Sesampai sahaja di perkarangan villa granpa dan grandma di Jerman, aku terus turun dari kereta mewah milik grandpa. Kami diambil oleh pemandu keluarga. Jari-jemariku masih setia bersulam dengan jari-jemari Darrien. Aku menggeliat sedikit untuk membetulkan urat badan.
"Luggage ni ambil nantilah, kita jumpa semua orang dulu," ujarku. Darrien menggangguk dan kami masuk ke dalam villa dua tingkat milik atukku.
Aku yakin, sepupu dan ibu saudaraku pastinya pulang ke villa ini apabila mendapat berita aku yang ingin pulang ke Jerman. Cumanya kali ini, aku dan Darrien sahaja yang pulang ke Jerman. Kali terakhir aku pulang ke Jerman ialah pada musim sejuk tahun lepas, itupun tak sampai seminggu dah balik Malaysia akibat kerja yang tertangguh di pejabat.
"Welcome back Danyra and husband!" jerit sepupuku tatkala aku menjejakkan kaki ke dalam rumah.
Mak ai, tak ada salam dan mukaddimah langsung! Nasib tak tercabut jantung. Oh lupa, sepupuku ini bukan Islam.
"Hi Claudia, I miss you!" Aku menerpa ke arahnya dan memeluknya erat. Pelukanku dibalas. Setelah pelukan dileraikan, kami berbalas senyuman dan dia memberi satu kotak yang ada reben di atasnya.
"Was ist das? (What's that?)" Aku menyoal, pelik. Apa yang ada dalam kotak ni? Ringan semacam aje. Jangan dia bagi aku mainan ular, cicak, lipas dan seangkatan dengannya sudah. Itu memang nak kena maki jawabnya.
"Dein Hochzeitsgeschenk. Ich denke dein Mann wird es lieben. (Your wedding gift. I think your husband will love it.)" Aku dah mula pelik dengan renungannya dan dia tersenyum-senyum. Ni mesti nak kenakan aku!
"Mach das besser nicht oder ich trete dir in den Arsch. (You better not do that or I will kick your ass.)" Aku tayangkan muka garang, dia sengih kekok. Pernah sekali dia lilitkan mainan yang sebijik macam ular sebenar di leherku dan aku menjerit sekuat hati. Aku mengamuk dan habis berkecai barang-barang di dalam rumah akibat amukanku.
"By the way, where is Charles?" soalku. Charles, abang Claudia yang berumur dua tahun lebih tua dariku, manakala aku dan Claudia sebaya.
"He's going out with his friends. Maybe..."
"Okay, put this in my room," arahku seraya menyerahkan hadiah itu kembali pada Claudia.
Aku menarik tangan Darrien ke arah meja makan. Kesian dia jadi tunggul sementara aku berbual dengan Claudia tadi. Grandma dan grandpa sudah lama menunggu kami di meja makan. Sampai-sampai aje dah boleh dinner. Untung jadi cucu kesayangan sebab aku ialah cucu bongsu, hihi.
"Granpa, grandma! Your favourite granddaughter is back!" Aku mendepakan tangan tanda teruja.
"Allah yang satu." Terdiam aku mendengar kata-kata grandma. Aku berdeham sekilas sebelum menghenyakkan punggung di kerusi meja makan. Seperti biasa, Darrien duduk bersebelahanku.
Darrien mencuit lenganku dan berbisik dengan nada perlahan, "Grandma Islam ke? Kenapa dia boleh cakap melayu?" Bertalu-talu dia melemparkan soalan.
"Grandma and grandpa convert to muslim. They are fluent in malay sebab mummy kahwin dengan daddy yang melayu tulen tu, so senang nak berkomunikasi. Claudia, Charles dan aunty Caroline bukan Islam. Suami aunty Caroline pulak dah lama meninggal, about thirteen years ago." Panjang lebar aku menerangkan pada Darrien walaupun dia tanya dua soalan aje.
"Wir warten darauf, dass Claudia und deine Tante hier sind und dann werden wir zu Abend essen. (We will wait Claudia and your aunty to be here and then we are going to eat dinner.)" Aku hanya mengangguk mendengar kata-kata grandpa.

ANDA SEDANG MEMBACA
Veni Vidi Vici
RomanceRAW & UNEDITED The German Twins Series Vol I Allyra Danyra. Dia tipikal si diva dan dia dingin. Dulunya tidak cantik dan sering dihina. Sekarang, penampilannya mampu menundukkan mana-mana lelaki. Love is bullshit katanya. Cinta? Kahwin? Baginya itu...