BAB 45

4.8K 338 11
                                        

TAK banyak pun perkara yang kami buat sepanjang berada di Langkawi. Hari pertama sampai okey lagi, tapi bila hari kedua, ketiga Darrien dah mula muntah-muntah. Setiap kali nak keluar mesti Darrien akan muntah. Bukan salah aku, tapi salah baby.

Maaf adik baby, dah berapa kali mummy fitnah awak pun mummy tak tau.

Hari ini Darrien ingin membawaku naik cable car tapi malangnya ianya tidak beroperasi. Mujurlah tutup, kalau buka memang meraung aku. Aku ni dah lah gayat. Riuh dengar suara aku menjerit aje nanti.

Akhirnya kami ambil keputusan untuk membeli-belah sahaja untuk hari ini. Aku meneliti pinggan mangkuk berjenama Corelle dan mengambil beberapa keping gambar untuk dihantar pada ibu dan ibu mertuaku. Sempat aje mereka suruh belikan pinggan mangkuk apabila tahu aku dan Darrien bakal bercuti di Langkawi.

Eloklah mereka jadi besan, sama-sama punya hobi kumpul pinggan mangkuk. Gunanya tidak pun, asyik guna pinggan yang sama aje. Bosan aku tengok corak yang sama.

Pinggan mangkuk dekat rumah mummy tak usah dikatalah. Makin lama, makin banyak pula aku tengok. Risau takut roboh aje almari tu. Suka sangat join group order. Aku nak ambil satu set bawa balik rumah sendiri pun mummy tak bagi, katanya nanti dia nak guna. Tapi aku tau dia takkan guna punyalah.

"Abang, yang mana satu cantik?" soalku pada Darrien seraya menunjukkan beberapa corak yang berlainan pada set pinggan mangkuk itu. Aku lihat Darrien dah garu kepala, bibirnya dikemam rapat.

"Hmm, abang tak tahulah sayang. Sayang pilih aje lah yang mana berkenan," jawabnya malas.

Ya, aku tahu dia dah mula bosan sebab dah lama sangat kami tersadai dekat kedai ni. Aku tak tahu nak pilih corak yang mana untuk beli. Tapi bukan salah aku sepenuhnya, salah kedai inilah yang jual banyak sangat corak. Heh, aku kan mana pernah salah.

"Okey saya pilih aje eh yang mana. Boleh kan?" soalku untuk kepastian. Dalam otak aku ni dah ketawa sakan nak kenakan Darrien ni.

"Dik..." panggilku seraya mengangkat tangan. Kemudian dua orang pekerja perempuan datang ke arahku sambil tersenyum manis.

"Ya?"

"Saya nak set ni sampailah hujung sana tu," ujarku selamba. Mereka nampak tercengang sekejap sebelum menganggukkan kepala serentak. Dia ingat aku main-main agaknya. 12 set, sikit aje tu.

Aku mengikut langkah pekerja itu ke kaunter untuk melakukan pembayaran. Darrien setia menemaniku tanpa sebarang suara. Kad hitam diluhurkan pada cashier itu.

"Oh, boleh tak awak pos semua ni? Saya sanggup bayar berapa pun kos penghantaran tu," ujarku sambil tersenyum manis.

Yalah, aku kan pergi sini naik kapal terbang nanti susah pulak nak uruskan. Baik pos cepat sampai rumah mummy dan mama, lagi pun kami masih ada beberapa hari sebelum balik KL.

"Oh boleh-boleh. Kami memang sediakan khidmat pos untuk pelanggan."

Selesai melakukan pembayaran dan meninggalkan alamat untuk pengeposan aku melangkah keluar dari kedai itu. Lama? Ya, lama gila duduk dalam kedai tu. Adalah dalam 3 jam kut ataupun lebih. Darrien pula asyik duk kerling aku aje dari tadi.

Sebab apa?

Sebab dah beribu duit dia habis dekat pinggan mangkuk itu tadi. Tapi tak apa, Darrien kan kaya. Lagipun dapat pahala lebih belanja isteri, ibu mertua dan ibu kandung. Kah kah kah.

DESTINASI seterusnya ialah kedai bebas cukai yang menjual pelbagai jenis coklat. Rambang mata weh bila sampai sini. Tak tahu nak gambarkan perasaan aku sekarang. Terlalu teruja sebab aku memang suka coklat dari kecil lagi.

Veni Vidi ViciTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang