BAB 3

10.5K 625 88
                                    

Malam ini akan diadakan majlis makan malam. Atau aku panggil sebagai malam kebenaran. Aku melangkah dengan yakin ke dalam dewan dalam hotel ini. Macam diva kan? Eh biarlah aku kan memang diva dan tak salah pun sebab ni hotel bapak aku.

Malam ini abang aku kelihatan sangat segak. Dia memakai suit berwarna hitam dan berkemeja putih di dalam. Hm, patut pun segak. Aku yang beli suit dia. Tak apalah, sekali-sekala belanja abang tersayang. Lagipun dia dah banyak belanja aku sebelum ni.

Aku mengenakan dress polkadot bewarna hitam yang dibeli bersama Dayana tempoh hari di butik YSL. Rambut aku yang panjang paras pinggang dibiarkan sahaja begitu tidak berikat. Aku memakai Miu Miu Beaded Rigid Headband yang bewarna chalk white. Ramai yang memuji aku dengan berkata aku sangat cantik pada malam ini. Punggung dilabuhkan di tempat VIP.

Baru sahaja aku duduk, pekerja hotel datang menyapaku dan abang. "Cik Danyra dan Tuan Daryan kena bagi sedikit ucapan nanti." ujarnya dan dia berlalu pergi meninggalkan kami.

Kelihatan Dayana dan teman lelakinya menuju ke arah kami. Ada juga Nelissa dan Darrien di belakang Dayana. Dayana mengenakan dress yang sama seperti aku.

"Danyra... Cantiknya kau malam ni. You look stunning." ujar Dayana dengan teruja.

"Kau pun cantik juga. Macam kembar dah kita ni. Yang bezanya aku pakai headband, kau tak pakai headband." ujarku pula.

"Bila kau beli headband ni? Cantiknya. Lepas ni aku nak panggil kau Princess Danyra boleh tak?" Aku angguk. Panggil je lah princess ke diva ke, aku langsung tak kisah.

"Aku beli dekat London, seminggu sebelum kita shopping haritu."

Mataku teralih pada Nelissa. Dah kenapa tak bercakap minah ni. Aku mula mendekatinya. Dia semakin berundur. Aku berjalan kedepan menghampirinya.

"Stop. Nak pergi mana tu? Takut ke dengan aku? Cantik tak aku malam ni?" soalku bertalu-talu seraya membuat aksi twirl di depannya.

"Can--cantik." Eh gagap pulak, masa tengking aku pagi tadi bukan main kuat suara dia.

"Lepas ni jangan cakap aku miskin dan tak ada duit tau, penat aku shopping outfit ni. Nak dekat RM200,000 outfit aku malam ni. Okay?" Perlahan sahaja suara aku ketika berbisik di telinganya. Dia angguk.

"Tunggu apa lagi kat sini? Sini tempat VIP and now please go." Muka dia pucat semacam. Macam baru lepas nampak hantu pun ada. Terkedek-kedek dia menuju ke arah rakan-rakannya. Kawan perempuan ada, tapi tetap jugak berkepit dengan Darrien ni. Miang macam daun keladi. Tak padan dengan imej bertudung.

"Allyra." Aku menoleh ke arah si pemanggil. Aku mendongak memandangnya. Maklumlah, aku ni pendek, 168cm je. Malam ni pakai heels tetap pendek bak kata abang aku yang tak guna tu. Huhu.

What the heck? Darrien tegur aku? "Nak apa?" Dingin sahaja aku membalas. Aku menyilangkan tangan ke dada.

"You look great. Like a princess." Dia ni copy paste ayat Dayana ke apa? Tak kreatif langsung ayat nak puji orang. Aku menayangkan muka jengkel.

"Aku memang cantik dari dulu. Tapi... Orang je tak nampak kecantikan aku. Sebab apa? Sebab dia orang buta." Setepek aku bagi. Semoga tepat terkena pada anda. Aku senyum sinis.

Dia mengusap belakang tengkuknya kemudian berlalu ke arah abang aku dan teman lelaki Dayana yang sedang berbual bersama.

"Oit, Darrien cakap apa? Berbunga-bunga tak hati kau lepas bercakap dengan dia?" Tak menyempat betul si Dayana ni. Tembak kang.

"Dia cakap aku cantik macam princess. Tapi aku rasa dia tiru ayat kau je. Berbunga-bunga? Apa benda?" soalku polos.

Serius aku cakap, aku memang tak faham apa benda yang Dayana ni merepek.

Veni Vidi ViciWhere stories live. Discover now