BAB 46

4.5K 351 12
                                        

PELIK. Kereta Darrien elok berada di bawah garaj. Jam tangan dikerling sekejap. 7 petang. Biasanya waktu macam ini dia tak balik lagi, pukul tujuh lebih baru sampai rumah.

Tak berlama aku terus mencapai beg tangan dan beberapa fail berkaitan urusan kerja dan keluar dari kereta. Ya, aku tak berhenti kerja sebab aku tak nak. Lagipun bosan duduk rumah besar ni sorang-sorang.

Salam diberi seraya tanganku bergerak menekan password di pintu rumah. Buka sahaja pintu rumah, taburan kelopak bunga mawar merah di lantai menerpa sistem penglihatanku. Ada juga lilin yang disusun seperti laluan untukku berjalan. Alah, macam dalam drama tu tapi lilin ni tak pasang lagi.

"Sayang ke tu?" Aku hanya dengar suara Darrien tapi tuan badannya tak ada. Dia dekat dapur agaknya.

"Haah, ni apa kelopak bunga berterabur atas lantai ni. Lilin bagai lagi," balasku sedikit kuat. Takut dia tak dengar.

"Oh, tadi abang nak buat suprise tapi makanan yang abang masak hampir hangus. Haih, tak jadi nak buat suprise." Aku dengar Darrien mengeluh kecil. Tak tahu nak gelak ke apa sekarang ni tapi effort dia tu lain macam.

Aku berjalan ke arah dapur. Kelihatan Darrien sedang memasak satu hidangan. Sudahlah dengan kemeja putih dan dua butang teratasnya sudah terbuka. Tersengih-sengih aku melihatnya sambil menongkat dagu di kitchen countertop.

Macam ini ke perasaan dilamun cinta?

Tiba-tiba Darrien memalingkan wajahnya ke belakang. Lebih tepat lagi ke arahku. Cepat aje aku kalihkan pandangan ke arah lain.

"Caught you in 4k my love. Abang tahu abang ni handsome tapi janganlah tenung macam nak terkam." Aku tarik muka mendengar ujarannya. Perasan betul. Sejak bila entah jadi gedik ni.

"Euwww please. Jangan nak perasan sangat. Orang tengok pan tu, hangus ke tidak. Mahal tau saya beli online, dari UK tu," dalihku laju. Jatuh saham aku kalau dia tahu aku usyar dia. Hehehe.

"Tapi abang lagi mahal."

"Abang gedik!"

✾ ✾ ✾

SIAP membersihkan diri dan solat maghrib aku turun ke bawah. Tadi Darrien halau aku suruh naik atas, mandi dulu katanya. Tanpa banyak songeh aku ikut sahaja arahannya.

Tak berkelip mataku memandang ruang tamu yang sudah terhias cantik. Ada meja di tengah-tengah alam itu. Makanan juga tersusun elok di atas meja itu. Darrien mula menghidupkan lima batang lilin yang tersusun di atas besi pemegang lilin.

"Sayang, come here..." Segera aku mendekati Darrien tetapi aku nak tergelak bila melihat bajunya. Baju tidur! Aku tak sedar pun bila dia naik mandi.

"Abang... Seriously? Candlelight dinner dalam rumah dan kita berdua pakai baju tidur?" soalku tak percaya.

Orang lain punyalah candlelight dinner dekat luar, pakai baju cantik dan mahal tapi kami berdua pakai baju tidur.

"Apa salahnya? Lagipun nampak unik. Sayang kan suka benda yang unik."

Erk, memanglah aku suka keunikan tapi ini unik sangat ni. Tak pernah dibuat orang candlelight dinner dalam rumah.

"A+ for the effort."

Darrien menarik kerusi untukku dan dengan penuh gaya diva aku duduk sambil tersenyum. Sehelai kain kecil juga diletakkan di atas pahaku. Kemudian Darrien menghulurkan sejambak bunga ros putih kepadaku.

Veni Vidi ViciTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang