BAB 23

6.4K 471 103
                                        

Berkerut dahiku menahan denyutan di kepala. Selesai sahaja solat subuh pagi tadi, aku menyambung tidur akibat pening kepala. Bila tidur ingatkan kuranglah sikit pening tapi makin pening adalah. Badan terasa panas dan aku sedikit menggigil. Cepat-cepat aku berselubung di dalam selimut.

Mak ai, aku nak demam ke ni? Eh tak, rasanya dah demam ni.

Tangan meraba di bawah bantal untuk mencari telefonku. Notifikasi dari group Whatsapp keluarga paling banyak, package sekali kena mention. Dahiku berkerut apabila ternampak lima missed call daripada ibu mentuaku, mama.

Kenapa mama call aku banyak sangat ni?

Telefonku berdering dan terpampang nama 'mama' di skrin. Aku menjawab dan kedengaran keluhan lega daripada mama.

"Kenapa mama call Danyra banyak kali ni? Ada hal penting ke?" soalku dengan suara yang serak. Tekakku terasa kering dan perit. Nak bercakap pun seksa.

"Mama nak ajak Danyra dinner rumah mama tapi Danyra tak angkat call, tu yang mama call banyak kali. Ni Danyra okay tak? Mama dengar suara Danyra serak."

"Okay je, mama jangan risau," jawabku, sedaya upaya untuk kedengaran seperti orang normal yang sihat.

"Okay lah, mama ada hal ni. Assalamualaikum." Aku menjawab salam mama di dalam hati dan aku memutuskan panggilan telefon.

Jam di skrin telefon aku renung sekejap. Sebelas pagi tepat-tepat. Ada masa lagi untuk aku tidur sebelum azan zohor. Aku kembali terlelap dalam keadaan dingin yang mencengkam tulang.

Loceng rumah yang ditekan berkali-kali membuatkan aku terjaga dari lena. Segera aku turun ke bawah dalam keadaan yang terhuyung-hayang dengan langkah yang longlai. Mataku mula berair akibat suhu badan semakin bertambah.

Pintu rumah aku buka sedikit untuk menjenguk siapa yang datang. Tergamam aku apabila susuk tubuh mama yang berada di depanku ini. Tangan mama aku ambil dan menyalam mama.

"Danyra demam ni. Dah makan ubat? Panas sangat ni." Aku menggeleng dan mama menarik aku untuk duduk di atas sofa.

Aku dan ubat? Oh, tidak! Kombinasi yang tidak serasi. Worst combination ever! Aku tak pernah dan tak akan telan ubat semasa aku demam. Aku hanya biarkan dan demamku kebah dengan sendirinya. Belum telan ubat lagi, aku dah muntahkan balik ubat tu. Tekak aku memang tak boleh nak terima ubat!

"Mama masakkan bubur, tunggu sekejap tau." Aku hanya angguk mendengar apa yang diberitahu mama.

Selepas beberapa minit mama berperang di dapur, mama kembali ke ruang tamu bersama semangkuk bubur. Aku menyandar lemah di sofa dan sesekali memicit dahi. Aku menyuap bubur tanpa banyak bunyi dan suapanku terhenti apabila terasa sudah kenyang.

"Sikitnya Danyra makan. Makan sikit lagi, nanti tak baik demam tu." Aku menggeleng tanda tidak mahu.

"Naik atas, tukar baju. Nanti ikut mama," arah mama.

"Mama nak bawa Danyra pergi hospital ke? Tak nak, Danyra dah sihat dah. Tak nak lah ma."

"Tak apa, mama call mummy suruh heret Danyra pergi hospital." Aku menggeleng dengan muka yang cuak.

Kalau mummy memang dia dah membebel habis-habisan. Boleh bernanah telinga aku. Lambat-lambat aku naik ke atas untuk bersiap.

✾ ✾ ✾

Tangan yang berselirat dengan wayar aku tenung dengan rasa yang tak puas hati. Habis berbekas la nanti tangan aku akibat kena cucuk dengan jarum. Nanti dah tak cantik tangan aku.

Veni Vidi ViciTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang