Aku diturunkan oleh Darrien sebaik sahaja tiba di depan pintu vila ini. Turun dari kereta pun Darrien yang mendukungku. Terasa diri ini seperti permaisuri. Permaisuri yang bertakhta di hatinya...
"Darrien, what happened to Danyra?" Charles menyoal tatkala melihat aku yang berjalan terhinjut-hinjut ke dalam rumah. Tetapi aku cukup tidak suka dengan nadanya, macam nak marah.
"She sprained her ankle but we went to a clinic just now and nothing serious." Tenang Darrien memberi jawapan. Aku yang sudah mendaki separuh anak tangga terhenti apabila Charles meluru ke arah Darrien dan mengcengkam kolar baju Darrien.
"You hurt her!?" Suara Charles naik seoktaf, tidak lagi lembut seperti kebiasaannya. Darrien masih tenang, tidak berbuat apa-apa.
How can he just stand still and did nothing?
Aku yang melihatnya sudah rasa mahu melayangkan penumbuk di muka Charles. Apa benda main cengkam kolar baju orang ni, baju sendiri kan ada! Main-main lagi dengan suami aku memang aku kerat kau Charles, sepupu ke sepapat ke, aku dah tak kisah.
"Charles, let him go! It was my fault that I sprained my ankle and don't touch my husband!" Aku bersuara lantang. Keras nada yang digunakan. Mata mencerlung ke arahnya.
Serentak itu cengkamannya pada kolar baju Darrien dilepaskan. Sempat Darrien membisikkan sesuatu di telinga Charles dan bahu Charles ditepuknya sebelum dia menuju ke arahku.
"Nak dukung..." Aku menghalakan kedua belah tanganku ke arah Darrien. Tetapi Darrien melangkah menghiraukan aku.
Tak boleh jadi ni! Ini Allyra Danyra, tak ada siapa pun pernah menghiraukan dan menolak permintaanku!
"Abang. Sakit kaki ni, tolonglah dukung. Dapat pahala..." Rengekku sambil menarik hujung baju Darrien. Air muka bertukar menjadi keruh, on the way nak menangis tetapi ini menangis palsu. Menangis nak dapatkan attention. Muehehehe.
Taktik aku berjaya kerana Darrien memalingkan wajah apabila suaraku seakan-akan mahu menangis. Sekelip mata badanku terasa diawang-awangan. Yihi, kena dukung! Saya suka, saya suka! Charles yang berada di bawah aku jeling dengan jelingan maut.
"Mengada." Sepatah Darrien berkata.
"Taklah, this is how I act normally," balasku sambil mengekek ketawa.
"Tapikan tadi abang bisik apa dekat Charles?" soalku ingin tahu. Curiosity kills me!
"Tak ada apalah, hal orang lelaki. Perempuan tak perlu tahu." Terus aku menayangkan muka cemberut apabila mendengar jawapannya. Jawapan cliche!
"Abang, letakkan saya atas katil tau. Saya nak tidur," arahku pada Darrien setelah tiba di bilik tidur.
"Ish, tidur apa bendanya. Nak maghrib dah ni, tak eloklah tidur masa ni. Banyak syaitan," bebelnya tapi aku diletakkan atas katil juga.
"Alaaa, sekejap aje. Just a nap. Tak lama pun, about five minutes. Can I? Please, please, please my handsome king."
"Okey, lima minit je. Abang mandi dulu, ada apa-apa jerit aje." Aku hanya mengangguk sebelum mata memerhati Darrien yang dudah memboloskan diri ke dalam bilik air.
Pejam mata kemudian celik. Mata aku tak mahu tertutup tetapi kenapa? Aku mengambil keputusan untuk tak tidur dan mencapai telefon untuk menonton drama korea.
Posisi badan yang tadinya berbaring sudah bertukar menjadi tertiarap. Kaki dihayunkan sambil jari tangan sibuk menekan aplikasi Netflix.
Bunyi pintu yang dibuka kedengaran sayup-sayup di telingaku akibat aku memakai Airpods. Aku hanya membiarkan, mungkin Darrien sudah siap mandi. Terasa jari kakiku disentuh dan aku memarahinya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Veni Vidi Vici
RomanceRAW & UNEDITED The German Twins Series Vol I Allyra Danyra. Dia tipikal si diva dan dia dingin. Dulunya tidak cantik dan sering dihina. Sekarang, penampilannya mampu menundukkan mana-mana lelaki. Love is bullshit katanya. Cinta? Kahwin? Baginya itu...