Jari-jemariku bermain dengan rambut Darrien. Dia masih lagi tidur selepas menunaikan solat subuh pagi tadi. Suhu badannya juga sudah mula normal. Jam sudah menunjukkan pukul 11 pagi. Perlahan-lahan aku menapak ke bawah menuju ke arah dapur.
Sampai sahaja di dapur, aku menyanggul tinggi rambutku. Punggung dilabuhkan di atas kerusi yang sememangnya ada di tepi counter top. Telefon dibuka dan aku mula mencari maklumat.
Cara memasak bubur untuk orang sakit.
Selesai membaca resepi, aku terus mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak bubur. Lobak merah aku potong dadu dan dada ayam aku potong kecil-kecil. Halia aku potong seinci. Beras aku basuh siap-siap. Bahan-bahan yang sudah dipotong aku bilas sebelum memasak.
Bahan-bahan tadi aku masukkan ke dalam periuk dan aku kacau bersama satu sudu kecil garam dan satu kiub ayam. Api dihidupkan dan aku menunggu ia masak dengan sabar.
Harap jadilah bubur aku masak tu. Susah juga ya nak masak. Kenapalah aku tak order bubur McD aje, kan senang. Tak perlu berperang dekat dapur.
Terlupa pula nak suruh kuli belikan bubur sekali waktu dia hantarkan ubat pagi tadi. Abang kembarku, kuli batakku. Tak apalah, at least ada effort nak jadi isteri solehah walaupun sikit.
Darrien tiba-tiba sahaja berada dihadapanku. Aku bangun dari duduk dan meletakkan telapak tanganku ke dahinya. Dah kebah demam lepas makan ubat pagi tadi. Aku menarik tangannya dan menyuruhnya duduk. Dia patuh tanpa membuka mulut. Tak larat lah tu.
Dengan berhati-hati aku menyenduk bubur panas ke dalam mangkuk kecil. Berdebar juga takut tak sedap. Aku kembali duduk dan mula menyuap Darrien.
"Sedap tak?" soalku takut-takut.
Maklumlah, tak reti masak punya pasal. Selama ni pun Darrien yang tolong masakkan. Tapi ada aje yang aku pandai masak, makanan western boleh la. Kalau makanan melayu kirim salam awal-awal lah, memang hauk rasanya.
"Sedap... Pandai sayang masak." Ini yang boleh kembang hidung ni. Rasa macam nak riak sekejap.
"Thanks for the compliment," ujarku riang. Siap tersengih lagi. Dah kena puji ni aura dia lain sikit.
"Abang dah kenyang..." Mangkuk kecil yang aku pegang diambilnya lalu dia bergerak ke arah dapur. Aku hanya memerhatikan melalui ekor mata. Malas nak berjalan ke dapur.
"Sayang," panggilnya sedikit kuat.
"Ya?"
"Awak masak ke awak sepahkan dapur?"
"Saya masaklah. Kenapa?"
"Ni bersepah sangat dapur ni. Lobak merah jatuh kat lantai, pisau dengan papan pemotong tak simpan tempat asal. Beras pun berterabur."
"Tinggalkan aje kat situ, nanti saya kemas. Mangkuk pun tinggal dalam singki."
Bunyi pili air dibuka dan aku segera ke dapur. Dapur yang berselerak tadi sudah bersih. Pinggan mangkuk yang kotor bersusun di dalam singki sudah bersih akibat dicuci oleh Darrien.
"Kenapa basuh jugak? Kan saya dah cakap tinggalkan aje," soalku kehairanan.
Ini kalau abang aku memang dia tinggal aje pinggan mangkuk dalam sinki, suruh aku basuh. Tapi Darrien basuh semua, pelik bin ajaib. Bukan ke lelaki pemalas?
"Saja, tolong isteri dapat pahala," jawabnya seraya memandang wajahku tetapi tangan masih membasuh sudu dan garpu. Aku tersengih dan tergelak.
"Bersiap cepat, kita nak keluar," katanya tiba-tiba.
"Abang kan tak sihat lagi." Aku membantah. Gila ke? Demam baru kebah nak keluar bagai.
"Dah sihat dah. Badan pun dah tak panas." Ada aje modal dia nak membalas.
ANDA SEDANG MEMBACA
Veni Vidi Vici
RomanceRAW & UNEDITED The German Twins Series Vol I Allyra Danyra. Dia tipikal si diva dan dia dingin. Dulunya tidak cantik dan sering dihina. Sekarang, penampilannya mampu menundukkan mana-mana lelaki. Love is bullshit katanya. Cinta? Kahwin? Baginya itu...
