Ego. Ego menguasai diriku selama seminggu. Aku tak bercakap mahupun menyapa Darrien sejak pergaduhan kami tempoh hari. Dia bertanya, aku hanya mengangguk atau menggeleng.
"Sayang... What's wrong with you? Dah seminggu sayang tak bercakap. Marah lagi pasal hal minggu lepas ke? Kan abang dah cakap, it was a mistake." Kata-kata Darrien aku biarkan seperti angin yang berlalu. Terasa berat pula mulut nak menjawab. Diam aje lah, lagi senang.
"Did you hear me? Sayang..." panggilnya meleret. Rimas betul aku kalau dah meleret-leret ni. Sempat dia menghalang pemandanganku yang tertancap pada tv dengan badannya.
"Shut up. I'm watching drama right now. Now, move aside." Dingin aku membalas. Ada yang nak kena pelengkung dengan aku ni karang!
"Oh, ingatkan dah tak nak bercakap. Best ke seksa abang? Tak bercakap, makan pakai abang pun tak terurus..." Cakapnya aku potong laju.
"So what? Do you think like I care?" Aku mula menyinis.
"Just what's wrong with you? Sekejap diam, lepastu nak melenting tak tentu pasal."
"Does it matter to you? Obviously not, so stay out of my way. By the way, I hate you," ujarku tak berperasaan. Sejak bila je aku ada perasaan? Perasaan aku dah lama mati.
"Kenapa makin lama makin biadap ni Allyra!? Dulu tak macam ni pun..." Suaranya meninggi tetapi lama kelamaan semakin mengendur. Tetapi ada aku kisah? Aku buat tak tahu je, malas nak layan.
"People change, so do I." Aku menjongketkan kening sambil memandang Darrien yang tak berganjak berdiri di depan tv.
"Sayang punya perangai lain sangat lately. Macam mendadak sangat perubahan ni. Sayang kena santau atau..."
"Abang nak cakap saya gila ke apa!?"
"Eh bukan macam tu... Aduh, cakap sikit nak melenting. Perempuan memang complicated."
"Tepi!" marahku seraya mencampakkan kusyen ke arahnya tapi tak mengenai akibat tersasar jauh ke kanannya.
"Hah? Oh okey okey..." Cepat-cepat dia menghenyakkan punggung disebelahku. Tertawa kecil aku tatkala melihat telatahnya. Nampak comel tapi entahlah, menyampah pun ada tapi sikit aje lah.
Badanku ditarik supaya mendekat dengan Darrien. Aku melembikkan badan agar senang Darrien menarikku. Perlahan-lahan aku melentokkan kepala di bahunya. Aku menggumam perlahan.
"Apa dia? Tak dengar."
"Sorry..." ucapku perlahan.
"Kenapa?"
"Sebab kurang ajar. Selalu tinggikan suara lepastu cepat melenting. Bukan sengaja nak melenting tapi benda tu tak boleh nak kawal. Sorry and I miss you..." Selesai sahaja berkata, cecair jernih mula menitis satu persatu dipipiku.
"I miss you too my stubborn and naughty wife." Serentak itu kepalaku dicium berkali-kali dan pinggangku diusap lembut. Aku menyembamkan muka ke dada Darrien dan terus menghamburkan tangis.
"Alolo, manjanya dia. Kenapa ni hm?" Ah sudah, yang jantung aku tak reti nak duduk diam ni dah kenapa.
"Tak ada apa... Kenapa kalau manja? Are you gonna leave me?" Aku menyoalnya kembali seraya menyedut hingus yang hampir terkena baju Darrien. Terserlah kemanjaanku disitu, manjaku tak dapat dibendung kali ini.
"Never, sayang. Kalau sayang dalam masalah, abang orang pertama yang akan selamatkan sayang."
"Betul ni? Pinky promise?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Veni Vidi Vici
RomanceRAW & UNEDITED The German Twins Series Vol I Allyra Danyra. Dia tipikal si diva dan dia dingin. Dulunya tidak cantik dan sering dihina. Sekarang, penampilannya mampu menundukkan mana-mana lelaki. Love is bullshit katanya. Cinta? Kahwin? Baginya itu...