BAB 32

5.8K 440 42
                                        

Aku terjaga apabila terasa tiada tangan yang sentiasa melilit pinggangku. Jam digital di atas night stand aku kerling sekilas, dah masuk waktu Zuhur. Lekas-lekas aku mencapai tuala dan membersihkan diri. Usai solat, aku turun ke bawah, ingin mencari suamiku.

"Abang," panggilku tatkala sampai di bawah. Televisyen tertutup. Eh? Dia keluar ke?

Bunyi berdentang-denting dari dapur buatkan aku berjaga-jaga. Ada pencuri pecah masuk rumah aku ke? Lantas penyapu yang berada di bawah tangga aku capai sebelum perlahan-lahan kaki bergerak ke arah dapur.

Ada seorang lelaki sedang terbongkok-bongkok mencari sesuatu di dalam peti ais. Hujung penyapu aku angkat tinggi untuk dihayunkan kepadanya. Dah tak ada kerja ke masuk rumah orang lepastu godek peti ais. Low class!

Tak berfikir panjang, aku terus mengetuk kepala lelaki itu. Dia mengaduh kesakitan sambil menggosok kepalanya dan berpusing ke arahku.

"Sayang kenapa pukul kepala abang?" Penyapu yang aku pegang automatik terjatuh ke lantai. Astaghfirullah, aku terketuk kepala suami aku.

"Sorry, ingatkan penceroboh mana tadi main peti ais rumah orang." Aku sengih kekok. Tangan menggaru kepala yang tidak gatal.

"Kenapa tak tidur lama lagi. Tak penat eh?" Sekali lagi, dia senyum nakal! Kenapa lelaki suka sangat pasal eksperimen krisis biologi ni?

"Takut mati dalam tidur aje sebab tidur lama sangat. Nasib tak mati lagi. Bertaubat pun belum sempat. Tapi kenapa abang tak kejutkan saya?" soalku. Pelik kerana kebiasaannya memang Darrien yang jadi alarm tak berbayar aku.

"Sayang lena sangat tidur, tak sampai hati abang nak kejutkan. Ingatkan nak kejut nanti. Seems like you're having a good sleep after enjoying last night moment." Dia jongketkan sebelah kening dan mengeyitkan matanya. Terus berbahang wajahku, suhu aircond diturunkan. Panas!

"Stop cakap pasal eksperimen biologi semalam lah!" Rasa nak meletup aje gunung lava dalam otak aku ni bila Darrien mengimbas kembali apa yang terjadi. Untung betul suami aku ni, belajar biologi masa sekolah, tiba-tiba dapat buat eksperimen dengan aku. Hmmm memang gelak sakan lah dia.

"Malu-malu meow lah tu. Padahal dia yang mula dulu," usiknya selamba.

"Try nak test market aje, tiba-tiba terciduk. Heh." Darrien tergelak mendengar jawapanku sambil menggelengkan kepalanya.

Sekarang ni salah siapa? Aku atau Darrien?

"Abang nak masak ke?" tanyaku sebaik sahaja suasana berubah menjadi normal. Dah tak ada perbualan double meaning. Ana sudah insaf. Kalau tak insaf mahu lunyai aku malam ni. Kat Jerman dapat, kat Malaysia pun dapat.

"Abang nak masak tapi tak jumpa sayur. Sayur dah habis ke?"

"Haah, dah habis sebelum kita pergi Jerman hari tu. Abang... Masak pasta please, dah lama tak makan. Boleh kan?"

"Boleh, sayang. Anything for you, my love," katanya lembut seraya tersenyum manis. Uish bergetar tulang rusuk aku. Nasib bergetar aje, kalau patah? Naya pak karim...

"Sayang," panggilnya.

"Ya, kenapa?"

"Tolong potong bawang tu," katanya sambil menunjuk ke arah papan pemotong yang berada di tepi singki. Aku mengangguk dan mula memotong bawang.

Baru separuh bawang dipotong, air mata laju membasahi wajahku. Mataku terasa pedih, tak boleh celik. Tangisanku mula berlagu.

"Eh kenapa menangis, abang suruh potong bawang aje." Aku mendongak memandang Darrien yang berada di sebelahku bersama linangan air mata.

Veni Vidi ViciTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang