"Jaga diri. I will miss you." Suara Darrien terngiang-ngiang di kepalaku. Sudah tiga minggu Darrien tak balik ke rumah. Setiap hari aku menghantar mesej bertanyakan khabar namun tidak dibalas. Telefon juga tidak berangkat.
Telefon yang berada di atas katil aku capai sebelum nombor abang kembarku didail. Dengan resah aku menunggu supaya panggilanku diangkat. Tangan naik menggaru kepala yang berlapikkan tudung satin.
"Tolong aku." Tak menunggu lama, aku terus meminta tolongnya tatkala panggilanku diangkat.
"Tolong apa?"
"Darrien."
"Kenapa dengan Darrien?"
"Dah tiga minggu dia tak balik rumah."
"Tiga minggu!? Lamanya. Dia tak bagitahu apa-apa ke?"
"Dia tak bagitahu pun. Tolong aku cari dia. Please..." rayuku perlahan.
"Okey, tapi sekarang balik rumah mummy dulu. Bahaya kau duduk sorang dekat rumah besar gedabak kau tu."
"Ish, kau marahlah Darrien sebab beli rumah besar. Aku mana tau dia beli rumah mana." Sempat lagi aku membebel dalam keadaan kepala serabut memikirkan di mana suamiku.
Panggilan dimatikan aku terus mengemas baju-bajuku untuk pulang ke rumah ibubapaku. Sedang aku melipat bajuku untuk dimasukkan ke dalam bagasi, terdengar derap kaki melangkah ke bilik tidurku ini.
Mesti Darrien balik. Boleh dia tinggalkan aku tiga minggu macam tu aje. Tak apa aku nak merajuk. Sengaja aku berdiri membelakangi pintu. Nanti dia akan peluk aku dari belakang. Awwww, back hug!
Pintu bilik dikuak dan aku menyimpul senyum. Aku masih tak berpaling ke belakang. Dia mula memelukku dari belakang seperti yang aku jangkakan. Bahagianya...
Tetapi,
Bau minyak wanginya terlalu pelik. Aku tak pernah bau lagi sebelum ini. Kali ini bau minyak wanginya sangat kuat dan ia membuatkan aku hampir termuntah. Aku tak suka bau ini, terlalu menyakitkan hidungku.
"Abang tukar perfume ke? Busuknya. Bau kuat gila, pening kepala sampai nak muntah." Dia hanya menggumam perlahan. Sumpah sekarang ni bau dia tu terlalu kuat. Ibarat mandi bersabunkan minyak wangi.
Teringatkan sesuatu, bulu romaku serta-merta tegak. Darrien pernah memberitahuku bahawa dia juga tak suka bauan keras seperti ini. Aku mula rasa tak sedap hati. Sah, ini bukan Darrien.
Kakinya aku pijak kemudian dan aku berlari masuk ke dalam walk in closet. Pintu dikunci dan kasut tumit tinggi aku capai. Perlahan-lahan aku menyorokkan diri di celah baju-baju yang tergantung. Tangan kiriku menekup mulut supaya tidak membuat sebarang bunyi.
Memang muka aku ni nampak seperti tarikan kepada penceroboh ke apa? Hari tu dekat rumah mummy, ini dekat rumah sendiri pulak. Cantik sangat agaknya aku ni. Hmm, dah masuk dah setannya. Riak betul syaitan sekor ni.
Pintu diketuk berkali-kali bagaikan mahu roboh. Eh kau ketuklah 1000 kali pun memang aku takkan buka. Orang gila aje yang akan buka pintu. Pintu ditendang kuat menyebabkan ianya terbuka.
Mak ai, apahal pintu ni tak keras eh? Masa aku gaduh-gaduh manja dengan Darrien tak ada pulak nak pecah.
Tersentak aku tatkala lenganku ditarik kuat. Serentak itu kasut tumit tinggi aku pegang tadi melayang ke kepalanya. Automatik kepalaku mendongak ke atas memandang gerangan yang menarik lenganku. Dia memakai serba hitam, bertutup litup dan memakai pelitup muka. Adakah dia orang yang sama yang telah menikamku beberapa bulan lepas?
Aku diheret olehnya tanpa belas kasihan. Lenganku dicengkam kuat sehinggakan aku mengaduh kesakitan, "Aduh! Tak payahlah pegang-pegang. Haram kau tau tak!?"
"Diamlah perempuan, memekak aje kau ni."
"Hoi, aku baru aje bercakap kau boleh kata aku memekak. Lagipun kau tu dah ceroboh rumah aku lepastu buat macam rumah sendiri. Tahi punya jantan." Mulutku terkumat-kamit membebel dan memaki lelaki itu. Aku meronta-ronta supaya dilepaskan olehnya.
Sampai di bawah, lenganku dilepaskan. Lelaki itu menuju ke arah meja kecil yang berada di tepi pintu utama. Pasu bunga yang berada di atas meja itu diambil dan dia berjalan menghampiriku.
