LANGKAWI. Entahlah, aku hanya mengikut Darrien yang mahu membawaku ke sini. Tiket penerbangan dia yang tempahkan, baju pun dia tolong kemaskan. Kerja aku cuma goyang kaki. Dia nak aku berehat katanya.
Kami menginap di The St. Regis Langkawi sehingga minggu hadapan. Darrien menempah penthouse suite untuk kami berdua meluangkan masa bersama. Terlalu besar untuk kami berdua tetapi Darrien kata untuk keselesaanku. Yalah, aku dari dulu memang hidup mewah.
Ini merupakan hari pertama kami di sini. Darrien bagitahu hari ni nak rehat dulu, hari yang seterusnya baru nak jalan-jalan. Aku terus merebahkan diri di atas katil setelah membuka tudung. Penat. Sudahlah Langkawi ini panas macam dalam sauna. Rasa macam kena bakar.
Sejak aku mengandung, memang aku rasa malas nak buat apa-apa. Nak mandi pun malas. Itu pun Darrien kena membebel dulu barulah aku mandi. Dia tak membebel memang aku tak mandilah jawabnya. Tapi sejak bila aje aku rajin?
Aku terbaring melentang di atas katil sambil melihat Darrien meletakkan bagasi kami di sebelah almari pakaian. Dia mula bercekak pinggang di hadapanku. Aku buat muka toya. Nak membebel lah tu.
"Bangun sayang. Pergi mandi. Tadi cakap panaslah itulah inilah. Ni dah sampai terbaring aje atas katil tu," bebelnya sambil merenungku.
"Malas." Pendek aku membalas. Aku tak larat. Aku nak tidur, mengantuk sangat-sangat!
"Malas, malas, malas. Itulah yang selalu disebutnya. Nanti anak pun pemalas tak taulah apa nak jadi."
"Abang ni bisinglah. Cuba diam sekejap. Nanti saya mandilah, nak rehat ni. Sejak nak jadi bapak orang ni banyak pula ya abang membebel," rungutku bersama cebikan di bibir. Dengusan kecil turut dilepaskan.
Kadang aku suka bebelannya tapi bebelannya kali ini terlalu menyakitkan telinga. Terlalu caring sampai boleh buatkan aku rimas.
"Adik baby tolong jangan ikut perangai tak semenggah mummy tu. Daddy pening nak layan kalau adik ikut perangai mummy." Aku mengetap bibir menahan geram. Wah, sesedap adabi dia perli aku ya.
"Abang perli ke apa?" soalku geram. Haih, tak boleh jadi ni.
"Tak. Abang tak perli tapi itu memang kenyataan." Terus aku bangun dari perbaringan dan melihat Darrien yang sudah melabuhkan duduk di sofa panjang berhadapan katil ini. Terngaga jugalah aku sekejap mendengar kejujuran Darrien itu tadi.
"Abang," panggilku. Diam. Darrien tak menyahut panggilanku. Dia sibuk dengan telefonnya, jari-jemarinya laju berlari di atas skrin telefon itu.
"Abang," panggilku lagi tetapi nadaku sedikit kuat dari tadi. Masih lagi tak ada sahutan dari Darrien.
"Abang... merajuk ke?" soalku berhati-hati. Akhirnya... Dia kalihkan pandangan ke arahku. Telefonnya diletakkan di atas meja kemudian dia bangun dan berdiri di hadapan pintu gelangsar yang lut sinar.
Hah, aku dah mula gelabah. Kenapa diam pula ni? Tak nak bercakap ke apa? Janganlah diam aje macam ni, kekok aku dibuatnya. Huaaa, rasa nak menangis pun ada.
Aku mendekati Darrien dan berdiri di sebelahnya. Kepala menunduk ke bawah menekur lantai. Air mata mula menitis, hingus pun hampir meleleh. Cengengnya kau Danyra!
Daguku ditolak supaya aku dapat memandang wajahnya. Darrien senyum kemudian dia mengesat air mataku yang mengalir di pipiku dengan ibu jarinya.
"Kenapa menangis ni?" tanyanya lembut seraya menggosok rambutku. Aku memang suka kalau dia menggosok rambutku. Terasa seperti diri ini anak kecil.
"Abang tu lah yang tak menyahut saya panggil tadi. Abang marah ke sebab saya malas nak mandi? Mesti abang dah penat nak membebel setiap hari kan? Membebel benda yang sama pula tu," jawabku tersedu-sedan.
Ah, dramatiknya aku! Tapi lantaklah, dia laki aku kut. Nanti baby dah lahir mesti Darrien sayang baby lebih dari aku.
