Seawal tujuh pagi, aku tersedar dari lena dan mengambil keputusan untuk pulang ke rumahku. Ikutkan hati memang aku nak tinggal rumah mummy lagi lama, tapi aku rindu Darrien.
Pada masa yang sama, aku juga marah padanya. Dah kenapa aku ni? Pelik betul perangai aku.
Perlahan-lahan aku mengambil bagasiku dan meletakkan ke dalam kereta. Kalau boleh bunyi yang dihasilkan seminimum yang mungkin. Tak nak orang dengar punya pasal.
Aku balik pun senyap-senyap, tak bagitahu langsung mummy, daddy mahupun Acik Siti. Lebih kepada sengaja akibat tak nak mereka tanya apa masalah aku. Aku tak suka bercerita hal aku dan aku lebih selesa diam.
Setibanya di rumah, aku menapak masuk ke dalam dan terus berbaring di sofa. Nak naik atas rasa malas lah pulak. Tersentak aku tatkala bahuku dipegang, automatik aku terbangun. Kepala didongakkan dan pemandanganku ialah Darrien yang berpakaian kasual. Tak pergi kerja ke hari ni?
Aku menjelingnya sampai nak terkeluar biji mata. Tiba-tiba lenganku dicengkam lembut dan aku terpaksa memandang Darrien bersama kerutan di dahi.
"Nak apa?" Kasar aku bertanya akibat tersentak dengan cengkamannya walaupun lembut. Wajah dipalingkan ke arah lain.
Dah nak start dah...
Daguku dipagut oleh Darrien sebelum dia bersuara, "You look bad... Tell me what's on your mind."
Baru sahaja aku ingin membuka mulut untuk bersuara, telefon Darrien berbunyi nyaring. Telefonnya yang berada di dalam kocek seluar dikeluarkan sebelum nama pemanggil dilihat. Dengusan kasar terbit di bibirnya.
Aku ditinggalkan di bawah berseorangan. Membuak-buak rasa ingin tahu timbul lalu aku perlahan-lahan naik ke atas. Seperti semalam, Darrien bercakap telefon di dalam bilik kerjanya. Pintu bilik kerjanya aku buka sedikit dan aku mula mengintai.
"Sabar lah. Aku tau la macam mana nak buat kerja aku, kau yang sepatutnya buat kerja kau jugak. Jangan nak harapkan aku aje. Memang tak jadilah kalau aku sorang aje yang buat." Suara Darrien.
"Iya, aku taulah. Aku rasa dia sangkut dengan aku tapi dia tak pernah cakap apa-apa pun. Selalu dia alihkan topik kalau aku luahkan. Mula-mula aku saja aje nak kahwin dengan dia lepastu pura-pura sayang dia sebab nanti senanglah apa-apa jadi tapi sekarang..."
Aku tertolak daun pintu dengan lebih luas tanpa sengaja. Darrien memusingkan badannya menghadapnya memandangku dan aku tak berganjak di tempat yang aku berdiri.
"Great acting, my lovely husband..." Aku menepuk-nepuk tangan. Tak terkejut kerana apa yang aku dengar sama seperti semalam. Darrien seperti terkejut dengan kehadiranku.
I guess the old Danyra is back.
Savage.
Who don't give a damn to everyone.
No more tears.
"Terkejut ke buat-buat terkejut?" Sinis aku bertanya. Aku berjalan mendekatinya tetapi sengaja aku menjarakkan diri dua meter darinya.
"Abang boleh explain, it's not like what you think..."
"There's nothing to explain! I heard with my own ears. Can you believe that my husband is actually playing with me? And my husband is you. You're shameless! Tebal betul kulit muka tu ya sampaikan sengaja mempermainkan hidup seseorang..."
"Oh lupa... Your tagline is 'I want it, I got it' kan? Tak dapat mesti rasa gelisah kan? Just like twelve years ago... Kau ingat aku tak tau ke kau bertaruh dengan kawan kau semata-mata nak mengurat aku? Siapa dapat mengurat aku dia lelaki gentleman, macam tu?" Tak henti-henti aku menyerangnya.
