KANDUNGANKU sudah mencecah sembilan bulan. Aku melihat pantulan diriku melalui cermin. Aku dah gemuk... macam penguin je.
Darrien datang dan memelukku dari belakang. Aku senyum kelat ke arahnya. Kemudian dia pusingkan badanku menghadapnya.
"Kenapa monyok je ni? Kalau ada masalah, ceritalah. Abang sudi dengar," katanya seraya memegang kedua belah tanganku.
Aku tak tahu macam mana nak bagitahu. Aku sebenarnya takut nak bersalin nanti. Macam mana kalau aku mati dan tak sempat minta maaf pada semua orang?
Aku tunduk menekur lantai. Cecair jernih mula merembes keluar tatkala tubir mata tak dapat lagi menampung. Makin lama makin kuat tangisanku.
"Sayang, look at me. Pandang abang." Aku akur akan arahannya dan menatap wajah tampannya.
"Macam mana kalau saya mati waktu melahirkan nanti. Abang akan cari pegganti saya ke? Abang..." Tak sanggup aku nak meneruskan kata-kata dan aku sambung menangis. Banyak lagi soalan yang aku nak tanya dia tapi soalannya tak terkeluar dari mulut.
"Hei, apa cakap macam tu. Tak baiklah, kita tak tahu apa yang akan jadi lagi. Doa banyak-banyak semoga dipermudahkan. Sayang abang jangan menangis lagi, abang tak suka." Dia tarik aku ke dalam dakapannya. Kemudian satu ciuman hangat higgap di dahi licinku.
Anders datang dan menggeselkan kepalanya di kaki aku. Aku nak angkat Anders tapi tak boleh tunduk disebabkan perut dah besar. Ngiauan Anders buatkan aku tersenyum.
"Anders si comel mummy... Mummy tak boleh nak dukung Anders. Sorry." Muka kesian aku tunjukkan pada Anders.
Sejak akhir-akhir ini Anders asyik nak menempel aje. Tak nak berenggang langsung. Aku pun tak tahu kenapa.
Darrien angkat Anders dan kami berdua melabuhkan duduk di sofa yang sememangnya ada di dalam bilik tidur kami. Habis Anders digomol olehku. Siapa suruh jadi comel sangat, kan dah kena buli.
"Abang..." panggilku perlahan. Dia menggumam perlahan.
"If something ever happen to me, will you love me hard?"
"Of course because you are the love of my life. Sayang pelengkap hidup abang. Sayang dah banyak berubah lepas kahwin. Dah matang dan tak berperangai budak-budak lagi. I love you."
"I love you too. Sayang abang." Pipinya aku kucup sekilas. Walaupun dah setahun kahwin, aku tetap malu nak meluahkam perasaan aku. Tak tahulah bila nak hilang malu tu.
Aku banyak berubah? Mungkin ya disebabkan Darrien banyak menasihat aku dan mengubah diri aku. Dulu aku terlalu liar dan tak mendengar kata ataupun senang cerita tak makan saman.
✾ ✾ ✾
SETELAH empat jam bertarung nyawa di dewan bersalin, aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Comel anak aku. Sebijik daddy dia. Dervin Darrien versi kecil.
Aku bermain-main dengan hidung kecil itu. Tak sangka aku dah ada anak sendiri. Penat-penat aku lahirkan tapi muka ikut bapak dia. Cumanya kulit aje lah yang mewarisi aku. Kulit putih.
Seketika aku nampak Darrien yang sudah terjaga. Kesian dia tidur atas sofa. Aku senyum ke arahnya dan dia menghampiriku.
"Abang okey ke? Tidurlah lagi," kataku perlahan disebabkan anak aku masih lagi tidur selepas menyusu tadi.
"Abang okey. Sayang cukup rehat tak?" Aku hanya mengangguk. Aku dah tidur tadi jadi cukuplah kut.
"Comel anak kita. Muka dia macam abang."
ANDA SEDANG MEMBACA
Veni Vidi Vici
RomanceRAW & UNEDITED The German Twins Series Vol I Allyra Danyra. Dia tipikal si diva dan dia dingin. Dulunya tidak cantik dan sering dihina. Sekarang, penampilannya mampu menundukkan mana-mana lelaki. Love is bullshit katanya. Cinta? Kahwin? Baginya itu...
