KELIHATAN Anders sedang elok tidur atas dada Darrien di atas sofa. Darrien letakkan tangannya di atas badan Anders, sesekali dia usap kucing itu. Kecil besar kecil besar aje aku tengok kucing berbulu kelabu ni, dahlah peluk laki aku.
"Dervin Anders, bangun sekarang! Jangan nak buat-buat tidur. Ingat comel ke tidur peluk daddy macam tu. Sepatutnya mummy yang kena peluk daddy," jeritku tepat di telinga Anders. Rasakan suaraku yang kuat lagikan nyaring ini.
Anders seperti tersentak dan bingkas bangun seraya menggosok matanya. Terkebil-kebil dia memandangku.
"Anders, come to daddy. Jangan layan mummy tu. Dia tak puas hati sebab daddy bawa balik Anders."
"Anders, pergi dapur. Mummy dah letak makanan Anders."
Walaupun aku tak suka kucing, tapi aku tetap bahasakan diri aku sebagai mummy. Entahlah, aku rasa kasar kalau beraku-kau dengan Anders.
Anders melompat turun dan bergerak ke dapur. Terkedek-kedek dia berjalan menyebabkan pinggulnya bergoyang. Amboi, lenggang kangkung betul cara kau berjalan.
"Abang..." panggilku meleret.
"Hmm?"
"Abang marah ke?" tanyaku berhati-hati.
"Sebab?"
"Marah sebab abang bawa balik Anders..."
Kelmarin sehingga hari ini aku tak bercakap dengan Darrien. Darrien pun tak bercakap dengan aku, buat apa aku nak bercakap. Tapi hari ini aku beranikan diri nak bercakap.
Aku tunduk untuk menatap wajah Darrien akibat dia terlentang di atas sofa. Sengaja aku biarkan rambut aku terkena wajahnya.
"Sayang nak apa?" soalnya lembut. Anak mata kami bersabung. Dia kemudiannya bangun dari perbaringan dan duduk bersandar.
"Abang tu lah tak bercakap dah kenapa? Merajuk ke?" Aku soal dia balik. Aku yang merajuk tapi aku cakap dia merajuk. Biasalah perempuan mana pernah kalah, apatah lagi aku.
"Awak yang tak bercakap, abang pun diam aje lah."
Aiseh, jawapan dia tu buat aku sakit hati adalah. Pujuklah aku. Pujuk! Bukannya jawab macam tu.
Aku paling ke belakang. Darrien aku jeling sekejap sebelum aku bergerak ke dapur. Layan Anders lagi banyak faedah. Kalau duduk sini kena palau je.
Baru selangkah aku berjalan, Darrien tarik tangan aku. Kuat sehinggakan aku terbaring di atas sofa. Terkebil-kebil aku pandang Darrien yang sudah mengepungku.
Makin dekat pula mukanya. Bahuku ditekan lembut dan rambut aku yang terjuntai di dahi diselitkan di belakang telinga. Aku gigit bibir sambil tayang riak muka kekok. Hidung kami berlaga.
"Marah ke sayang? Nak abang pujuk macam mana? What do you want? A kiss?"
"Ma... mana ada..." Tergagap suaraku ingin menjawab soalannya. Tak ada filter langsung dia punya soalan tu. Pipi aku pun dah panas ni akibat terlalu malu.
Darrien mula mengusap pipiku. Perlahan-lahan tangannya turun ke leherku. Aku pejam mata kerana geli. Deruan nafas Darrien menampar lembut muka aku.
"Meowww..." Suara Anders mula kedengaran. Tindakan refleks aku terus menolak Darrien menyebabkan dia terjatuh. Aku bingkas bangun dan membetulkan rambut.
Aku punya terkejut lain macam, sampaikan bunyi kucing pun boleh tersentak. Kesian laki aku jatuh sofa.
Maaf abang, tak sengaja!
Kau kenakan aku ke kucing sebab aku menjerit tepi telinga kau tadi? Pandai betul balas dendam. Mana entah makhluk berbulu ni belajar perkara tak elok macam ni.

ANDA SEDANG MEMBACA
Veni Vidi Vici
RomanceRAW & UNEDITED The German Twins Series Vol I Allyra Danyra. Dia tipikal si diva dan dia dingin. Dulunya tidak cantik dan sering dihina. Sekarang, penampilannya mampu menundukkan mana-mana lelaki. Love is bullshit katanya. Cinta? Kahwin? Baginya itu...