Aku terkedu. Beg tangan yang berada di dalam kotak itu persis beg tanganku yang sudah rosak semalam. Kad yang aku pegang sejak tadi diletakkan di atas meja. Aku tersenyum sendirian.
"Kau ni dah kenapa senyum-senyum ni?" soal abang. Telefonnya segera disimpan di dalam poket seluarnya.
Aku tidak menjawab soalannya, malah lebih ralit meneroka dan mengusap beg tangan yang baru sahaja aku dapat itu. Precious!
"Oh, patut pun senyum sampai ke telinga. Ada orang ganti handbag dia yang dah rosak rupanya. Khas daripada kekasih hati yang tercinta..."
Aku menoleh ke arah abang yang sedang membaca kad itu. Bibirku diketap rapat. Aduhai, kenapa aku letak kad tu atas meja tadi.
"Bagi kad tu balik!" marahku seraya bercekak pinggang di hadapan abang.
Kad itu dilambai-lambaikan ke atas. Aku melompat untuk mencapainya. Namun, usahaku sia-sia sahaja memandangkan abang lebih tinggi.
"Nak kad tu! Tak payah la ambil, tak sampai la."
"Itu la, siapa suruh jadi pendek? Kan susah tu."
Masalahnya sekarang ni, bukan aku yang pendek. Tapi abang aku yang terlebih tinggi. Kalau tinggi boleh derma, dah lama aku suruh dia dermakan.
"Nah." Kad tadi disuakan ke arahku. Laju tanganku merampasnya dan aku letakkan kad itu di dalam beg tanganku.
Seketika abang duduk di sebelahku. Jarinya sibuk mencuit lenganku. Aku mengerling ke arahnya sekilas sebelum aku pusingkan tubuh menghadapnya.
"Apa?" soalku. Nada tidak puas hati.
"Sejak bila kau bercinta dengan Darrien?" Soalanku dibalas dengan soalan. Aku menayangkan muka jengkel.
"Mana ada. Aku ni single and not available, okay. Aku tahu la aku cantik tapi aku tak rasa nak bercinta, apatah lagi nak kahwin. Why not kau je kahwin dulu?" cadangku. Idea aku ni bernas juga ya.
"Ish, siapa la nak kahwin dengan aku ni. Girlfriend pun tak ada."
"Kahwin je dengan Aysara cepat-cepat, bagi mummy dan daddy cucu. Hihi."
"Kenapa pulak aku kena kahwin dengan dia?"
"Oh, kau ingat aku bodoh ya... Aku tahu la kau tengah tangkap cintan dengan Aysara, tapi jangan la serlahkan sangat kebodohan kau tu. Kau tak perlu tahu macam mana aku tahu. Well, I know everything." Aku senyum mengusik.
Muka abang dah kelat semacam. Macam tergigit telur cicak. Haha! Itu lah kau, nak kenakan aku tapi diri sendiri yang terkena.
Abang bangun dari duduknya dan dia berlari naik ke atas. Ha, tahu pun takut.
"Abang, aku bagitahu mummy eh?" Aku melaung dari bawah. Dengar ke tidak, aku tak tahu.
"Jangan!" jeritnya kuat.
Ha itu dia, boleh bergegar rumah kalau abang menjerit. Tapi alhamdulillah, tak runtuh lagi rumah ni sebab kontraktor bagus.
✾ ✾ ✾
Tika ini, aku sedang menikmati aiskrim yang berperisa cookies and cream. Mata menghala tepat pada televisyen walaupun cerita itu tidak menarik bagiku.
Mummy sahaja yang menonton drama yang sedang ditayangkan sekarang ini. Aku tidak berapa suka dengan drama melayu. Ada lah aku layan beberapa drama melayu, tapi tak banyak.
Bunyi notifikasi yang datang dari telefon pintarku menyapa halwa telinga. Sengaja aku letakkan telefon pintarku itu di atas meja. Kalau letak di celah sofa ini, mungkin aku lupa keberadaan telefon itu nanti.
ANDA SEDANG MEMBACA
Veni Vidi Vici
RomanceRAW & UNEDITED The German Twins Series Vol I Allyra Danyra. Dia tipikal si diva dan dia dingin. Dulunya tidak cantik dan sering dihina. Sekarang, penampilannya mampu menundukkan mana-mana lelaki. Love is bullshit katanya. Cinta? Kahwin? Baginya itu...
