BAB 40

5.6K 403 43
                                    

"Kau cakap apa?" soalku untuk mendapatkan kepastian darinya.

"Aku yang buat kau orang bergaduh. Kau ingat aku tak tau ke kau lari balik rumah mummy kau. Kesian eh kau... Sengaja aku ikut Darrien petang tu, tapi ternampak kau lagilah aku seronok menempel dekat dia." Dengar sahaja kata-kata yang keluar dari celahan bibirnya, aku mengetap rahang kuat. Menahan diri daripada menghamburkan amarahku yang bila-bila sahaja boleh meletup keluar.

"Know your worth Nelissa... Because your worth is just a piece of shit..." Sempat aku mengejeknya bersama riak wajah yang tersangatlah menjengkelkan. Kalau orang tengok memang rasa nak lempang muka aku ni.

"Menjawab eh kau. Stress aku!" Dia mula meramaskan rambutnya sehingga rambutnya menggerbang. Sebijik macam pesakit mental.

"Aku ada mulut, aku jawablah. Kalau aku tak jawab, kau cakap aku bisu pulak."

"Laki kau..." Liur yang terasa berpasir aku teguk perlahan. Darrien... Suamiku...

"Dia dah mati."

"Nelissa!"

"Jangan tinggikan suara kau depan aku, Allyra." Dia berjalan mendekatiku dan pipiku ditampar berkali-kali. Kedua-dua belah pipiku terasa pijar akibat tamparannya. Mencerlung mataku memandangnya.

Serentak itu, tudungku disenjahnya kuat menyebabkan aku terdongak memandang mukanya. Pedih daguku akibat terkena pin tudung yang terseret di kulitku. Aku senyum sinis sebelum bangun dari duduk dan perlahan-lahan aku mendekatinya, dia mengundur ke belakang.

"Eh... Bi... Bila kau terlepas!?"

"Dah lama," jawabku seraya menggulingkan bebola mata ke atas. Rambutnya aku tarik kuat kemudian, pipinya aku tampar kuat.

"Raihan! Raihan! Mana kau? Kenapa tak ikat dia ketat?" jeritnya. Mencari rakan subahatnya, mungkin.

"Diam," ujarku sepatah. Kemudian, pipinya aku tampar lagi sehingga aku rasa puas. Ikutkan hati mahu sahaja aku bunuh dia dan lenyek-lenyek seperti kentang putar tetapi aku masih punya iman. Aku tahu dan sedar, berdosa jika membunuh orang.

"Lepaskan rambut aku, Allyra!"

"Bagitahu mana laki aku!"

"Kan aku dah cakap... Dia dah mati!"

"Baik kau bagitahu aku sebelum botak rambut kau aku kerjakan."

"Betul. Dia dah mati. Aku tak tau Raihan hapuskan dia macam mana. Kerja aku cuma uruskan kau dan Raihan akan uruskan Darrien."

Tubuh Nelissa aku tolak menyebabkan dia jatuh terbaring. Rambutnya aku tarik lagi kuat dan dia menjerit minta dilepaskan, namun aku tak peduli tetap aku tarik rambutnya kuat. Aku naik ke atas badannya dan kepalanya aku hantuk kuat ke lantai. Lehernya aku cekik sehingga dia termengah-mengah mencari nafas.

Terdengar bunyi tembakan di luar gudang ini, cepat-cepat aku menutup telinga. Bingit! Segera aku menjauhkan diri daripada Nelissa. Dia dah tak bergerak. Aku dah bunuh dia ke? Aku tak sedar dan aku hilang kawalan tadi! Aku tak sengaja!

Pintu gudang dibuka dengan kasar dan beberapa orang pihak polis mula menggeledah gudang ini. Ternampak kelibat abang kembarku, terus dia berlari ke arahku. Aku memeluknya erat dan menangis.

"Dia tak mati kan? Aku tak sengaja. Sumpah, aku tak ada niat pun nak bunuh dia. Aku cuma nak dia sedar aje. Tolong aku... Tolong aku..." Teresak-esak aku menangis sambil memeluknya erat. Dia menepuk belakangku seraya menyuruhku bertenang.

"Tuan. Dia hidup lagi cumanya degupan jantungnya lemah." Terdengar suara seorang anggota polis bercakap dengan abangku.

"Uruskan semuanya, nanti kita bincang. Saya nak bawa adik saya pergi hospital."

Veni Vidi ViciWhere stories live. Discover now