BAB 11

6.5K 498 68
                                        

Erangan halus mula keluar dari celahan bibirku. Badan aku telah selamat mendarat di lantai pusat beli-belah ini. Aku menoleh memandang Darrien yang terlentang di sebelah kananku.

Mata kami bertemu buat seketika. Segera aku mengalihkan pandangan. Kekok dan tidak selesa apabila direnung olehnya. Aku bangun dan membetulkan rambut dan baju yang sudah berkedut. Darrien juga turut bangun.

Dah la jatuh depan orang. Ramai pulak yang tengok. Huhu.

"Kau okay?" soalnya perlahan. Aku angguk.

Mata mula meliar ke arah abang dan Aylana. Mereka juga turut terlentang sepereti aku dan Darrien. Cumanya, mereka disebelah kanan manakala aku dan Darrien di sebelah kiri.  Aku berlari anak menuju ke arah mereka berdua.

"Lana, kau okay tak ni? Boleh berjalan tak?" soalku kerisauan. Wajahnya berkerut seperti menahan kesakitan.

"Aku okay je la. Jangan risau." jawabnya. Tetapi aku ragu-ragu dengan jawapan yang diberikan olehnya. Dia seperti menyembunyikan sesuatu daripada aku. Aku hanya mengangguk dan mengajak untuk pulang ke rumah.

Selangkah Aylana berjalan, dia sudah melorot jatuh. Nasibnya agak baik kerana abang sempat menyambutnya. Kalau abang tak sambut memang tercium lantai mahal la jawabnya. Boleh ambil aura kaya dulu. Haha!

"Lana, kau ni tak okay cakap la tak okay. Ego tinggi melangit." marahku. Marah-marah manja je. Dah masak sangat dengan perangai Aylana yang keras kepala dan ego ni.

"Jom saya hantarkan awak ke klinik." ujar abang bersama senyuman manis untuk Aylana. Aww, romantiknya abang aku ni. Tak pernah aku tengok dia macam ni, biasanya annoying aje. Hehe, tak lama lagi dapat kakak ipar lah aku.

"Tak apalah. Saya datang dengan kereta, takkan nak datang sini balik nanti." Dia menolak ajakan abang.

"Esok boleh ambil kereta awak tu. Lagipun security kat sini ketat." Tegas suara abang sewaktu menuturkan ayat itu.

Kelihatan pencuri itu telah ditangkap oleh beberapa pengawal yang mengejarnya tadi. Mataku memincing memandang ke arahnya.

"Abang, kau bawa Lana pergi klinik. Darrien, kau boleh balik. Aku ada hal sekejap." ujarku bersama senyuman senget. Sinis.

Figura abang dan Aylana mula menghilang. Darrien pula masih setia berjalan dibelakangku. Suka hati kau lah, asalkan aku dapat selesaikan urusan aku.

Aku meluru ke arah pencuri yang sedang dipegang oleh dua orang pengawal. Mencerlung mataku memandangnya. Dia seperti ketakutan.

"Hoi pencuri, pandang sini!" jerkahku apabila dia menunduk. Dia mengangkat wajahnya dan memandang wajahku yang kemerahan menahan marah.

"Ni! Kau tengok ni kau buat apa? Kau senjah handbang aku tadi sampai tercabut tali! Handbag ni limited edition tahu tak!? Harga dia RM150,000 dan jenama dia Hermès! Kau ada duit ke nak bayar!?" Tanganku yang sedang memegang beg tanganku segera diturunkan.

"Itu belum lagi termasuk kau tolak aku sampai terlentang aku atas lantai tadi. Sampaikan abang dan kakak ipar aku pun terlentang sekali atas lantai. Nasib tak patah je tulang belakang aku. Kalau apa-apa jadi dekat kakak ipar aku, kau orang pertama aku cari. Tunggu lah surat saman sampai nanti." Senyuman mengejek sengaja diukirkan.

"Sorry..." ucapnya sepatah. Matanya memandang lantai. Tanganku yang naik ingin mencekik lehernya ditahan oleh Darrien.

Eee, nasib kau memang baik sebab Darrien tahan aku. Kalau tak, memang arwah kau aku kerjakan.

"Pandang sini! Muka aku dekat sini, bukannya dekat lantai tu. Lain kali cari kerja halal, bukannya mencuri. Hidup kau tak berkat kalau mencuri, sia-sia je hidup senang atas dunia ni tapi dalam kubur kena seksa. Ish ish ish." Sengaja aku mengejeknya dengan wajah yang agak menjengkelkan. Aku berlalu pergi bersama wajah yang masam mencuka.

Veni Vidi ViciTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang