Setelah selesai makan malam, aku berbual bersama Darriena dan aunty Dahlia berhadapan kolam renang. Banyak yang diceritakan oleh Darriena pasal Darrien.
Pada mulanya, aku tidak berminat tetapi lama kelamaan cerita Darriena itu mula menarik perhatianku. Ada aura yang luar biasa.
Kelibat Darrien dan papanya tidak pula aku nampak. Mungkin berbincang soal kerja ataupun tidak mahu menganggu sesi girls talk.
Sedang aku bergelak tawa mendengar cerita aunty Dahlia, Darrien menyapaku. Dia sudah siap berpakaian kemas. Seluar jean dan t-shirt hitam tersarung di badannya.
Dia nampak... handsome.
"Jom." tuturnya lembut.
"Nak pergi mana?" soalku kehairanan.
"Balik rumah kau la." Aku angguk dan bersalaman dengan aunty Dahlia.
✾ ✾ ✾
Hanya bunyi lagu yang berkumandang menerpa sistem pendengaranku semasa di dalam kereta mewah milik Darrien. Darrien sedang fokus memandu. Kami lebih selesa diam. Aku pun malas nak bersuara memandangkan tiada topik yang hendak dibualkan.
Darrien berdehem. Aku memusingkan kepala untuk memandangnya. Senyuman menghiasi wajahnya yang tampan itu. Dahinya berkerut-kerut. Dia nak bercakap ke? Kenapa tak cakap aje.
Aku tidak menghiraukannya dan sambung bermain dengan telefon. Ramai yang menyukai gambar yang aku baru sahaja memuat naik beberapa minit lepas. Di instagram aku dikenali sebagai Danyra si model.
Selain daripada bekerja di syarikat daddy, aku juga bekerja sebagai model. Tetapi itu hanyalah kerja part time aku, ada yang aku tolak tawarannya jika baju yang disediakan terlalu terdedah dan seksi.
"Ally sayang..." panggilnya.
"Dervin Darrien!" jeritku lantang. Sampai bila la dia nak menganjing aku. Tak apa, lain hari aku balas. Seronok ya kau kenakan aku.
Aku memeluk tubuh. Malas mahu melayan Darrien yang tidak siuman itu. Ada sahaja modal dia nak kenakan aku. Telefon aku letakkan di celah seat kereta.
Pandangan dialihkan ke luar tingkap. Hanya bulan yang kelihatan menghiasi langit pada waktu malam. Walaupun tiada apa yang boleh dilihat, aku tetap memandang ke arah luar. Lebih rela memandang dunia yang gelap daripada memandang Darrien.
"Dah sampai, kau packing cepat sikit. Aku tak boleh nak masuk sebab kita berdua je." ujar Darrien. Aku tidak memandangnya dan terus keluar daripada kereta sambil menjinjing beg tangan.
✾ ✾ ✾
Aku masuk ke dalam kawasan rumah agam milik keluargaku. Ada cahaya cerah dari dalam rumah. Kelihatan lampu dapur terbuka. Acik Siti lupa kut nak tutup lampu pagi tadi. Aku mula berfikiran positif. Tak mahu pemikiran negatif menguasai diri. Aku ni dah la penakut.
Dengan rasa tidak sedap hati, aku melangkah menuju ke pintu utama. Aku membuka kunci rumah dengan berhati-hati. Ruang tamu gelap-gelita. Hanya lampu di dapur sahaja yang terbuka. Aku membuka suis lampu di ruang tamu. Tiada benda yang mencurigakan.
Laju kaki aku melangkah naik ke dalam bilik tidurku. Segera aku masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Semasa di rumah keluarga Darrien, aunty Dahlia ada menyuruhku untuk mandi di rumahnya sahaja tetapi aku menolak.
Aku tiada baju untuk dipakai jika mandi di rumahnya. Darriena ada menawarkan bajunya untuk aku pakai, tetapi ia cukup senteng untuk aku kerana aku lebih tinggi daripada Darriena.

ANDA SEDANG MEMBACA
Veni Vidi Vici
RomansaRAW & UNEDITED The German Twins Series Vol I Allyra Danyra. Dia tipikal si diva dan dia dingin. Dulunya tidak cantik dan sering dihina. Sekarang, penampilannya mampu menundukkan mana-mana lelaki. Love is bullshit katanya. Cinta? Kahwin? Baginya itu...