BAB 34

4.8K 407 14
                                    

Selesai sahaja membersihkan diri, aku memerhati wajahku di hadapan cermin. Teruk. Aku dah tak cantik. Dengan cepat aku cover dengan make up yang tipis dan natural.

"Sayang dah makan?" tanya Darrien yang baru sahaja menjejakkan kaki ke dalam bilik tidur kami.

Sayang? Oh tolonglah, aku jijik mendengarnya.

"Dah, malam ni nak tidur rumah mummy and please don't ask me why. Abang tidur sini aje, tak payah ikut," jawabku tanpa memandang wajahnya.

Nak sebut abang tu pun dah nak berbelit lidah aku. Tapi aku terpaksa sebut sebab tak nak dia syak apa-apa.

Bagasi yang berada di dalam walk-in closet aku ambil dan semua bajuku aku masukkan ke dalam bagasi. Air mata ni pun satu kenapa senang sangat nak jatuh.

"Abang tak izinkan." Aku mendongak memandangnya bersama linangan air mata.

"I don't need your approval. Let me decide my life. I hate you." Keras nada suara yang aku gunakan.

"Just what's wrong with you. Kenapa tiba-tiba sayang jadi macam ni? Tell me."

"Tak ada apa. I know to handle myself."

"Cakap dengan abang. Jangan macam ni." Bahuku dipegang lembut tapi aku tepis dengan kasar. Benci apabila dia menyentuhku.

"Nak cakap apa lagi? Dah tak ada benda nak cakap. Masalah tu berpunca dari abang sendiri. Pergi muhasabah diri kenapa saya jadi macam ni!" Aku dah tak tahan. Aku sakit hati.

"Macam mana abang nak tahu kalau sayang tak bagitahu."

"Cuba ingat balik apa yang abang buat hari ni. Abang pergi mana. Dengan siapa. Recall balik semua tu. Meeting you and marrying you surely is my biggest mistake. I hate you!" Darrien memegang tanganku dan automatik aku memijak kakinya kuat.

"Jangan halang, I need time and space. Please, leave me alone. Let me go!" bentakku apabila Darrien memelukku. Serentak itu, aku jatuh terduduk dan menangis, lagi dan lagi. Kenapa aku lemah sangat? Kenapa?

"Hantar saya rumah mummy. Please, I'm begging you..." rayuku bersama tangisan.

"Okey, okey tapi jangan menangis lagi," katanya sambil menepuk belakangku lembut.

✾ ✾ ✾

Aku membuka tali pinggang keledar tatkala sudah sampai dihadapan rumah agam keluargaku. Darrien yang ingin membuka tali pinggang keledar aku tahan kemudian bersuara, "Abang tak payah turun. Balik rumah je terus."

Darrien tak membantah dan hanya kaku melihat aku mengeluarkan bagasi dari dalam kereta. Aku langsung tak menyalam tangannya mahupun memandang wajahnya. Aku mahu memandang wajahnya tetapi ego menghalangku daripada berbuat demikian.

Pintu rumah aku buka dan hempas kasar menyebabkan bunyi yang kuat. Terkocoh-kocoh Acik Siti berlari ke arahku.

"Eh Danyra, ingatkan siapa tadi. Naiklah dulu. Puan Sri dan Tan Sri ada dekat atas. Daryan pun baru sampai tadi," katanya dan aku mengangguk. Aku tak membalas dan membisu.

Bunyi deruan enjin kereta di luar tidak lagi kedengaran menandakan Darrien sudah pergi. Aku mengeluh seketika. Aku rindukannya tetapi aku tak mahu dekat dengannya.

"Weh abang," panggilku selepas sahaja punggungku selamat mendarat di atas sofa ruang tamu.

"Eh bila kau balik? Tak sedar pun."

Oh baguslah dia tak dengar. Nanti ada yang mengadu kat mummy sebab aku hempas pintu nanti. Bernanah telinga aku kena dengar mummy membebel.

Maaf mummy, adik bukan nak mengutuk tapi tu realiti!

"Oh, baru je sampai. Kau datang sorang je ke?"

"Ye la, bini aku sibuk aje memanjang. Asyik naik turun mahkamah je kerjanya, dia tak tahu ke aku rindu dia. Tadi pun dia bagitahu dia balik dalam pukul 11, tu yang aku lepak sini dulu."

"Kau balik rumah tak nanti?"

"Baliklah, tu yang kau bawa bagasi besar gedabak tu dah kenapa? Darrien mana?"

