"Bersepahnya bilik. Siapa yang buat ni? Sayang sepahkan ke?" Darrien menyoal aku walaupun jawapannya sudah ada.
"Hek eleh, dia yang sepahkan bilik ni semalam lepastu salahkan kita pula. Tak ingat ke? Dah tahu kan tapi sengaja buat-buat tak tahu. Malas nak layan." Aku menjeling Darrien. Menyampah aku.
Aku akui bilik tidurku ini sekarang dah serupa tongkang pecah. Kusyen terlentang sana sini. Sofa yang elok duduk ditempatnya pun dah bertukar tempat. Salah siapa? Ini semua salah Dervin Darrien! Aku jugak yang perlu kemas semua ni nanti.
"Abang saja je tease sayang semalam. Didn't expect that you would fall for it," katanya seraya menyunggingkan senyuman nakal. I dare to say it's a sexy smirk.
"Okay whatever, I don't care. Dahla saya nak mandi ni," jawabku malas.
Sebenarnya malas nak ingat apa yang dah jadi semalam. I don't know what happened to me last night. Mungkin jin mana yang gatal sangat duduk dalam badan aku semalam sampaikan aku tak sedar apa yang aku buat.
"Mandi apa?"
"Shut up Darrien! Tak payah cakap kuat-kuat, nanti orang dengarlah," marahku.
"Bilik ni soundproof, sayang. Tak ada siapa yang boleh dengar."
Aku berpusing melihat Darrien yang terkekeh ketawa di atas katil. Siap berselimut lagi ya... Ni kalau aku tarik selimut, menggigil dia. Gatal lagi buka aircond waktu musim sejuk ni. Panas katanya, tapi panas lagi hati aku sekarang ni. Boleh dia ketawa sambil menekan perutnya.
"Mandi cepat sikit sayang!"
Aku berlari menuju ke bilik air dan pintu dihempas. Rasa nak lempang aje Darrien ni! Huwargh! Benci betul.
Keluar sahaja dari bilik air, bagasiku sudah ada di dalam bilik. Aku memandang Darrien dan tangan menunjuk ke arah bagasi yang berada di sebelah pintu.
"Siapa yang hantar ni?" soalku seraya mengesat rambut menggunakan tuala kecil.
"Granpa yang hantarkan tadi, semalam driver lupa nak keluarkan luggage and dia terus balik rumah dia," jawabnya sambil mencapai tuala di penyidai khas untuk tuala.
"Oh, kenapa dia tak hantar tahun depan aje? Menyusahkan betul driver baru ni, dahla buat kerja lembap."
"Tak baiklah sayang cakap macamtu, mungkin dia betul-betul lupa. Kita tak tahu apa yang ada dalam fikiran dia sampaikan dia boleh terlupa."
"Entah-entah dia sengaja tak keluarkan luggage sebab malas."
"Cubalah berfikiran positif sikit. Tapi ada bagusnya dia terlupa nak keluarkan luggage kita semalam. Dia macam mutualisme gitu, dua-dua dapat faedah. Dia dapat rehat, kita dapat baby."
"Mutualisme lah sangat, mentang-mentang zaman sekolah dulu ambil aliran sains tulen, bercakap pun guna istilah sains. Pergi mandi sanalah, tercegat depan pintu bilik air buat apa lagi," arahku. Cara halus menghalau Darrien. Kalau tak memang perbualan ini akan berlanjutan. Lagi-lagi topik krisis biologi. Well, lelaki mana aje yang tak suka topik macam ni...
Dengan segera aku menggeledah bagasiku untuk mencari beg make up. Punggung dilabuhkan di atas kerusi yang khas untuk meja solek. Aku menilik wajahku dengan teliti. Okey, semua macam biasa, tak ada jerawat and so on. Kemudian leherku ditilik seketika.
Oh my Allah! Dah macam orang kena dera aje aku ni, lebam sana sini. Badanku yang elok, habis lunyai dikerjakan Darrien semalam. Cis, dasar kamu!
"Awal sayang make up, nak pergi mana. Buat apa pakai concealer dekat leher tu?" Sergahan Darrien menyentakkan aku. Hish, boleh pula dia tanya!
ANDA SEDANG MEMBACA
Veni Vidi Vici
RomantikRAW & UNEDITED The German Twins Series Vol I Allyra Danyra. Dia tipikal si diva dan dia dingin. Dulunya tidak cantik dan sering dihina. Sekarang, penampilannya mampu menundukkan mana-mana lelaki. Love is bullshit katanya. Cinta? Kahwin? Baginya itu...
