BAB 10

6.8K 464 9
                                    

"Kami balik dulu lah, ya. Terima kasih jemput kami sekeluarga makan. Sedap kau masak Dira, sama aje macam dulu rasanya." ujar aunty Dahlia bersama senyuman manis yang tidak lekang di bibir.

"Aku masak biasa-biasa je. Segan la kau duk puji macam ni." balas mummy.

Kemudian mummy dan aunty Dahlia berpelukan. Tipikal kawan jumpa kawan. Selepas itu, berlaga pipi.

Aku dan Darriena hanya menggeleng melihat ibu kami yang sedang menjejak kasih di hadapan pintu rumah. Darriena bersalaman dengan mummy, manakala aku pula bersalaman dengan mamanya.

Aku merenung Darrien yang berada di hadapan aku tika ini. Tangannya lincah menaip sesuatu pada telefon pintarnya yang mahal itu. Dahinya berkerut-kerut.

Macam orang tua dah aku tengok, tapi kacak juga Darrien ni sebenarnya. Ralit sangat sehinggakan aku yang ada depan dia pun, dia masih tidak sedar.

"Apa pandang-pandang?" Tersentak aku apabila disergah olehnya sebegitu rupa.

Cis! Ingat ke dah tak sedar aku tengah pandang dia. Aku menggulingkan bebola mata ke atas.

"Tak ada la, laju tangan menaip tu. Takut pujaan hati marah ke kalau reply mesej dia lambat?" Aku menekup mulutku menggunakan telapak tangan.

Tersasul pula. Rasanya aku bercakap dalam hati tadi. Ekspresi muka dikekalkan selamba walaupun dah gabra semacam.

Nasib Darrien tak nampak! Selamat aku daripada menjadi bahan jenakanya. Hehe.

"Kenapa? Kau jealous?"

"Eh, tolong jangan perasan sangat. Kau ingat kau tu kacak sangat ke sampai boleh jadi pujaan hati aku? Tak kan? So, duduk diam-diam." Aku berdecit perlahan.

"Kita tunggu sama ada kau tersungkur ataupun tak, sayang..." Dia mengenyitkan mata ke arah aku sebelum menerobos masuk ke dalam kereta mewah yang dipandu oleh pemandu keluarganya.

Erk, geli aku!

✾ ✾ ✾

Seminggu berlalu, hidup aku tenang tanpa usikan dan kemunculan Darrien. Kini aku sudah sihat sepenuhnya. Jam menunjukkan pukul satu petang. Hari ini merupakan hari Ahad dan aku mengambil keputusan untuk tidur sekejap sebelum menunaikan solat zuhur.

Sudah lima minit aku berguling-guling di atas katil. Namun, mata aku masih lagi segar. Tiada tanda-tanda untuk ia tertutup rapat. Semakin pelik aku dibuatnya. Kebiasaannya, senang sahaja aku tidur. Kali ini, aku tidak dapat melelapkan mata.

Firasat aku mengatakan ada sesuatu yang aku perlu lakukan hari ini tetapi aku tidak tahu. Penat otak aku memproses untuk mencari jawapan. Malangnya, jawapan yang aku mahu masih tiada.

Segera aku mengusir rasa tidak senang ini. Malas mahu memikirkan perkara ini, aku terus memejamkan mata serapat yang mungkin. Langsir bilik juga sudah ditutup supaya gelap.

Baru sahaja aku ingin menuju ke alam mimpi, seseorang menerjah ke dalam bilik tidurku. Tak lain dan tak bukan, abang aku.

Dia aje yang suka terjah bilik aku. Dah la masuk dengan tak ada salamnya. Nak ketuk pintu? Lagilah dia tak buat. Dasar pemalas.

Aku biarkan sahaja abang masuk. Mungkin dia mahu mengambil topi yang aku pinjam kelmarin. Belum apa-apa, selimut yang menutup badan aku telah hilang akibat ditarik oleh abang. Kipas dan air cond ditutup olehnya.

"Aku nak tidur la. Kenapa kau tarik?" Mata aku tajam merenung mata abang.

"Bersiap cepat! Kita nak keluar." Selamba dia menjawab.

Veni Vidi ViciWhere stories live. Discover now