BAB 22

6.4K 425 6
                                        

"Darrien... Cepatlah tolong, berat ni!" Aku merengek, kaki dihentakkan ke lantai.

"Lain kali buang perangai suka shopping tu, kan dah susah nak kena angkut semua ni bila nak pindah. Suruh tinggal aje dekat rumah mummy tak nak pulak." Dia menyilangkan tangan ke dada seraya menyandar di tiang porch kereta dan membebel. Bebelannya aku buat tak endah.

"Semua tu penting, mana boleh tinggal. Cepatlah!" Aku menarik lengannya menghampiri kereta. Belakangnya aku tepuk dengan kuat.

"Ya Allah, nak angkatlah ni. Jangan tepuklah sayang, sakit tahu tak. Rasanya lebam nanti belakang aku."

"Gedik!" Aku terus masuk ke dalam rumah. Darrien aku tinggalkan berseorangan di luar rumah untuk membawa masuk beg kami berdua.

"Sayang! Ni siapa nak bawa masuk semua ni!?"

"You, because you're my husband. Kata nak jadi suami soleh. Tolong ringankan beban isteri pun dapat pahala tau."

Aku sudah selamat berbaring di atas sofa ruang tamu. Beberapa minit kemudian, Darrien masuk ke dalam rumah bersama bagasi kami. Bagasi diletakkan di tepi tangga.

"Darrien, sini duduk." Aku bangun dari perbaringan dan menepuk sofa. Darrien duduk bersebelahanku.

"Dinner nanti nak makan apa?" soalku seraya menyanggul tinggi rambut. Panas! Bukan banyak dosa tapi kipas slow sangat, aircond pun tak bukak.

"Order pizza je lah. Lagipun dah tak sempat kalau nak masak, ni dah pukul tujuh."

"Okay."

✾ ✾ ✾

"Darrien, kenapa sikit sangat makan? Kenyang ke makan dua slice aje?" Kepalanya diangkat untuk memandangku dan tanganku dipegang olehnya. Kunyahanku serta-merta terhenti. Wajahnya aku renung sambil tersenyum.

"Aku kena pergi Italy esok tapi aku risau nak tinggalkan kau sorang-sorang dekat rumah ni. Kalau ada maid boleh dia tolong temankan."

"Pergi ajelah. Don't worry about me. Nanti aku pandai-pandailah tidur rumah mummy. Berapa lama kau pergi sana?"

"I don't know but I'll be back as soon as possible and don't miss me too much."

"Euww, perasannya... Siapa entah nak rindu kau." Dengan berlagak aku menjawab.

"Oh, tak rindu eh?" Aku mengengsot ke hujung sofa menjauhinya. Dia mendekat dan memberikan satu senyuman yang terselit seribu makna.

Apahal laki aku ni? Kena sampuk ke apa? Dan-dan aku terlentang di atas sofa akibat terkejut dengan tindakan Darrien yang mengelus lembut rambutku. Aku mengangkat kaki kiri untuk menendangnya namun...

"Auch!" Aku menjerit kesakitan kerana kakiku tersepak meja kopi yang berat bewarna hitam.

"Hahaha! Balasan kerana cubaan menyepak suami. Usik sikit pun dah gelabah." Terkekeh dia gelakkan aku. Aku tengah sakit ni boleh pulak dia ketawa. Huwargh, benci!

"Naik atas dulu, ni biar aku kemas. Merah kaki ni, boleh jalan tak?" tanyanya selepas tawanya reda.

"Boleh, sakit kaki aje pun bukannya patah kaki."

Selepas kelibat Darrien menghilang ke dapur untuk menyimpan makanan, aku bangun untuk naik ke atas. Tak sampai sesaat aku berdiri, aku terduduk semula. Sakit! Nak pijak lantai pun berdenyut rasa kaki ni.

Veni Vidi ViciTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang