BAB 47

4.6K 316 19
                                        

HARI ini merupakan hari minggu, jadi aku dan Darrien akan ke supermarket untuk membeli barangan keperluan rumah. Setiap dua minggu kami akan keluar berdua. Alang-alang dah keluar, kita datinglah sekali.

Now... It's grocery shopping time!

Aku berjalan menonong tanpa menunggu Darrien dan mencapai apa sahaja yang aku mahu. Beberapa paket biskut aku ambil dan letakkan ke dalam troli. Aku memang suka makan biskut jadi tak hairan kalau biskut kat rumah cepat habis.

"Sayang. Jom kita baking petang ni, nak?" soal Darrien. Aku memalingkan wajah ke belakang dan mengangguk.

Haa, ini pelik tiba-tiba aje dia ajak aku baking.

Kami menuju ke arah ruangan yang menempatkan bahan-bahan untuk baking. Semua bahan Darrien yang pilihkan. Aku tak tahulah dia nak bake apa tapi aku tak tanya pulak sebab malas. Tapi sempat aku lihat beberapa bahan yang diambilnya seperti cream cheese dan red velvet flavour.

Sedang aku memilih butter, pinggangku dipeluk kemas oleh seseorang dari belakang. Dagunya sengaja ditongkatkan di bahu kiriku. Tak lain tak bukan Darrien aje yang boleh pegang aku.

Cemas aku dibuatnya. Pandangan dibuang ke kanan dan kiri. Takut orang nampak aksi terlebih mesra kami ini. Mujurlah tak ada orang.

Laki aku pun satu, tak menyabar. Nasib baik perut tak besar lagi. Kalau dah besar memang tak adanya adegan peluk-peluk begini.

"Abang. Behave please. Kita dekat public ni, bukannya dekat rumah," ujarku perlahan sambil tanganku lincah merungkaikan tangan Darrien yang berada di pinggangku.

"Tak ada orang pun area sini. Hanya kita berdua," jawabnya selamba badak. Pelukan di pinggangku dikemaskan.

Ewah, banyak cantik muka dia. Dia ingat ni supermarket bapak dia ke nak manja-manja sangat dalam ni.

"Memanglah tak ada orang tapi CCTV ada," bidasku pula.

"Tak menghala ke arah kita, sayang."

Malas mahu berdebat lagi, aku hanya biarkan Darrien. Lagi aku bercakap lagi tu dia bidas aku. Nak menang aje kerjanya. Mengalahkan perempuan!

✾ ✾ ✾

SELESAI membeli barangan keperluan rumah, kami berdua berhenti di sebuah kafe baru di Setia Alam. Jauh merantau dari KL ke Selangor semata-mata nak try menu dia. Kafe ini pun aku dapat tahu dari Instagram. Sibuk duk buat Q&A, lepastu ada orang cakap sini tempat best kalau nak dating.

Masuk sahaja ke dalam kafe, aku terpegun sekejap. Macam orang tak pernah pergi kafe. Kafe ini terlalu cantik sampaikan aku tak boleh nak describe rupa dia. Tema dia indie gituh.

Ramai golongan muda yang ada di sini untuk lepak dan dating. Tujuan utama aku datang kafe ini pun sebab nak dating. Ada juga sekumpulan pelajar yang datang untuk siapkan assignment mungkin.

Suasana kafe ini pun tak terlalu bising dan tak terlalu sunyi. Eloklah kalau nak meluangkan masa dengan kawan atau pasangan. Dah tak ada kerja aku nak promote kafe ni. Jadi bolehlah datang ke sini. Hehehe.

Lamunanku terhenti tatkala Darrien menarik pinggangku dan berjalan ke tingkat atas kafe ini. Aku hanya mengikutinya, rasanya tadi depan kaunter lagi.

"Abang dah order ke?" soalku seraya melabuhkan punggung di atas kerusi berhadapannya. Sambil-sambil itu aku sibuk mencari telefon yang berada di dalam beg tangan.

Veni Vidi ViciTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang