BAB 20

6.8K 412 36
                                        

"Hello?" sapaku setelah mengangkat panggilan daripada Dayana.

Aku dah nak tidur baru reti nak call aku. Dayana... Dayana...

"Kau nak kahwin dengan Darrien tak bagitahu aku pun kan? Sampai hati... Diam-diam je buat kerja, tiba-tiba dapat kad kahwin." Suaranya kedengaran lirih. Tapi aku tahu ia hanyalah lakonan semata-mata.

"Drama je lebih kau ni. Ni kenapa? Kau nak tahu apa?"

"Macam mana boleh nak terkahwin ni? Cerita cepat! Haritu kata benci sangat, sekarang ambik kau. Dapat kahwin dengan crush."

Huh, dah agak. Mesti nak korek rahsia. Tak adanya Dayana yang happy go lucky ni sedih. Perkataan sedih memang tak akan ada dalam kamus hidupnya mahupun aku. Well, buat apa nak sedih-sedih. Let's enjoy the moment, buang masa aje kalau bersedih.

"Ex crush okay. Perkataan ex tu mesti ada. Aku dah tak suka dia. Dah lama terpadam perasaan suka tu. Biasalah dulu aku suka dia masa pemikiran tak matang lagi. Hm, macam mana boleh nak terkahwin? Dia cakap aku ni dalam bahaya. Entah apa-apa je Darrien tu. Merepek betul."

"Habistu takkan la kau tak bantah kalau kau tak suka?"

"Dah, aku siap mengamuk lepastu aku lari rumah sekejap. Tapi bila balik aku pulak yang kena marah dengan abang aku. Boleh pulak abang aku tu sokong Darrien. Sepatutnya dia sokong aku sebab aku adik dia. Eh sakit pulak hati kita!"

"Hahaha... Apa-apalah Danyra oi! Dahla aku nak tidur. See you on your wedding day, good night and bye!" Panggilan ditamatkan oleh Dayana tanpa aku sempat membalas.

Kurang asam punya kawan!

Telefon diletakkan atas night stand dan aku merebahkan badan di atas katil. Aku merenung siling ditemanani cahaya lampu tidur sambil berfikir. Adakah aku patut melarikan diri daripada terjebak dengan perkahwinan ini? Hish, memalukan kedua belah pihak je nanti.

Selimut ditarik paras dada dan suhu aircond direndahkan. Mata dipejam rapat dan automatik aku berada di alam mimpi.

✾ ✾ ✾

Dengan sekali lafaz, aku sudah sah menjadi isteri Darrien. Mrs. Dervin Darrien. Weird yet feels so unreal. Aku memandang Dayana disebelah kiriku sudah tersengih-sengih. Mende minah ni? Sekarang ni siapa yang dah kahwin? Aku atau dia? Aku mencubit lengannya.

"Apa kau ni Danyra, main cubit-cubit pulak. Di hari perkahwinan kau yang indah ni cuba senyum sikit, ini tak asyik masam je muka tu," omelnya seraya menyeringai kesakitan.

"Masalahnya kau sekarang ni, apahal sengih-sengih sangat? Nak jadi bini kedua Darrien ke?"

"Takde la, handsome pulak aku tengok dia pakai baju melayu warna putih. Kau buka offer nak dimadukan ke? Uish, peluang keemasan ni, aku on aje. Hihi."

"Berani la kau, aku pancung kau nanti." Aku menjeling Dayana sekilas.

"Eleh, ingatkan tak reti nak jealous."

Aku jealous? Aku pun tak tahu tapi apabila Dayana menyebut perkaatan dimadukan, menyirap aku dibuatnya. Tak boleh jadi ni, aku rasa aku perlu diruqyah. Kena hilangkan balik syaitan-syaitan durjana yang berlegar-legar difikiranku.

Aku tersentak tatkala jariku ditarik dan disarungkan cincin oleh Darrien. Entah apa aku mengelamun tadi sehingga tak sedar bahawa Darrien disebelahku. Tadi elok aje si Dayana duduk di tepi aku, alih-alih orang lain pula. Lama sangat kut aku mengelamun tadi...

Veni Vidi ViciTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang