Pukul tujuh pagi tepat, aku turun ke bawah. Keadaanku sedikit tak terurus, rambut berserabai akibat tidak diikat dan mamai yang belum hilang. Sesekali aku menguap dan menggeliat.
Aku menapak ke dapur. Senyuman diukir untuk Acik Siti dan aku melabuhkan duduk di atas kerusi meja makan. Mummy dan Aysara sibuk mengemas dapur. Aku hanya melihat tanpa rasa mahu menolong.
Buat apa nak tolong kalau semua dah siap? Makanan pun dah elok terhidang atas meja makan. Tunggu semua turun dan makan.
Abang duduk berhadapanku sebelum matanya meneliti wajahku.
"Awal kau bangun, biasanya waktu cuti macam ni matahari terpacak baru celik mata. Tak penat ke? Buat apa je semalam?"
"Tidurlah macam orang normal, bongok punya soalan." Selamba aku menjawab. Aku terdiam seketika dan berfikir sejenak.
"Yan! Kau fikir pelik-pelik aku sepak kau nanti. Stress aku!" Sengaja aku mengusutkan rambutku lagi. Jadi hantu kak limah pun lantaklah, yang penting aku tak tergolong dalam otak kebiruan abang aku.
Wah, bila dah kahwin ni miang betul ya abang aku. Rasa nak ganyang mulut dia guna cili padi. Kasi vouge sikit bibir dia. Merah dan bengkak. Masuk akhbar kan best. Hot news, Allen Daryan jejaka kacak telah bengkak bibirnya akibat diganyang oleh adiknya yang cantik, hot, spicy dan meletops!
Apalah aku melalut sehingga namaku diseru berkali-kali pun aku tak dengar.
"Adik!" sergah mummy yang membawa teko panas dan diletakkan di atas meja. Aku yang terkejut segera menoleh.
"Apa?"
"Mummy tanya, mana Darrien? Dia tak turun lagi ke? Pergi panggil dia turun makan."
Aku mencapai telefon yang berada di atas meja makan dan menghiraukan mummy yang menyusun pinggan.
"Kenapa tak bergerak lagi? Cepat."
"Iya sabarlah, nak call lah ni." Aku mendail nombor Darrien dan menunggu panggilan diangkat. Tak sampai seminit, dia sudah berada di meja makan. Darrien duduk disebelahku, aku kerling sekilas.
"Tak elok betul perangai anak awak ni bang, ada ke patut dia panggil suami makan dengan cara call macam tu aje." Mummy mula bising, tapi aku tak hairan pun. Poker face and no feelings. Daddy menyuruh mummy duduk, dan mummy akur. Vibe isteri solehah gitu.
"Look, zaman dah maju dan teknologi dah canggih. Apa guna teknologi yang canggih kalau tak dimanfaaatkan dengan betul?" Aku memberikan mukaddimah seraya menayangkan wajah polos bak bidadari.
"Ish, budak ni kalau tak menjawab memang tak sah!" Aku sengih, mummy kalah pada perdebatan kali ini.
"Darrien, mummy minta maaf kalau Danyra ada buat perangai pelik-pelik. Dia liar dan tak mudah dijangka."
"Eh kita pulak yang kena, sakitnya hati kita difitnah liar!" bidasku.
"Tapi memang betul pun apa yang mummy cakap tu..." Abang menyampuk.
"Daddy... Tengok tu dia cakap adik liar. I'm a good girl, okay!" Aku merengek meminta belas kasihan dan ihsan daddy untuk menidakkan kenyataan ini.
Aku liar? Liar la jugak. Tapi sikit je la, sikit je... Kebarangkalian dia memang sikit.
"Enough, kesian Darrien nak makan tak aman sebab dengar ada orang berdebat." What! Daddy tak back up aku!?
"It's okay, daddy. No biggie. Liar ke tak liar ke, she's always my number one priority."
✾ ✾ ✾
ANDA SEDANG MEMBACA
Veni Vidi Vici
RomansaRAW & UNEDITED The German Twins Series Vol I Allyra Danyra. Dia tipikal si diva dan dia dingin. Dulunya tidak cantik dan sering dihina. Sekarang, penampilannya mampu menundukkan mana-mana lelaki. Love is bullshit katanya. Cinta? Kahwin? Baginya itu...