"Cuba dengar dulu apa abang nak cakap."
"Tak nak!"
"Allyra Danyra!"
"What!?"
"Dengar dulu penjelasan abang, jangan tuduh melulu macam tu. Ini tak, nak melenting aje kerjanya!" Tinggi nada suaranya membalas tengkingan aku tadi. Diam sekejap sebelum aku kembali bersuara.
"Macam mana tak melenting kalau aku nampak kau dengan Nelissa berdua dekat mall semalam! Tell me, isteri mana yang tak sakit hati!?"
"Bila masanya!?"
"Semalam! And one more thing, semalam dengan hari ni punya dialog phone call tu sama aje. Lain kali tukar sikit, baru sedap didengar." Sengaja aku mengapi-apikan lagi Darrien yang sudah merah padam mukanya. Api kemarahan aku pun dah capai tahap maksimum, jadi aku naikkan sekali api kemarahan dia.
"Jadi kau dah tau lah kan? Dahlah aku penat. Betullah, memang aku sengaja kahwin dengan kau dan berpura-pura sayang kau. Penat nak kena berlakon. Itu pun sebab terpaksa!"
"Oh how lucky I am. You're so pathetic and you crave for my love isn't? But sorry I don't love you. Aku pun sengajalah buat baik sebab nampak kau terdesak sangat nak kahwin dengan aku. Awww, pity you..."
Aku keluar dan pintu bilik kerjanya aku hempas sekuat hati. Dah agak dah mesti perkahwinan ni satu perangkap.
Next step?
Takkan nak bercerai. Ni kalau keluarga aku tahu memang sakit telinga aku kena brainwash.
Lesson of the day, trust no one including your husband.
This world is cruel.
Love isn't cruel, we're cruel because of love.
Masuk sahaja ke dalam bilik tidur, aku mengunci pintu. Bilik yang kemas tadi, sekarang sudah hancur akibat disepahkan olehku. Aku tak boleh mengawal pergerakanku akibat terlalu marah.
"Sayang, buka pintu ni!" jerit Darrien di luar seraya mengetuk pintu berkali-kali. Memang aku sengaja curi kunci spare terlebih dahulu sebab tak nak dia masuk.
Barang-barang make up dan perfume yang berada di atas meja solek aku tolak ke tepi sehingga jatuh ke lantai. Pecah berderai Madison Beer eye makeup palette yang dihadiahkan oleh kakak iparku. Bau bilik tidur ini juga sudah bertukar bau akibat campuran perfume Jo Malone dan Dior yang telah tumpah. Rasa nak muntah pun ada bila terbau perfume ni.
"Buka pintu ni sayang!"
"Tak nak! Kalau mati pun bukan ada orang kisah pun! I hate you Darrien!"
Setelah lama termenung, aku tersedar bahawa aku seperti budak-budak yang belum matang sedangkan aku berumur 26 tahun. Aku pun tak tahu mengapa aku berkelakuan seperti ini. Rasa bersalah pada Darrien dan aku membuka pintu. Darrien memelukku erat tetapi aku tak membalas pelukannya.
"I'm sorry. I didn't mean it. Please don't hurt yourself. I love you," ucapnya seraya mencium kepalaku berkali-berkali.
Aku terkaku dan terdiam tatlaka berada di dalam pelukannya. Pelukannya terasa hangat. Kata-kata yang dilontarkannya tadi seperti penipuan tetapi aku tak tahu.
"Lepas Darrien, jangan peluk. Rimaslah," kataku perlahan. Memang aku mengaku, aku suka bila dia memelukku tetapi sekarang aku berasa rimas. Aku rindu dia tapi aku tak boleh dekat dengannya.
Sorry, Danyra tak cerdik sikit harini sebab dia...
26012022

ANDA SEDANG MEMBACA
Veni Vidi Vici
RomanceRAW & UNEDITED The German Twins Series Vol I Allyra Danyra. Dia tipikal si diva dan dia dingin. Dulunya tidak cantik dan sering dihina. Sekarang, penampilannya mampu menundukkan mana-mana lelaki. Love is bullshit katanya. Cinta? Kahwin? Baginya itu...