"Aku tidur sini. Darrien dah balik tadi."

"Kau bergaduh ke dengan dia?" Aku menggeleng bagi menjawab pertanyaan abang kembarku.

Jangan menangis, jangan menangis! Tak dapat menahan, laju air mataku turun seperti air terjun. Dah berapa kali aku menangis pun aku tak tahu. Penat make up nak tutup muka sembap, akhirnya aku menangis lagi.

"Dahtu kenapa kau menangis? Darrien pukul kau ke? Darrien curang ke? Dia buat apa kat kau? Bagitahu aku cepat! Memang aku kerat dia punya tut walaupun dia kawan aku!" Kuat suara abangku. Marah mungkin, tapi aku tak apa-apa dan cuma perlukan masa.

Bodohkah aku kerana tak mencuba untuk memberitahu Darrien punca aku jadi begini, malah menjauhkan diri darinya? Aku tak tahu, hati aku rasa sakit dan berkecamuk.

Tapi apa yang aku dengar rasanya sudah cukup jelas. Aku rasa aku tak perlu memberitahunya dan juga mendengar penjelasannya. Semua dah ada depan mata, buat apa nak keruhkan lagi keadaan kan?

"Tak ada apa, aku menangis sebab penat. Kat pejabat tadi banyak sangat kerja sampaikan nak makan pun tak sempat," dalihku. Memang sengaja aku tak mahu memberitahu. Masakan aku mahu menceritakan hal rumah tanggaku kepada orang lain walaupun dia ahli keluargaku sendiri.

"You forgot one thing, little sister. Kau tak pernah menangis tapi sekarang kau menangis sampai mata bengkak. Ni mesti ada sesuatu kan? Mummy and daddy pun tak pernah tengok air mata mahal kau ni, dan sekarang dengan senang aku tengok adik aku menangis. Did you think I'm stupid enough for you too fool me?"

"Aku penat... Tolong jangan serabutkan kepala aku... Aku merayu..."

"Adik, bagitahu aku!" Bahuku dipegang dan digoncang kuat. Rasa macam nak melayang pun ada. Kuat betul.

"Tak nak! Tak payah kacau aku la!" Aku mula melenting, tidak suka apabila didesak. Tangannya yang berada dibahuku aku tepis. Barang-barang yang berada di atas meja aku campak begitu juga dengan kusyen kecil di atas sofa aku campak sekali.

Niatnya nak bertegur aje tapi alih-alih jadi bergaduh pula. Bukannya aku nak bergaduh sangat tapi itu tindakan refleks yang aku tak sempat nak tahan.

"Hei, kenapa kusyen atas lantai ni? Bergaduh pasal apa ni?" Suara mummy menegur membuatkan aku terduduk di atas sofa.

"Entah dia ni mummy, ada masalah tapi tak nak bagitahu orang. Dah banyak kali abang suruh dia bagitahu tapi dia tak nak, siap marah orang balik. Lepastu menangis, tengok mata dia dah bengkak." Abang menjawab pertanyaan mummy dan aku buat tak endah.

Mummy menghenyakkan punggung bersebelahanku dan menarik aku supaya berbaring diribanya. Aku menselesakan diri dan menutup mata.

"Mummy, takkan tak nak tanya dia?" Suara abang kedengaran lagi, tak puas hati agaknya sebab aku tak bagitahu dan mummy tak tanya.

"Bagi adik rehat dulu, nak tanya tu esok-esok boleh." Perlahan suara mummy menjawab.

"Yang, saya rasa saya tahu tapi saya tak tahulah sama ada betul ke tak." Suara daddy pula kedengaran. Daddy tahu ke apa yang aku nampak petang tadi? Oh jangan lah daddy cakap dia tiba-tiba nak pisahkan aku dengan Darrien.

"Ish abang ni memandai je, tunggu dia bagitahulah."

"Awak pun macam tu jugak kan?"

"Eh saya pulak, sebab abang lah saya jadi macamtu."

"Ye lah, perempuan je selalu betul."

Entah apa yang dibualkan pun aku dah tak dengar. Daddy bercakap dengan abang dan suara halus mummy mengalunkan ayat suci Al-Quran untuk menidurkan aku. Aku tertidur diriba mummy bersama air mata.

Rasa macam nak lempang Danyra. Menangis je kerja, orang suruh bagitahu dia tak nak 😑

22012022

Veni Vidi ViciWhere stories live. Discover now