"Abang tak marah sayang... Abang saja aje diam. Nak buat eksperimen mendidih. Nak tengok sama ada sayang melenting atau tak. Tapi kali ini sayang menangis pula. Sayang comellah kalau menagis. Muka tu dari putih jadi merah-merah. Rawr."
"Abanggg..." rengekku perlahan. Lehernya aku peluk erat. Darrien ketawa kecil dan menepuk belakangku. Bila Darrien tepuk belakangku, aku rasa tenang dan ianya mendamaikan.
Aku hanyut dan tidak sedar bahawa aku sudah dicempungnya. Aku mengerutkan dahi akibat pelik dan pantas bertanya, "Nak pergi mana abang?"
"Mandi jom," jawabnya sambil tersengih nakal.
Sampai di bilik mandi, Darrien meletakkan aku di dalam tab mandi yang sudah berisi air. Sejak bila dia isi air pun aku tak tau. Apa ni? Tak nak tak nak. Darrien kalau dah masuk mood miang dia memang tak ada apalah jawabnya.
"Tuala belum ambil lagi." Aku beralasan. Tolonglah, aku nak lari!!!
"Abang dah ambilkan. Nowhere to go my love..."
Gulp!
Damn it!
✾ ✾ ✾
MALAM menjelma. Usai solat isya' kami bersiap untuk makan malam di luar. Aku tak tahu Darrien nak bawa aku makan di mana dan aku hanya duduk diam-diam Darrien kata. Aku pun malas nak tahu jadi aku biarkan Darrien uruskan semua.
Aku diam semasa Darrien memandu kereta yang disewa di lapangan terbang sewaktu kami tiba di Langkawi tengah hari tadi. Sengaja aku duduk tak diam sebab aku mengantuk. Dari petang tadi lagi aku menahan kantuk.
"Sayang kenapa? Tak selesa?" soal Darrien prihatin tetapi matanya masih menumpukan pada pemanduan.
"Mengantuklah abang," jawabku sambil menguap buat kali ketiga.
"Bungkus ajelah makanan tu boleh?"
"Makan sana ajelah. Leceh nak bungkus-bungkus bagai ni."
Semasa menunggu makanan sampai, aku dah tersengguk akibat terlalu mengantuk. Cepat sangat aku penat kebelakangan ini. Faktor berbadan dua kut. Bukannya sengaja aku nak tidur tapi mengantuk sampai tahap tak boleh nak celik mata ni ha.
Seketika, pelayan mula menghantar pesanan kami. Aku gagahkan juga untuk mencelikkan mata. Pinggan aku capai sebelum menyuap perlahan nasi goreng telur itu ke dalam mulut. Tak sampai sepuluh suapan aku dah kenyang. Aku bersandar di kerusi.
Darrien masih lagi makan. Aku biarkan sebab tak mahu kacau dia makan. Tiba-tiba dia berpaling ke arahku sebelum bersuara, "Baring kat paha abang." Dia menepuk pahanya perlahan.
"Tak naklah. Malulah orang tengok. Lagipun abang tengah makan tu kan." Gila betul suami aku ni. Ada ke patut dia suruh aku baring kat pahanya. Aku bukan budak kecik!
"Sayang masuk dan hidupkan enjin kereta dulu. Abang dah habis makan ni. Nak pergi bayar sekejap," ujarnya lalu kunci kereta dihulurnya. Aku apa lagi, hulurannya aku sambut dan aku mula bergerak ke tempat parkir kereta.
Pinggangku dirangkul secara tiba-tiba menyebabkan aku menyiku perutnya kuat. Janganlah ada orang jahat lagi. Aku dah penat kena culik. Bagilah aku hidup tenang.
"Auch!" Terdengar suara itu lantas aku berpaling ke kanan. Nak luruh jantung aku dibuatnya.
"Abang kenapa buat macam tu? Terkejut tau tak?" marahku mendatar.
"Ala sayang janganlah marah. Sini abang bagi kasih sayang." Aku menjauhi Darrien. Ada bau-bau pelik ni.
"Sini lah sayang, abang nak kiss ni." Kan dah cakap tadi.
"Euwwww, jangan nak mengada. Kotor!"
28022022

ANDA SEDANG MEMBACA
Veni Vidi Vici
RomansRAW & UNEDITED The German Twins Series Vol I Allyra Danyra. Dia tipikal si diva dan dia dingin. Dulunya tidak cantik dan sering dihina. Sekarang, penampilannya mampu menundukkan mana-mana lelaki. Love is bullshit katanya. Cinta? Kahwin? Baginya itu...