Gementar. Takut. Itu apa yang aku rasakan sekarang ini. Darrien menggenggam erat kemudian mengusap kedua belah tanganku. Wajah Darrien aku tatap sebelum dia menganggukkan kepalanya.
Tali pinggang keledar dibuka dan aku keluar dari kereta mewah milik suamiku ini. Darrien memeluk pinggangku dan kami beriringan masuk ke dalam rumah agam keluarganya.
"Dah sampai anak dan menantu mama," kata mama bersama senyuman manis di bibir. Aku membalas senyuman mama dan menyalami tangannya.
Kami masuk ke dalam dan melabuhkan punggung di sofa panjang yang terdapat di ruang tamu. Papa dan Darriena juga sudah ada di sini.
"Kenapa ni? Kamu berdua ada masalah ke? Diam aje ni. Semalam kata nak bagitahu sesuatu. Jangan cakap kamu nak berpisah," kata papa dengan nada risau.
"Bukan macam tu pa..." Mendatar suara Darrien menjawab.
Aku mencuit paha Darrien dan dia menatap wajahku sekejap. Tanganku sudah mula berpeluh. Apa yang nak ditakutkan pun aku tak tahu. Darrien membisikkan sesuatu di telingaku.
"Sayang bagitahu la..."
"Abanglah yang kena bagitahu. Kenapa saya pulak?" Aku dah mula nak melenting. Ada ke patut dia suruh aku bagitahu. Aku malu masalahnya!
"Bau apa ni ma? Busuknya..." katanya seraya menutup hidungnya.
"Abang kenapa? Mana ada busuk," soalku pelik. Mama tengah masak makanan aje kat dapur tu, bukannya bau bangkai pun sampai nak kena tutup hidung bagai.
Tiba-tiba Darrien menepuk tanganku dan berlari ke arah tandas, segera aku membuntutinya. Pintu tandas ditolak kasar dan Darrien memuntahkan isi perutnya. Aku mengusap lembut belakangnya.
Usai itu kami kembali ke ruang tamu. Darrien sudah lembik akibat terlalu banyak memuntahkan isi perut. Kepalanya terlentok dibahuku dan rambutnya aku usap lembut.
"Darrien sihat ke tak ni?" soal Darriena. Papa mengukirkan senyum sambil memandang mama.
"Okey je ma... Cucu mama ni lah buat hal." Dengar sahaja kata-kata Darrien, mukaku panas membahang. Apahal yang malu sangat ni?
"Cucu? Kak Danyra mengandung ke!?" Teruja benar suara Darriena tika ini. Aku hanya senyum bagi membalas pertanyaannya.
"Mama dan papa dah tau lama. Dari hari tu lagi mama nampak Danyra berisi, tapi mama tak nak taruh harapan sangat takut kecewa," ujar mama tenang. Hah? Jadi semua orang dah tau lah? Hmm, tak jadi nak buat kejutan.
"Darrien macam abang je. Tak boleh bau sambal sotong masa saya mengandungkan dia." Mama mula bercerita tentang kisah mengandungkan Darrien. Macam-macam ragamnya.
Sambal sotong? Urgh, lauk yang aku paling tak suka. Tak sedap! Tak kisahlah mengandung atau tak mengandung, aku tetap tak suka.
"Rasanya sampai Danyra bersalin baru alahan tu hilang," kata papa bersama tawa kecil. Oh kesiannya suamiku, bertabahlah demi anakmu ini.
"Dah berapa bulan kak?" soal Darriena.
"Baru 3 bulan."
"Hehe, dapat anak buah. Yes!"
"Kalau excited sangat pergilah kahwin sana, anak orang jugak dia nak ambil." Suara Darrien. Sakit-sakit pun sempat lagi nak berperang mulut dengan adiknya itu.
"Aku muda lagilah bang! Baru umur 22 tahun. Lainlah kau, dah tua."
"Ish kau ni kan..." Ayat Darrien terhenti dan dia kembali menekup mulutnya. Nak muntah lagi lah tu.
"Sayang, sakit kepala la..." Darrien merengek kecil. Jarinya mula menguis lenganku. Perangai tak serupa umur, manja!
"Danyra bawa Darrien naik atas. Mama masakkan makanan lain. Nanti dah okey sikit turun tau," arah mama. Aku angguk dan memimpin Darrien, kepalanya masih lagi terlentok dibahuku. Tak nak berenggang langsung.

ANDA SEDANG MEMBACA
Veni Vidi Vici
RomantikaRAW & UNEDITED The German Twins Series Vol I Allyra Danyra. Dia tipikal si diva dan dia dingin. Dulunya tidak cantik dan sering dihina. Sekarang, penampilannya mampu menundukkan mana-mana lelaki. Love is bullshit katanya. Cinta? Kahwin? Baginya itu...