BAB 9

6.9K 494 58
                                        

"Cantiknya..." ujarku teruja.

Ternyata memang benar rooftop di hospital ini cantik. Aku ingat si Darrien ni main-main je. Di rooftop ini terdapat tempat untuk melepak. Sofa juga turut disediakan untuk pesakit atau para pekerja di hospital ini untuk berehat.

Ada juga taman bunga dan tumbuhan-tumbuhan hijau yang ditanam di sini. Sungguh teruja aku melihatnya. Angin sepoi-sepoi menyerabaikan rambutku yang panjang ini. Kami menuju ke besi penghadang yang berada di hujung.

"Allyra." panggil Darrien lembut.

"Hmm." gumamku perlahan. Mataku ralit memandang kereta yang bergerak di jalan raya di bawah.

"Stay there. Jangan bergerak tau." arahnya.

Dia nak buat apa pula ni? Pelik-pelik je dia ni.

Rambutku terasa disentuh oleh seseorang. Segera aku menepis tangannya.

"Duduk diam. Aku nak ikat rambut kau ni. Berserabai macam hantu dah aku tengok." Keras suaranya menuturkan ayat itu.

"Mana kau dapat getah rambut?"

"Dalam poket baju kau. Aku ambil tadi pun kau tak sedar, kalau orang tolak kau jatuh sampai bawah pun kau tak perasan." selorohnya.

Rambutku diikat rapi dan dikemaskan olehnya. Elok je dia ikat. Tak ketat sangat, tak longgar sangat. Macam mana dia belajar? Dia pernah ikat rambut Darriena ke?

Aku memalingkan badan untuk menghadapnya. Belum sempat aku ingin bertanya, Darrien terlebih dahulu bersuara.

"No,no,no. Aku tak pernah belajar cara ikat rambut, apatah lagi nak ikat rambut Darriena. Ini Darrien la, semua benda aku boleh buat."

Aku hanya menayangkan muka meluat apabila mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Darrien. Riak betul! Nanti Allah tarik nikmat tu, padan muka!

"Kata nak chitchat la, ni kau diam je." ujarku untuk menghilangkan bosan.

"Kau tahu tak kenapa aku boleh koma?" Aku menjongketkan kening tanda meminta jawapan.

"Sebelum aku terjah masuk dalam rumah kau haritu, ada orang dekat luar. Aku pergi la tengok. Rupa-rupanya ada lagi penjahat lagi kat luar tu. Aku lawan la dia, tup tup kena pukul dekat kepala. Tapi aku dah pelik sebab kau baru je masuk, tiba-tiba lampu bawah terpadam." terangnya panjang lebar.

Sunyi seketika, hanya bunyi kereta dari bawah yang ada.

"Doktor cakap otak aku bergegar akibat pukulan tu. Tapi kira untung la aku tak hilang ingatan." Dia sengih lebar.

"Aku minta maaf." ucapku seraya menunduk.

Haih. Ni rasa nak menangis lagi ni! Rasa bersalah mula menghurung diriku. Dah elok aku lupakan hal ini, dia pergi ungkit lagi.

"For what?" soalnya.

"Sebab dah buat kau terlantar dekat atas katil hospital tu seminggu."

"Nah, it's okay. Jangan menangis, please. Aku tak suka tengok kau menangis. Tak cantik."

Hish! Ambil kesempatan dalam kesempitan betul dia ni. Sehari tak menyakat aku, memang tak sah.

✾ ✾ ✾

Hari ini, aku sudah boleh pulang ke rumah. Darrien juga turut discharge hari ini. Kesihatannya sangat baik dan doktor telah meluluskan Darrien untuk pulang ke rumah.

Finally! Selepas seminggu, barulah aku boleh melakukan aktiviti harianku. Dah bosan duduk di hospital. Lagipun, aku rindu dengan masakan mummy. Makanan hospital swasta sedap, siap boleh pilih lagi menu. Tapi masakan mummy tetap dihati.

Veni Vidi ViciTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang