Topik yang aku paling tak suka. Boleh dikatakan perkataan yang aku benci. Kahwin. Kenapa aku tak suka? Lelaki semua sama. Pandang rupa je. Kalau tak cantik dia hina, kalau cantik dia puji melambung-lambung. Aku rasa dah boleh pergi kerajaan langit dengan pujian bodoh macam tu. Bullshit.
"Mummy, not this topic please. I don't like it. Adik tak nak kahwin lagi. Ha, apa kata abang yang kahwin dulu?" Aku mula bersuara.
"Ish, merepek lah kau ni. Kau lah kahwin dulu." Abang mula memprotes.
"Anak sulung kena kahwin dulu. Kau abang, aku adik. So, that's the rules." Aku mengukirkan senyuman sinis.
"Dua-dua anak mummy tak nak kahwin. Macam mana la nak ada cucu, kawan-kawan mummy dah ada cucu. Kan abang?" Mummy mula meluahkan perasaan. Daddy mengangguk mengeyakan. Aih dramatiknya mummy aku ni. Side effect akibat terlalu banyak tengok drama, macam ni la jadinya.
"Enough with this topic. Proceed to the next topic. Adik dengan abang kena pergi Melaka sebab reunion sekolah adik." Aku berkata dengan senafas. Dah boleh jadi rapper ni.
"Mummy rasa adik bagitahu yang reunion tu dekat Kuala Lumpur je. Ni Melaka pula?" soal mummy dengan dahi yang berkerut.
"Tukar tempat, hotel dekat Kuala Lumpur semua full. Dia orang booking lambat sangat."
"Berapa lama adik pergi sana?"
"Tak lama pun, tiga hari dua malam. Okay lah, adik naik dulu. Nak buat kerja sikit." Aku bersalaman dengan mummy dan daddy.
Sebelum naik ke atas, aku menoleh ke arah abang yang sibuk bermain game. "Woi bang, jangan lupa packing baju. Kita nak pergi lusa. Kalau lusa kau baru nak packing, siap kau aku kerjakan." Kejam tak? Tak pun, denda dia ringan je. Jadi kuli aku selama seminggu tanpa merungut, kalau merungut tambah lagi seminggu. Hehe, aku baik je.
✾ ✾ ✾
Hari ini aku dan abang akan bertolak ke Melaka. Aku turun ke bawah bersama bagasi aku yang berat macam gajah . Aku ni bawa baju ke bawa gajah? Entah, aku pun tak tahu. Aku menyapa mummy, daddy, abang dan pembantu rumah kami yang menyediakan sarapan pagi. Aku hanya makan cereal kerana tidak lapar. Selepas makan, aku dan abang bersalaman dengan mummy serta daddy.
"Nak naik kereta siapa ni?" soal abang.
"Naik Lamborghini Aventador kau la. Kereta aku belum service. Aku drive boleh tak?" Aku sengih. Peluang untuk drive kereta Lamborghini abang aku. Boleh dikatakan peluang ini hanya datang seumur hidup. Bukan lagi main dia sayang kereta ni, sampaikan aku tak boleh drive. Dia kata nanti aku calarkan kereta dia. Eh, aku ni pemandu yang berhemat tau tak?
"Ye lah. Jangan bawa laju." pesannya lalu dia menghulurkan kunci keretanya itu.
✾ ✾ ✾
Aku menoleh ke sebelah. Abang masih lagi tidur. Dah sejam dia tidur. Ini lah masanya untuk aku beraksi. Aku mula menukarkan kelajuan kereta untuk menjadi lebih laju. Lagi laju dari biasa. Aku gelak jahat dalam hati. Maaf abangku, kali ini adikmu tidak mendengar kata. Sedang aku memandu, aku terdengar suara jeritan abang.
"Kau kenapa?" soalku. Aku masih lagi fokus dengan pemanduan, langsung tak menoleh ke arahnya.
"Woi, kau nak bunuh aku ke?" Dengan cemas dia menyoalku kembali.
"Mana ada. Kalau aku nak bunuh kau, dah lama aku baling kau dalam gaung."
"Slow kan kereta. Nanti kena saman la."

ANDA SEDANG MEMBACA
Veni Vidi Vici
RomanceRAW & UNEDITED The German Twins Series Vol I Allyra Danyra. Dia tipikal si diva dan dia dingin. Dulunya tidak cantik dan sering dihina. Sekarang, penampilannya mampu menundukkan mana-mana lelaki. Love is bullshit katanya. Cinta? Kahwin? Baginya itu...