Aku terundur setapak ke belakang dan memusingkan untuk kembali naik ke atas. Namun tak sempat aku mendaki anak tangga, kepalaku dihentak kuat dengan pasu bunga itu. Aku jatuh melorot menyembah lantai. Duniaku terasa berpusing dan pandanganku berbalam. Perlahan-lahan kelopak mataku mula tertutup.
✾ ✾ ✾
Aku terjaga akibat simbahan air tepat ke mukaku. Berkerut dahiku cuba memproses dimanakah keberadaanku sekarang ini. Okey, nampaknya aku diculik dan diikat di atas kerusi di tengah-tengah gudang yang kosong. Tipikal heroin drama melayu kena culik dan akulah heroin itu sekarang ini.
"Oh dah bangun rupanya sleeping beauty kita ni. Ingatkan dah kena simbah, tak nak bangun lagi. Lama betul kau tidur, penat aku tunggu kau bangun." Suara seorang perempuan dan aku kenal suara itu. Suara Nelissa!
"Kau nak apa? Lepaskan aku. Kau selalu cari pasal dengan aku kan? Aku tak kacau hidup kau pun," balasku kasar. Jenis aku, aku tak kacau kau, kau jangan kacau aku.
"Ada! Kau kacau hidup aku dari dulu lagi! Aku benci kau!" tempiknya tiba-tiba. Dah gila agaknya minah ni. Tampar karang naya je.
"Bila masanya aku kacau hidup kau? Cuba cakap sikit, aku nak dengar." Aku cuba psiko dia.
"Darrien minat kau dari dulu lagi, padahal aku mengurat dia tiap hari dia tak layan pun. Dia selalu sebut nama kau. Allyra... Allyra... Allyra... Sampai serabut aku dengar suara kau..."
Cakapnya aku potong laju, "Dah kalau serabut tak payah dengar. Tutup telinga tu, kan habis cerita."
"Hish, kau diam! Bila dah besar ni aku cubalah mengurat dia balik, tapi dia tetap tak layan. Masih lagi mencari kau. Kalau boleh setiap masa nak sebut nama kau. Aku benci!!!" jeritnya lantang. Aku rasa boleh pekak juga telinga kalau minah ni asyik menjerit aje.
"Dan disebabkan itulah aku benci kau, Allyra. Darrien tak terima lamaran aku dan dia kahwin dengan kau. Satu lagi sebab syarikat papa aku hancur disebabkan Darrien. Habis kami sekeluarga jatuh muflis. Laki kau memang tak guna!"
"Diam Nelissa! Boleh pekak aku kalau macam ni! Nak cakap tu elok-eloklah, tak payah menjerit serupa orang gila!" Kini aku pula menjerkahnya.
"Semua benda yang kau alami sebelum kau kahwin dan selepas kahwin ialah rancangan aku. Kau kena tikam? Aku yang rancang. Kau jatuh dekat mall? Aku yang rancang. Kau accident? Itupun aku yang rancang!" Gila. Nelissa memang gila. Tak dapat Darrien punya pasal, aku pula yang jadi mangsa.
"Kau punya syarikat keluarga muflis tu bukan masalah aku. Apa benda kau ni? Mental eh? Kesian kau eh, tak cukup kasih sayang ke? Nak aku bagi sikit ke kasih sayang aku? Gila punya perempuan. Mana tudung kau? Dah terbang ditiup angin ke?" Sengaja aku menyindirnya bertalu-talu supaya dia rasa panas.
Memang betul pun, selama ini elok sahaja bertudung kali ini tudungnya hilang. Pakaian pun bukan main ketat dan rambutnya berkarat. Mesti dye rambut dekat salon murah.
"Kau diam!!! Aku tak perlukan tudung tu lagi. Panas! Berpeluh kalau aku pakai, lagipun aku pakai tudung sebab nak mengurat Darrien aje. Haaa, lagi satu... Kau tau tak, aku juga punca kau bergaduh dengan Darrien haritu. Puas hati aku." Dia ketawa jahat, kemudian menangis. Eh mental betul ke?
Sambil-sambil itu aku cuba merungkaikan ikatan tali pada pergelangan tanganku. Cuba punya cuba akhirnya terlepas juga tetapi tanganku tetap di belakang, takut Nelissa perasan akan tanganku yang sudah lagi tidak terikat. Yang tukang ikat pun satu hal, buat kerja tak clean. Ikatan pun longgar aje, tak cerdik punya manusia.
Darrien dah mati. Any last word?
Say bye bye 👋🏻💥Btw nak next chapter tak?
05022022
![](https://img.wattpad.com/cover/287759232-288-k835217.jpg)
YOU ARE READING
Veni Vidi Vici
RomanceRAW & UNEDITED The German Twins Series Vol I Allyra Danyra. Dia tipikal si diva dan dia dingin. Dulunya tidak cantik dan sering dihina. Sekarang, penampilannya mampu menundukkan mana-mana lelaki. Love is bullshit katanya. Cinta? Kahwin? Baginya itu...