dah cakap, lepas main simpan balik toys dalam bakul mainan." Lembut aku menasihat Dyandré. Kepala Dyandré aku usap perlahan. Dyandré sibuk bermain dengan Anders.
"Malas."
Malas!? Ikut perangai siapa budak ni???
"Sebernarnya Dyandré bukan anak mummy. Tahu tak mummy kutip awak dekat tong sampah," usikku bersama senyuman senget. Sengaja nak biar dia takut sikit.
"Eleh, mummy ingat Dyandré tak tahu ke mummy manja masa mengandungkan Dyandré. Sikit-sikit nak daddy."
Terkaku mendengar ujaran anak sendiri. Mana dia dapat tahu ni. Malu sampaikan rasa nak tanam diri sendiri.
"Hah? Mana ada, mummy tak manjalah. Mummy kan garang," nafiku laju.
"Mummy, you ain't smart enough to fool me."
Apakah???
"Sayang bersiaplah dulu. Abang siapkan Dyandré." Suara Darrien menerpa halwa telinga dan segera aku palingkan wajah ke belakang. Darrien baru sahaja siap membasuh keretanya. Rajin betul suami aku.
"Okey," jawabku pendek. Aku mula mendaki anak tangga menuju ke bilik tidur meninggalkan Dyandré bersama Darrien.
✾ ✾ ✾
DYANDRÉ masih lagi tidur dari awal naik kereta sampaikan lampinnya basah pun dia tak sedar. Tidur mati betul anakanda seorang ini. Perangai Dyandré, suka tidur dalam kereta.
Aku menepuk perlahan pipi Dyandré. Lantas dia bangun dan melihat ke kiri dan ke kanan. Darrien tersenyum kecil dan mengambil Dyandré yang sedari tadi di ribaku.
"Dyandré nak jalan atau nak daddy dukung?" Darrien soal Dyandré yang masih lagi mamai.
"Dukung..." Sepatah Dyandré menjawab sambil air liurnya meleleh keluar. Aku ambil tisu dan kesat pipi dan hujung bibirnya.
Darrien mengambil access key di kaunter dan kami sama-sama bergerak ke dalam lif bersama dua orang pekerja hotel yang membawa beg kami. Sampai di hadapan bilik hotel yang kami akan duduk untuk beberapa hari, aku mengucapkan terima kasih pada perkerja itu sebelum mereka berlalu.
Ini merupakan kali pertama kami bercuti selepas Dyandré lahir. Darrien letakkan Dyandré di atas katil dan aku terus berbaring di sebelah Dyandré.
"Mummy..." Dyandré tarik baju aku.
"Dyandré nak apa?" soalku lembut seraya menatap wajahnya yang comel itu.
"Nak laptop mummy. Dyandré nak tengok Winnie The Pooh. Boleh tak?" Aku angguk kemudian bangun mengambil laptop yang ada di dalam beg sandang.
Dyandré meniarap sambil menonton cerita itu. Di tepinya aku letakkan sepiring biskut yang disediakan pihak hotel untuk Dyandré. Aku tergelak kecil melihat seluar Dyandré, Winnie The Pooh juga!
YOU ARE READING
Veni Vidi Vici
RomantizmThe German Twins Series Vol I Allyra Danyra. Dia tipikal si diva dan dia dingin. Dulunya tidak cantik dan sering dihina. Sekarang, penampilannya mampu menundukkan mana-mana lelaki. Love is bullshit katanya. Cinta? Kahwin? Baginya itu semua tidak mas...